Bab 41 : Rumaysa'

Romance Series 403866

"Anne..." Panggil satu suara yang membuatkan Anne terus menoleh.

Azlan!

Bibah mendekati Anne yang sedang mengemas meja dan kerusi, sementara matanya dipakukan pada sesusuk tubuh yang berdiri di luar kedainya.

"Nak apa lagi laki orang oiiii?" Laju sahaja mulut Bibah melaharkan kemarahan.

"Anne dah makin kurus. Anne, terseksa rindukan Lan ke?" Tanya Azlan dengan senyuman.

Bibah tayang riak wajah tak kuasanya lagi. Gila betul lelaki ini. Anne pula sudah berbakul menyumpah di dalam hatinya. Dia yang penat-penat berpuasa dan menjaga makanan yang diambil, senang senang sahaja Azlan mengeluarkan kata-kata sedemikian.

"Kau jangan sibuk lah. Anne, betul ke Anne dah kahwin?" Tanya Azlan yang semakin mendekati Anne.

Anne tayang jari-jemari tangan kanannya yang masih bersisa dengan inai, juga cincin dengan gelang yang diberikan oleh Idris sewaktu pernikahan mereka.

"Dah, so kau boleh berambus. Tak payah nak datang cari-cari aku lagi dah." Balas Anne sambil mengemas meja yang masih belum dilipat.

"Kau sombong sekarang ni kan? Kau ingat suami kau tu baik sangat ke? Kau kenal tak dia tu sebenar-benarnya macam mana?" Tanya Azlan dengan matanya yang mula memerah, urat pada lehernya juga terlihat tegang, menunjukkan dia mula dirasuk amarah.

"Tak apa, banyak masa lagi untuk kami berkenalan. Tapi kalau kau, memang aku dah kenal sangat. Manusia yang langsung tak mengenal budi dan jasa orang.

Kau bukan baik sangat pun Azlan. Kalau kau baik, kau takkan tinggalkan aku yang dah bersusah payah dengan kau selama ni." Balas Anne selamba.

Azlan pula yang termati kata. Namun dia masih mahu mencuba.

"Anne, please, kita boleh baik semula. Anne tahu tak Dalina dah mintak cerai? Kita boleh bersama semula." Jawab Azlan pula.

"Kau gila ke? Aku dah kahwin."

"Tapi Anne tak cintakan dia, Lan tahu Anne tak cintakan dia."

"Siapa cakap tak cinta? Aku cinta kan dia lebih dari perasaan aku pada kau dulu tu, kau tahu tak? Aku pun tak sangka, tapi jujur, aku bahagia." Jawab Anne.

"Hari ni kau bersorak dengan aku sebab Dalina mintak cerai. Alhamdulillah Allah hantarkan jodoh lain dekat aku. Kalau aku kahwin dengan kau, esok lusa aku pulak yang diceraikan bila kau jumpa orang lain.

Please Azlan, aku betul-betul tak larat nak bergaduh dengan kau. Lagi pun aku puasa, aku tak nak puasa aku sia-sia je dengan sebab aku bergaduh dengan kau. Please!"

*****

~Rumaysa' yang dikenali sebagai Umm Sulaym termasuk dalam kalangan orang-orang yang terawal menerima dakwah di Madinah. Rumaysa' adalah seorang yang berani, malah Rumaysa' dengan beraninya menyangkal celaan suaminya Malik terhadap agama Islam setelah Malik mengetahui tentang keislaman Rumaysa'.

Setelah pertengkaran itu berlaku, Malik keluar dari rumahnya lalu terbunuh. Maka tinggallah Rumaysa' membesarkan anaknya seorang diri. Sebaik sahaja Anas bin Malik berusia sembilan tahun, Rumaysa' menyerahkan Anas bin Malik kepada Rasulullah SAW untuk diasuh dan menyertai halaqah ilmu sehinggalah Anas bin Malik membesar sebagai salah seorang sahabat yang begitu arif dalam ilmu-ilmu agama Islam.

Malah, Anas juga terkenal kerana banyak meriwayatkan hadith. Selain dari itu, Rumaysa' juga terkenal dengan kebijaksanaannya menarik Abu Talhah, yang melamarnya untuk menerima agama Islam, serta amatlah berhati-hati dalam menyampaikan berita kematian Abu Umair, anaknya bersama Abu Talhah. Berbahagialah mana-mana suami yang menerima wanita seperti Umm Sulaym untuk menjadi isterinya. Alhamdulillah, Allah kurniakan jodoh saya juga adalah orang yang hebat, walaupun belum sehebat seperti Umm Sulaym.~

Anne tersenyum sendiri. Lain macam posting Ansori malam ini. Ansori lebih terbuka dan sedang menceritakan bahawa hatinya sudah pun dimiliki. Seperti biasa, ramai yang meninggalkan komen memuji Ansori kerana berkongsi ilmu pada malam ini. Tidak kurang jugak yang meninggalkan komen berbaur kecewa kerana penulis mereka sudah pun berpunya. Tanpa berfikir panjang, Anne meninggalkan satu komen di IG Ansori itu.

Wah, Ansori sudah dimiliki. Boleh lah perkenalkan kepada kami.

Tidak pernah dia mengharap Ansori akan membalas komennya lagi memandangkan ramai yang turut meninggalkan komen. Tetapi, bintik merah pada IG nya tiba-tiba muncul. Tanpa menunggu lama, Anne menyentuh bintik itu. Eh, Ansori balas?

Insya Allah, soon :)

"Wuhuuuuu, Ansori balas komen aku." Sorak Anne kuat.

Tidak sampai lima minit kemudian, Anas keluar dari biliknya terus sahaja ke ruang tamu mendapatkan Anne.

"Jaga mata tu kak, awak dah berpunya. Mentanglah Abang Idris jauh nun di London sana, awak mengendap IG lelaki lain eh? Siap awak, saya report dekat suami awak." Sempat pipi Anne di cubit lembut setelah dia menghabiskan ayatnya itu.

"Kau dah kenapa Anas? Tiba-tiba bercakap macam ni. Lain macam je, nak jadi melawan fitrah eh?" Tanya Anne pula.

"Eh akak ni, ada cakap macam tu. Orang saja je ingatkan akak. Abang Idris takde ni, akak tu tanggungjawab semua orang lelaki yang ada dalam rumah ni lah. Seorang isteri wajib menjaga kehormatan dirinya serta maruah suami walau suami tiada di hadapan mata. Orang tak nak akak berdosa." Bisik Anas.

"Kesitu pulak. Yalah, nanti akak tak excited sangat bila baca posting Ansori. Akak bukan apa..."

Anne terhenti ayatnya disitu apabila dia melihat telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada video call dari Idris. Kali pertama dia menerima video call.

"Hah, baby boo akak call tu. Baik akak masuk cakap dalam bilik dulu. Kalau mak tanya Anas pergi mana, akak cakap Anas keluar beli burger, okey bye."

Butang hijau digeser perlahan, untuk dia menerima panggilan video itu. Fuhhh, berdebarnya kalah majlis bertunang. Terpapar di skrin wajah Idris yang sudah seminggu tidak dilihat melainkan gambarnya sahaja.

"Assalamualaikum sayang!"

"Waalaikumussalam. Errr, kenapa video call?" Tanya Anne.

"Saja, rindukan sayang."

Duppp! Sesak dada, senyuman yang hampir menghiasi bibirnya ditahan sedap upaya.

"Kenapa pipi sayang dah cengkung? Sayang tak ada selera makan ke?" Tanya Idris.

"Errr, saya penat kerja je. Ab...hmmmm, awak jangan risau lah."

Masih belum cukup berani untuk Anne sebutkan panggilan itu secara berdepan.

'Sorry abang, you have to wait a lil' bit.' Bisik Anne dalam hati.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience