Bab 31 : Kerja

Romance Series 403831

"Kau nak bayar aku berapa?" Anne mengangkat keningnya.

Bibah buat gaya berfikir, lama. Kemudian dia mula bersuara.

"Sama macam gaji aku dengan kak Ipah lah. RM50 sehari. Boleh? Tapi kena buat semua kerja Nis." Maklum Bibah.

Anne mengangguk laju. Gila tak nak, RM50 sehari gaji, mana nak cari. Walaupun cuti cuma empat hari sebulan pada setiap hari Ahad. Kedai makan Bibah itu pula beroperasi dari 6.30 pagi, sehingga 12 tengahari sahaja. Kadang-kadang lebih awal tutupnya bila tiada apa-apa makanan lagi yang tinggal.

Hari ini Bibah bertanya kalau-kalau dia mahu menggantikan Kak Ipah yang cuti bersalin. Terus sahaja dia sanggupkan sebelum Bibah menerangkan dengan lebih lanjut. Skop kerja tak perlu risau, memang dalam tangan sahaja.

Lagi pun, sememangnya dia memerlukan duit memandangkan tabungannya semakin hari semakin susut. Masuknya sikit, keluarnya banyak. Apatah lagi Fauziah sudah memaksa dia untuk membeli barang-barang hantaran untuk diserahkan kepada anak Mak Nab supaya dapat digubah lebih awal.

Hmmmmm, kahwin! Huarghhhhhh, tak nak! Kenapalah Idris memaksa juga untuk dia terima?

"Heh, berangan pulak dia. Nis, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Tanya Bibah sambil satu tepukan hinggap di bahu Anne.

"Haaaaah? Errrr kau cakap apa tadi?"

"Aku cakap mula esok. Boleh ke? Hari ni ada sepupu aku tolong. Jadi esok lah baru kau boleh kerja. Amboiii, mentang-mentang tunang dia datang, terus melayang entah kemana kan?" Usik Bibah.

"Tunang?" Tanya Anne.

"Tuuuuu!" Bibah memuncungkan mulutnya.

Dari jarak yang tidak lah berapa jauh, dapat dia lihat Idris mengukirkan senyuman manis.

'Aduhai, lupa pulak. Kalau kerja dekat sini memang hari-hari lah agaknya terjumpa?'

Masak lah kau Anne!

*****

"Idris tu tak tahu lagi macam mana cutinya. Tapi kalau saya, asal lepas kenduri pihak perempuan dulu pun tak apa. Kenduri pihak lelaki kita bincang kemudian. Boleh ke?" Tanya Rokiah.

"Boleh sangat. Kami faham kerja Idris tu memang menuntut kesabaran dan kefahaman dari pihak keluarga. Pihak isteri. Insya Allah, kami faham." Seronok Fauziah bersembang dengan bakal besannya.

Dari warna tema kenduri, membawa ke bilangan rombongan yang bakal turut serta mengiringi Idris, senarai menu dan sekarang tentang cuti Idris yang masih belum diluluskan untuk kenduri pihak lelaki, dua minggu selepas berlangsung kenduri pihak perempuan.

Anne angkat kening double-jerk. Tahu sangat dengan siapa Fauziah sedang syok bersembang itu. Tentulah dengan mak Idris. Dari pemerhatiannya sewaktu majlis pertunangan berlangsung, mak Idris tu baik-baik sahaja. Roman mukanya juga sentiasa manis.

Sedikit sebanyak menyenangkan hati Anne. Cuma perempuan yang diperkenalkan Idris sebagai kakak sulungnya itu yang memandang Anne dari atas sehingga ke bawah berkali-kali, seolah-olah sedang menilai Anne bagaikan di dalam pertandingan ratu cantik. Merisaukan.
Jangan nanti kena dera sudah lah.

"Barang-barang hantaran bila nak beli ni?" Tanya Fauziah yang selamba sahaja menepuk paha Anne yang baru sahaja mahu melelapkan mata.

"Entahlah mak. Dalam keadaan ekonomi tidak begitu memberangsangkan ni, kita tidak digalakkan membeli. Guna apa yang ada sudahlah. Jadi Anis rasa, baik Anis mintak dia tu berikan barang-barang yang dia dah ada. Gubah je balik. Jimat duit. Haaaa, pandai tak?" Anne tersengih lebar.

"Pandai sangat lah! Mak tak kira, telefon Idris tu, ajak dia keluar beli barang sama-sama bila dia cuti nanti, bawak Anas dengan Anif. Mak bagi duit untuk beli barang-barang. Tempah cincin sekali.

Lepas tu, esok kalau free bawak mak pergi Kompleks Teruntum. Mak nak cari pelamin dengan hias meja makan beradab."

"Tak boleh mak. Esok Anis kerja." Bangkang Anne.

"Eleh, kerja dekat kedai Bibah tu balik tengahari. Jangan nak temberang mak, jangan nak lepak sana lama-lama lepas tu cakap kau tolong dia kupas bawang semata-mata nak mengelak dari bawak mak ke Kompleks Teruntum tu." Bidas Fauziah, segala helah anak-anaknya ada dalam poketnya sahaja.

Anne mencebik, cekap betul Fauziah menangkap apa yang bakal dia lakukan.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience