Bab 52 : Bila Cinta Ini

Romance Series 403475

Selama Idris keluar dan dia tinggal sendirian ini, Anne mempunyai lebih masa untuk berfikir dan menimbangtara rancangan untuk masa depannya. Jujurnya, dia seakan tidak dapat menjangkakan nasib masa depannya nanti bagaimana.

Dengan keadaan Idris yang begitu, terasa gelap gelita. Bahagia entah kemana. Anne mengeluh perlahan. Bantal di sebelah dia ambil lalu dipeluk erat menutupi wajahnya. Lagu di radio malam ini pun syahdu sahaja semuanya. Kalau lah boleh diputar masa semula.

^Bila cinta ini,
Tak lagi bermakna,
Yang ku rasa kini,
Hanyalah nestapa.
Ditinggalkan cinta masa lalu.

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku.
Hingga engkau pergi
Tinggalkan ku.

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga 'ku memilih
Cinta yang fana.

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga kuterjatuh
Dalam harapan...^

Satu demi satu kenangan bersama Idris terimbas di fikiran. Satu demi satu titisan air mata mengalir di pipi.

'Ya Allah, belum luluskah aku dengan ujian berkaitan cinta manusia ini sehingga Engkau menguji aku pada titik yang sama berkali-kali? Aku lelah ya Allah. Aku penat mahu mencinta.

Kali ini, kalau hubungan ini baik untuk aku, untuk kehidupan agamaku, untuk keluargaku, maka dekatkan lah kami. Andai tidak, aku reda untuk hubungan kami putus dengan sebaik-baiknya.'

Makin laju air mata itu mengalir membasahi bantal yang menutup muka. Bukan dia tidak lihat bagaimana pandangan Khalisah kepadanya. Bukan dia tidak memahami pandangan Paweena setiap kali mereka bertemu mata. Bukan dia tidak pernah mendengar kata-kata tajam mereka.

Semuanya dia faham, ditambah pula dengan layanan Idris yang sekadarnya, dia malu untuk menyandang gelaran isteri yang suatu masa dahulu dengan rela dia terima disebabkan kebaikan Idris kepadanya.

'Anne, aku tak mampu nak ceritakan apa yang aku lalui. Tapi satu je yang aku mampu beritahu, makin cepat kita reda dengan ujian yang Allah beri, makin cepat Allah makbulkan doa permintaan kita.

Allah tak zalim Anne. Ada sebabnya kenapa Allah uji. Tapi hikmah tu kita tak akan nampak sekarang. Kita akan nampak kemudian, bila dah lulus ujian ni. Sabar. Aku ada. Paling penting, Allah ada.' Ucapan Najwa sebaik sahaja selesai sesi temuduga mereka juga masih terngiang-ngiang di telinga.

Terkadang kita lafazkan reda di mulut sahaja, tidak pada hati seluruhnya.

'Tapi kali ini, aku betul-betul reda ya Allah. Aku dah bersedia untuk terima apa sahaja yang Kau rencanakan untuk aku. Terima lah diriku dan jagalah aku sepenuhnya. Jangan biarkan aku jaga diri aku sendiri.'

"Patutlah awak tak nak ikut saya pergi. Awak nak duduk sorang-sorang dekat rumah, nak menangis eh? Siapa yang buat awak menangis macam ni? Cuba cerita." Suara Idris lembut menyapa telinga, mengejutkan Anne yang masih lagi berduka.

"Idris, kita bawak haluan masing-masing." Tutur Anne dengan tenang.

"Kenapa?" Dapat dilihat wajah Idris pucat serta merta tatkala mendengarkan cadangan dari Anne itu.

Mata Anne yang bengkak, dan hidungnya yang memerah diperhatikan lama, seolah-olah bakal muncul jawapan disitu bagi soalan yang ditanya.

"Tak ada apa-apa yang salah dari awak. Tapi mungkin lebih baik kalau kita bawak haluan masing-masing." Terang Anne.

"Sebab saya sakit ke? Sebab saya lupa awak?" Tanya Idris dengan nada yang kecewa.

"Mungkin, masa sekarang ni bukan masa yang betul untuk kita teruskan dengan hubungan kita. Mungkin nanti, di masa akan datang, kita akan bertemu semula bila dah sampai masanya untuk kita bersama." Balas Anne.

"No!"

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

AQs bonda
2022-02-04 20:03:00 

huhu... pedih mata..

norsila
2022-02-04 11:47:01 

eeemmm bukan lupokn idris cumo beri ruang utk bjauhan dn cari cinta kembali..


NovelPlus Premium

The best ads free experience