Bab 66 : Kisah Bermula

Romance Series 403831

Anne membatukan diri sewaktu Idris mendekatinya sebaik sahaja Bibah pulang ke rumah. Pesanan Bibah melekat dalam kepalanya, namun untuk dia melaksanakannya sekarang, dia tidak mampu. Masih belum mampu, sebetulnya. Makanan yang dihantar oleh Fauziah dipandang sepi. Tiada selera bila menelan liur sendiri pun terasa kesatnya sudah seperti menelan pasir.

"Kita dah boleh bercakap?" Tanya Idris.

Mahu sahaja diiyakan, namun egonya sedikit menghalang. Kenapa perlu dia melayan baik-baik lelaki ini?

'Sebab dia masih suami kau Nis. Selagi apa yang dia buat itu tidak mensyirikkan Allah, tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam kita, wajib bagi seorang isteri mentaati suaminya.' Terngiang-ngiang jawapan Bibah tadinya.

'Tapi dia sakitkan hati aku Bah.'

'Ada hikmahnya kenapa Nis. Kalau tak nak hormati dia dah, leraikan betul-betul. Kalau nak teruskan pun, teruskan betul-betul. Bukan biar tergantung macam ni. Jangan kumpul dosa Nis. Allah tak halang bercerai kalau betul jalan itu yang terbaik bagi kedua pihak.'

Satu suap nasi disuap ke mulutnya. Masih mencuba mengelak dari menjawab soalan Idris.

"Saya...hmmm, abang dengan Sabrina, tak lama macam ni. Kami akan..."

"Tak tanya pun." Potong Anne laju.

"Tapi abang nak beritahu. Nak jelaskan semua."

"Dah terlambat."

"Tak ada peluang langsung ke untuk sayang dengar dulu?"

"Apa lagi yang awak nak tipu pusing saya sana sini?"

Idris jeda. Namun hendak menyesal pun sudah tiada gunanya.

"Sayang, abang minta maaf. But I want you. I did all of these, because I want you."

Anne tercengang.

'Nak aku tapi buat aku sedih? Logik ke pemikiran Idris ni?'

~Flashback~

Perbualan dua perempuan si stesen LRT itu menarik minat Idris untuk terus-terusan memasang telinganya. Perbualan harian yang merepek, tetapi adakalanya kelakar. Lagi-lagi perempuan yang sedikit tembam dari rakannya itu.

"Ada cheese tak?" Tanya perempuan tembam itu tiba-tiba.

"Apa yang ada cheese?" Tanya rakannya kembali.

"Tu, kau cakap buku dia laku macam pisang goreng panas. Pisang goreng Cheese ada tak?" Perempuan tembam itu menjelaskan apa yang dimaksudkannya tadi.

Haaa tu kan. Kelakar. Idris memasang telinga lagi apabila rakan gadis itu bertanyakan soal kahwin kepadanya. Panjang juga hujah rakannya itu dalam menyentuh bab penting apabila seseorang perempuan semakin meningkat umurnya. Saat dimana pemilik yang akhirnya menemui tulang rusuk kirinya lalu mereka berbahagia bersama.

"Aku tak pastilah untuk jadi rusuk kiri dia, atau untuk dia jadikan rusuk aku ni dinner dia yang dicicah air asam lepas dia dah grill. Dah lah, jangan bebel. Memang lah manusia dicipta berpasangan, tapi boleh jadi pasangan aku dah mati, sedang menunggu aku di syorga. Jadi tinggallah aku seorang diri berkelana di dunia sepi ini. Giteww. Dah lah Sab, aku nak sambung balik ni. Bye." Laju sahaja langkah perempuan itu menyusup masuk ke dalam koc LRT yang menuju ke Gombak itu.

Tengok, untuk bab ini pun boleh perempuan itu kaitkan dengan makanan lagi. Hidup dengan perempuan yang sentiasa ceria begini, tentunya sebagai suami, Idris akan berbahagia nanti. Sempat satu senyuman diukirkan apabila bayangan itu melintasi fikiran. Menjadi suami kepada orang yang dia suka. Entah bila, tanpa dia sedari dia sebenarnya sudah terjatuh cinta. Buat kali pertama.

"Cik, tunggu kejap!" Panggil Idris tatkala dia melihatkan Sabrina sudah berdiri apabila kedengaran bunyi LRT menghala ke Kelana Jaya hampir tiba.

"Saya nak nombor telefon kawan cik yang tadi tu?" Terus sahaja Idris luahkan hajatnya.

Sabrina terkedu, namun dia tersenyum gembira. Pantas mereka bertukar nombor telefon, dan nombor telefon Anne juga diberi kepada Idris.

'Moga-moga kali ini kau berbahagia sampai bila-bila Anne!' Bisik hati Sabrina sambil tersenyum sebelum dia melangkah masuk ke dalam koc LRT itu.

Idris menggosok pahanya sendiri, resah dipanah renungan tajam dari isteri walaupun riak wajah Anne beku tanpa sebarang gambaran emosi.

"Abang kahwin dengan Sabrina, demi keselamatan sayang." Idris membuka bicara.

Anne masih berdiam diri.

"Kereta hitam yang langgar kereta sayang itu, abang tahu siapa orangnya. Abang tahu kenapa dia langgar sayang." Idris menyambung perlahan.

Lain pula bagi Anne. Terasa berderau darahnya. Kemalangan yang sudah lama dirancang? Jadi dia sahaja yang lalai selama ini? Apa kisah disebalik apa yang Idris baru sahaja ceritakan tadi?

"Abang kenal Sabrina sebab nak dapatkan nombor telefon sayang. Ingat tak sayang dengan Sabrina pernah bersembang dekat stesen LRT? Something about Atticus?" Soal Idris.

Wajah Anne mula memerah. Dia tahu sangat perbualan itu mengarah ke topik apa selepas itu.

"Pasal rusuk grill cicah air asam instead of rusuk kiri?" Soal Idris lagi.

Wajah Anne semakin bertambah rona merahnya. Dia perlu menghentikan ungkitan Idris tentang topik perbualannya bersama Sabrina sebelum entah apa-apa lagi isu merepek berbangkit.

"Apa kaitannya? Cerita jelah terus tak payah nak ungkit cari gali sejarah perbualan lama." Akhirnya, Anne bersuara.

"Ingat Kelly tak?" Tanya Idris sebelum dia melanjutkan perbualannya.

"Kenapa dengan Kelly?"

"Kelly yang rancang semua ni." Balas Idris.

Kelly? Serius Kelly? Kenapa? Bagaimana? Mengapa? Apa sebabnya? Dahi Anne sudah berlapis dek kerutan memikirkan apa sebabnya di sebalik rancangan Kelly. Kenapa Idris perlu mengahwini Sabrina untuk menghentikan Kelly? Gila semua ini.

"Sayang tahu tak Kelly suka sayang?"

Anne terkebil-kebil lagi mendengarkan sebaris ayat itu. Kelly sukakan dia? Tak mungkin! Ini tentu salah satu dari penipuan terancang Idris dan Sabrina yang mahu diri mereka kelihatan suci setelah tergamak mengkhianati kepercayaan Anne. Kalau betul Kelly sukakan, kenapa Kelly sering mencari gaduh dengan dirinya? Aneh-aneh dan tidak logik alasan itu.

"Kelly tu memang nampak lembut. Tapi dia dah suka sayang dah lama. Dari awal sayang masuk kerja. Banyak kali dah dia berkias dengan sayang, tapi sayang tak dapat tangkap maksud kiasan dia. Konfliknya bermula bila sayang secara tak sengaja tercakap benda yang tak baik tentang Kelly, dan dia pula secara tak sengaja terdengar apa yang sayang cakap tu." Terang Idris.

Apa yang dia cakap sampai Kelly begitu sakit hati dengan dia? Sungguh, kali ini ingatannya telah mengkhianati dia.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Nur Azlina
2022-03-24 22:47:15 

Idris xpatut nikah lain walau apa pun alasannya.bukan senyap2 kawin lain untuk selesai masalah.xseorang pun perempuan sanggup suami kawin lain.

norsila
2022-03-24 22:16:55 

pelik2 sbb sbrina dn kelly ..idris kono nikah dgn sbrina..tk logik2 hnya nk m.alihkn phatian kelly huuu lakonan hebat..hahaha..laki kesempatan utk mrasa nikmat yg lain..pasti nikah alasan yg ado..huuu..tk logik langsung....


NovelPlus Premium

The best ads free experience