Bab 54 : Cinta Utama

Romance Series 403475

"Jangan sesekali meletakkan cinta kepada manusia sebagai cinta yang paling penting, utama dan tertinggi dalam hidup. Sebab cinta kepada manusia takkan kekal lama.

Seharusnya sayang letakkan cinta kepada Allah itu sebagai cinta yang utama. Abang akan usaha sedaya upaya untuk membahagiakan sayang. Tapi kita tak tahu apa yang akan jadi di masa akan datang.

Boleh jadi, peristiwa seperti sekarang ini berlaku betul-betul. Abang betul-betul tak ingat sayang. Abang tak nak masa tu nanti sayang patah hati." Tutur Idris dalam perjalanan mereka balik ke Kuantan melalui Lebuhraya Pantai Timur.

"Kalau betul-betul jadi, saya akan cepat-cepat undur diri." Balas Anne perlahan.

"Itu lari dari masalah sayang. Takkan membantu menyelesaikan apa-apa." Balas Idris.

"Ada sesetengah masalah itu, tak memerlukan apa-apa penyelesaian. Cukup dengan kita larikan diri sahaja." Jawab Anne.

"Lepas tu?"

"Lepas tu apa?"

"Lepas dah lari dari masalah, apa yang kita kena buat lepas tu? Apa yang boleh dan apa yang perlu kita buat?" Soal Idris.

"Tak ada apa-apa. Teruskan hidup seperti biasa. Abaikan semua benda yang menyakitkan. Payah. Tapi, kalau itu je satu-satunya cara, terpaksa terima walau hati tak rela."

Idris menggelengkan kepala tatkala dia mendengarkan jawapan Anne. Namun dia cuba memahami maksud tersirat di sebaliknya. Anne sudah lama hidup dalam mod 'survival'. Lama-kelamaan Anne akan menjadi penat. Seperti sekarang.

Perangainya boleh berubah. Tingkahnya juga kadang-kadang boleh buat orang menyampah. Tapi apa yang boleh dijangkakan dari orang yang sudah berkali-kali terluka?

"You will never fight for me?" tanya Idris dengan nada yang sukar di mengerti.

"Every love is worth fighting for. But not if I'm the only who needs to fight." Jawab Anne pendek.

Namun cukup untuk menggambarkan keadaan hatinya. Buat Idris pula, dia tahu dia perlu berusaha lebih keras dalam menjaga hati isterinya. Trauma yang tidak perlu diulang semula.

*****

" ldris dah resign dari kerja dia. Sekarang dia sibuk nak ambik alih kerja dekat klinik tu." Tutur satu suara.

Disambut dengan gelak ketawa dari satu manusia yang lain.

"Baguslah!" Sahut satu suara lelaki pula.

"Bagus? Kelam-kabut dibuatnya. Sepatutnya dia tak payah campur. Payah untuk jalankan apa yang dah lama dirancang." Balas suara itu geram.

"Satu-satu lah. Jangan gelojoh. Ibarat menarik rambut dari tepung. Rambut tak putus, epung tidak berselerak. Win-win situations."

"Sempat lagi nak berpepatah semua. Kau lah yang lambat. Padahal waktu dia hilang di London tu semuanya sudah boleh dipindahmilik." Bebel wanita itu.

"Habis, siapa nak tandatangan dokumen? Lepas tu tak fikir pulak apa yang akan jadi kalau orang tahu semuanya dah dipindahmilik dekat engkau, sedang elok pulak semasa Idris tengah hilang. Dari nak jadi kaya, ter jadi banduan pulak." Sindir lelaki itu.

"Aku tak kira, aku nak klinik tu! Aku dah tolong kau, pandai-pandai lah kau pastikan aku dapat klinik tu." Wanita itu mengatur langkah untuk pergi dari situ.

Dalam kepalanya dia sudah merancang untuk membuat rancangan baru sendirian demi memastikan apa yang diinginkan tercapai.

Bagi lelaki itu pula, dia beralih kedudukan lalu terus berbaring. Bekerjasama dengan wanita sememangnya susah. Terlalu mengikut emosi. Cuba bersabar dan rasional seperti lelaki, tentu mudah sahaja semuanya dan berjalan dengan lancar.

Sebatang rokok di nyalakan. Di dalam fikirannya ada 1001 cara untuk dia menyingkirkan perempuan itu sebaik sahaja impiannya tercapai. Gila? Tidak. Ini undang-undang rimba. Siapa yang kuat, dan siapa yang bijak mengambil peluang, dialah yang memegang kuasa!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Nur Azlina
2022-02-10 14:30:23 

bila nk update nii....lama dah dok tggu.


NovelPlus Premium

The best ads free experience