Bab 39 : Rindu

Romance Series 403831

Mengingatkan kejadian di lapangan terbang Kuantan tadi, Idris tersenyum sendiri. Reaksi isterinya yang malu-malu dipanggil sayang sehingga memerah mukanya serta reaksi Anne yang hampir sahaja menepis tangannya ketika dipeluk juga tanpa sengaja mengukirkan senyuman di bibirnya.

"Pengantin baru, tak sampai 24 jam kahwin dah kena tinggal. Jangan rindu sangat sampai sakit-sakit dah lah." Usik Zulhairi.

"Rindu mestilah kena ada. Tunggu kau kahwin esok-esok tengok macam mana. Entah-entah nak pergi kerja pun tak sanggup." Usik Idris semula.

"Okey okey. Aku mengaku kalah. Sampai sana nanti, bila ada masa kosong korang video call je lah hari-hari. Okey?" Balas Zulhairi.

"Itulah niatnya." Balas Idris sambil melempar kan pandangannya ke luar tingkap, awan yang gebu bagaikan gula-gula kapas itu mengingatkan dia kepada isterinya.

Senyum lagi.

*****

"Termenung je kak? Rindu abang ke tu?" Usik Anas apabila melihatkan kakaknya termenung di meja makan.

Melihatkan gayanya, Anne seperti sedang menyiapkan kerjanya menyukat bahan-bahan untuk membuat kuih seperti yang biasa dia lakukan.

"Mana ada. Kan tengah buat kerja ni." Balas Anne sambil tangannya dibuat-buat menyentuh beras pulut di dalam besen kecil.

"Alahh, kalau rindu pun apa salahnya. Mesej jelah dia. Bukan orang lain pun. Dah kahwin kan. Masa ni lah nak berbaik-baik dengan suami. Nak berkenal-kenalan. Nak bermanis-manisan." Balas Anas.

"Sibuk ajelah kau. Pergilah main bola sana. Dah pandai nak jadi penasihat orang. Padahal dia pun bujang." Perli Anne.

"Haaa itulah akak. Bujang bukan sebarang bujang. Bujang ini yang menemukan jodoh orang. Kalau bukan sebab Anas pelawa dia duduk sini lepas dia tolong Anas tu, sampai bila-bila pun dia takkan nampak akak. Takkan jatuh cinta dengan akak. Haaa, nampak tak betapa berjasanya adik akak ni?" Balas Anas.

Anne terdiam.

"Yang tumpang tidur bilik akak tu, dia ke?" Tanya Anne.

Anas pantas mengangguk. Anne terdiam lagi, jadi bau minyak wangi yang tertinggal di bantal dan katilnya itu, minyak wangi Idris yang menemani waktu tidurnya? Patutlah baunya seakan biasa di hidung.

"Haaa silakan lah sambung berangan pasal suami anda itu ya. Kalau mak tanya, akak cakap Anas pergi rumah Nordin sekejap tau. Kalau ada apa-apa, telefon je." Belum sempat Anne membalas apa-apa, Anas sudah berlalu pergi.

Telefon yang berbunyi menandakan ada mesej diterima. Laju sahaja dibuka aplikasi WhatsApp itu apabila dapat dilihat nama yang muncul.

'Tahu je orang tengah fikirkan pasal dia.'

Idris: Saya dah sampai di KLIA. Sedang tunggu next flight. 8 jam lagi. Sayang okey?

Anne tersenyum. Belum biasa, namun dia suka.

Sayang Rumaysa: Saya okey. Nanti jangan lupa makan.

Anne membaca mesejnya dahulu. Kalau begini yang dia balas, agak-agaknya okey tak ya? Bibir bawah digigit perlahan sebelum dia menyentuh butang send. Hantar jelah.

Idris: Sayang saya dah ingatkan, mesti saya tak lupa. Sayang pun jangan lupa makan. Mak cakap sayang banyak puasa sekarang ni. Sayang kalau nak puasa, puasa je. Tak payah minta izin saya, tau.

Anne tersenyum lagi.

Sayang Rumaysa: Terima kasih.

Pendek, namun mampu mengukirkan senyuman di wajah Idris.

Idris: Sayang, saya nak tanya sesuatu.

Sayang Rumaysa: Apa dia?

Idris: Sayang dah rindu saya tak? Sebab saya dah rindukan sayang lah :(

Omg!

'Idris tolong lah, I tak biasa you dilayan manis-manis begini. Kenapalah awak manis sangat.'

Anne menutup wajahnya yang terasa panas. Meskipun tidak mampu dilihat oleh Idris, dia tetap terasa malu. Kenapa Idris begitu berbeza dari sebelum mereka disatukan ya?

Matanya menyoroti bait-bait perkataan yang dihantar oleh Idris. Tidak lekang senyuman dari wajahnya. Tanpa disedari Anne, di sebalik langsir laluan masuk ke dapur, Fauziah dan Aneesa sedang mengintai telatah dirinya sebelum mereka berdua senyap-senyap keluar ke ruang tamu semula.

Hasrat untuk mendapatkan air minuman dibatalkan. Mereka berdua turut tersenyum. Bukan mudah untuk melihat senyuman yang membuatkan wajah Anne berseri-seri. Selalunya walaupun tersenyum, tetap kelihatan kelam dan kusam.

"Mak harap Idris mampu buatkan Anis senyum macam tu sampai bila-bila." Luah Fauziah separuh berbisik.

"Insya Allah. Mak jangan berhenti doakan Anis tu ya. Selepas semua kesengsaraan, Allah akan berikan kebahagiaan buat dia." Balas Aneesa yang turut merasa bahagia melihat adiknya.

"Kalau mak tahu, Idris tumpang tidur sini je mak terus pinang dia."

Berderai ketawa kedua mereka.

"Takutnya masa tu Idris yang lari, belum apa-apa dah dipinang tuan rumah." Balas Aneesa.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Asmah
2022-01-21 14:53:38 

banyakkan ayat2 manis wahai Idris ....sampai senyum lebar si isteri


NovelPlus Premium

The best ads free experience