Bab 12 : Malu

Romance Series 403830

"Nak air apa?" Tanya Bibah sewaktu Anne menarik kerusi untuk duduk di kedai makannya itu sebaik sahaja dia selesai menyusun atur kuih lopes yang dibawanya.

Jam menunjukkan waktu 6.40 pagi. Anne menggaru kepala, pagi-pagi begini tepu otaknya. Hendak memilih minuman pun memerlukan masa.

"Sirap ais lah." Balas Anne.

"Sirap ais? Pagi-pagi buta macam ni minum air sejuk?" Soal Bibah sambil terus ke bahagian dapur untuk mengambil minuman Anne.

"Sejuk tu memang lah sejuk. Tapi hati aku ni tengah panas. Berdesing telinga aku dari malam tadi, lepas tu bila orang dekat rumah tu bangun, dorang sambung episod bahan membahan aku gara-gara kes semalam." Bebel Anne sebaik sahaja Bibah meletakkan minuman itu di mejanya.

"Kes apa?" Tanya Bibah yang penuh dengan rasa ingin tahu.

Hal urusan kedai diserahkan kepada beberapa pekerjanya itu, dipantau pula oleh kakaknya. Rileks lah, bukan selalu Anis ni hendak melepak di kedainya. Selalunya, Anis letakkan sahaja kuih kemudian terus balik ke rumah.

Anne menarik nafas panjang sebelum dia mula menceritakan kejadian semalam dari awal bermula ketika dia terdengar bunyi yang bukan-bukan, sehinggalah ke akhir kejadian dimana adik-adiknya mula membahan dia dek ular yang hanya wujud dalam bayangan sahaja.

"Tengok kau pun sama, gelak kan aku je. Patut kau tenangkan aku." Omel Anne.

"Mana tak gelak, kelakar gila lah kau ni Nis. Tak habis lagi perangai panik dan gelabah tak bertempat tu." Balas Bibah.

Anne mencebik bibirnya. Air sirap disedut perlahan.

"Cover lah sikit gelak tu. Kang tak pasal-pasal sekampung tahu kisah sisi gelap aku ni, terus mak cik-mak cik yang ada anak teruna cancel kan aku jadi menantu dorang." Bahu Bibah yang masih seronok bergelak ketawa itu dipukul manja.

"Mana tak gelak, haaa tak pasal-pasal bomba tangkap getah rambut. Bukan ular. Hahahaha. Aku tak boleh bayang, rasanya bila bomba tu balik balai mesti keras perut dorang gelak bila ingatkan balik apa benda yang menyebabkan kecemasan sehingga dorang dipanggil." Bibah masih seronok mengata Anne yang sudah mencebik itu.

"Aku balik lah macam ni." Anne berdiri seraya menolak kerusinya ke belakang.

Baru sahaja dia memusingkan badan ke arah pintu keluar dari kedai itu, matanya menangkap kelibat dua susuk manusia yang dikenalinya ketika kejadian malam tadi.

'Alamak!' Jerit hati Anne.

"Alaahh, sikit-sikit nak merajuk. Tak rock lah Nis. Duduklah dulu. Kau nak makan apa? Meh aku belanja tanda aku mintak maaf." Pujuk Bibah dengan tawa yang masih bersisa.

Anne duduk semula. Kedua tangannya meraup muka, kemudian tangan kanannya digunakan untuk menongkat pipinya, menyorok kan diri agar kehadirannya tidak disedari oleh dua lelaki yang sedang memilih makanan itu.

"Hmmmm, apa-apa jelah." Balas Anne yang jantungnya sudah berdebar hebat.

Bukan kerana jatuh cinta, tetapi kerana malu dan air muka yang perlu dijaga. Tambah-tambah depan pegawai bomba yang sudah melihat kelaku bodoh ketika paniknya dia.

"Okey, aku ambik kan soto dengan bergedil eh?" Tanya Bibah.

"Okey okey." Jawab Anne pendek, perlahan, hampir tidak kedengaran.

Bunyi kerusi yang berkeriut apabila Bibah berdiri menarik perhatian Bahri. Lama dipandang meja tempat duduk Bibah tadi itu. Ada seorang perempuan lain juga. Walaupun hanya dengan memandang dari belakang, dapat di cam tuan punya badan.

"Ris, tuuuuu, kes ular malam tadi." Bisik Bahri.

Idris yang terpinga-pinga mengalihkan pandangannya ke arah yang ditunjuk oleh Bahri. Kes ular? Malam tadi? Ohhhh, kakak si Anas lah ni. Awalnya datang bersarapan melepak di kedai.

"Tak nak tegur ke?" Tanya Bahri apabila dia melihat Idris yang masih santai memilih kuih.

"Nak tegur buat apa?" Tanya Idris, blur.

"Tegur lah, mana tahu kot berjodoh." Usik Bahri.

Idris menggeleng kepalanya.

"Kau lah tegur. Kau pun single jugak." Balas Idris.

"Sorry kawan. Aku tak available dah." Bahri tersengih lama sambil mengenyit matanya.

Idris pula yang ternganga. Eh senyap-senyap je dia buat kerja ya.

"Siapa?" Tanya Idris.

"Kau pergi tegur dia dulu, nanti aku beritahu siapa yang akan jadi kakak ipar kau." Jawab Bahri, sekaligus mencabar Idris.

Anak jantan, pantang mundur kecuali mak panggil. Sebekas kuih lopes diambil. Dengan langkah yang penuh gaya maskulin, Idris berjalan kearah Anne. Kuih itu diletakkan di atas meja, kemudian ditolak ke hadapan Anne. Anne pantas mendongak melihat kuihnya kini berada di depan mata. Apa kena pulak lelaki ni?

"Nah, saya belanja kuih. Malam tadi tidur okey tak?" Tanya Idris.

"Errrrr..." Sejak bila pulak Anne boleh jadi blur sehingga tergagap untuk menjawab soalan yang sangatlah mudah.

"Apa ke peliknya, belanja kuih dekat tokey kuih tu sendiri. Kalau iya pun nak mengorat, ambik lah makanan lain. Anis tak makan kuih." Sampuk Bibah.

Idris ternganga. Tauke kuih, tapi tak makan kuih?

"Oh, awak ke yang buat kuih ni?" Tanya Idris lagi, dengan nada yang terkejut walaupun soalan pertamanya masih belum dijawab oleh Anne.

"Haa, ya." Anne mengangguk perlahan.

"Tapi awak tak makan kuih?" Tanya Idris lagi.

Anne mengangguk lagi. Eeeeeiii, jangan tanya banyak-banyak, aku tengah tahan malu ni.

"Awak ni, kalau tak angguk, awak jawab sepatah je. Segan saya nak berbual. Saya balik dulu." Ujar Idris.

"Saya mintak maaf..." Langkah Idris terhenti.

"...pasal malam tadi. Maaf, sebab saya dah buang masa encik dan bomba-bomba yang lain." Sambung Anne perlahan.

Seketika kemudian, dia memekup mulutnya. Pandai-pandai kan mulut ni bersuara, ayat pulak saja je nak buat tuan punya badan nampak suci lagi depan orang ni. Idris berpaling semula, menghadap Anne yang masih tunduk merenung meja.

"Tak buang masa pun. Segala kemungkinan kejadian bahaya, apabila dilaporkan, wajib bagi kami untuk pergi dan periksa. Kalau ada, kami bantu, kalau tak ada, Alhamdulillah Allah permudahkan urusan." Lancar pula Idris bersuara, matanya masih belum lepas dari memandang Anne.

"Nanti kalau encik nampak saya lagi, buat-buat lupa je tau pasal tu." Pesan Anne lagi.

Akan dia buktikan pada Anas yang dia bukanlah manusia mudah dijadikan bahan perlian. Menang berdepan dengan Anas lagi penting dari perasaan malunya ketika ini.

Siap kau Anas, dasar adik yang durhaka!

Setiap masa kau perli kakak kau ni kan.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience