Bab 46 : Jalan Jauh

Romance Series 403852

4 Mac 2019

"Kereta siapa ayah pinjam?" Tanya Anne melihatkan kereta HR-V hitam yang ada di halaman rumah mereka.

"Kereta kawan ayah. Kereta ayah tu enjinnya meragam. Tak boleh berjalan jauh. Ni, Anis pergi masukkan beg dulu. Lepas tu tunggu ayah dalam kereta." Arah Arshad.

Anne memanjangkan lehernya mengintai kereta itu. Bukan main bergaya lagi kereta kawan ayah. Tinted pun gelap tak nampak apa. Salah gaya, nanti ada manusia yang fikir ayah dia tu sugar daddy dia.

"Okey ayah. Hmmm mak, betul ke mak tak nak ikut? Boleh singgah pantai. Boleh pergi Pasar Payang, memborong." Ajak Anne lagi.

Fauziah hanya mencebikkan bibirnya.

"Setakat Pasar Payang tu, bila-bila mak nak pergi, mak beritahu je ayah. Zap zup zas terus sampai, pakej gelang emas 50gram." Balas Fauziah.

Anne tergelak sahaja. Betul lah apa yang Fauziah beritahu tu. Arshad memang sejak dari dulu melayan Fauziah dengan baik sehinggakan kenalan ayahnya suka mengusik ayahnya sebagai lelaki yang takutkan isteri.

Padahal bukan takut, tetapi terlajak sayang. Haih, kalau lah Idris tidak hilang ingatan, tentu sekarang ini mereka sedang bergembira untuk sama-sama pergi ke Kuala Terengganu.

"Anis cepatlah pergi isi beg dalam kereta. Lepas tu, Anis tunggu ayah dalam kereta." Arah Arshad.

"Okey ayah. Kunci?" Tanya Anne memikirkan matahari yang sudah mula tegak diatas kepala, takkan lah dia dengan solehahnya mahu menunggu tanpa menghidupkan enjin kereta terlebih dahulu.

"Ada dalam kereta. Enjin dah hidup tu. Pergi lah cepat." Tinggi sudah nada suara Arshad.

'Ayah ni dah kenapa nak marah-marah? Ni sebab buah hati dia tak ikut lah ni.' Omel Anne sambil melangkah ke belakang kereta. Barangnya diletakkan pantas dan terus sahaja bonet ditutup.

Lalu dia dengan malasnya melangkah ke arah tempat duduk penumpang hadapan.

"Allah..." Dadanya diusap perlahan, meredakan perasaan terkejutnya tadi.

Bukan main-main kejutan yang diterima hari ini. Idris dengan kacaknya sedang merenung tajam kearah dia. Berbaju santai kemeja-t putih dan berseluar jeans hitam. Menyerlahkan lagi rona putih kemerahan kulitnya.

"Sorry. Salah kereta." Pintu itu mahu saja ditolak perlahan sebelum kuat suara Idris memanggilnya, sekaligus menghentikan perbuatan Anne.

"Awak cakap saya suami awak. Takkan dengan suami pun takut, kot?" Tanya Idris.

Anne menelan air liur.

'I don't like this Idris. Tak mesra isteri langsung!'

"Masuklah, nak tukar kerjaya jadi penjaga parking valet pulak ke tercegat je dekat situ?" Sambung Idris.

"Saya tunggu ayah." Balas Anne teragak-agak.

"Masuk Anis!"

"Haaa ya ya saya masuk." Terkejut disergah begitu, Anne masuk sahaja ke dalam kereta.

"Eh eh eh, kenapa awak tinggal ayah saya?" Tanya Anne yang terkejut buat kesekian kalinya apabila kereta itu sudah bergerak.

"Ayah pun dah say bye dekat awak tu siap lambai lagi. Takkan lah dia nak ikut." Balas Idris selamba.

Anne termangu-mangu. Dah kena prank dengan ayah ke ni?

"Kalau betul awak isteri saya, awak kena tahu yang saya tak suka isteri saya berdua-duaan dengan lelaki lain." Sambung Idris.

"Lelaki lain apanya? Kan tu ayah saya." Balas Anne.

"Memang lah, tapi saya tetap tak suka. Berdua-duaan dalam kereta, lepas tu nanti duduk sama bilik." Idris meleretkan ayat hujungnya, namun dia jeda seketika.

"Gila! Mana ada duduk satu bilik. Sampai sana nanti saya book lah bilik lagi satu untuk saya. Jangan nak merepek boleh? Jangan nak bersangka buruk dengan ayah saya. Saya karate awak nanti!" Marah Anne tiba-tiba.

Eeeeeiii, Idris ini sangat lah membenci kan!

"Cakap lah apa-apa je. Saya tetap tak suka." Balas Idris pendek.

Belum keluar dari kampung pun, tapi Idris sudah berjaya menghidupkan perasaan mahu meletup dalam dirinya.

'Ish, salah Idris yang balik ni! Pulangkan balik Idris yang dulu.' Omel Anne dengan hatinya yang sebal.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Nur Azlina
2022-01-27 22:29:29 

sabar jela anne ngan perangai Idris yg xmesra alam tuu.tq update.

Hawani Hashim66
2022-01-27 20:35:04 

tq update....nak lagiiiii xpuas baca...


NovelPlus Premium

The best ads free experience