Bab 42 : Guna-guna?

Romance Series 403910

"Kenapa dah kahwin? Bukan ke tunggu bulan tiga?" Tanya Paweena.

"Kenduri yang ditunda ke bulan tiga, tapi Idris dah kahwin sebelum dia pergi London." Balas Rokiah.

Sepupu Idris yang baru sahaja tiba dari Narathiwat dilayan sebaik mungkin walaupun berbeza agama. Bukan selalu mereka singgah, walaupun kali ini agak mengejutkan Rokiah kerana agak kelihatan tergesa-gesa.

"Pergi London? Untuk apa?" Tanya Paweena lagi.

"Idris ada kursus dekat sana. Tiga bulan. Sebab itu kenduri dia bulan 12 ditunda. Tapi pada saat-saat terakhir Idris mintak izin untuk berkahwin dahulu sehari sebelum dia berangkat kesana. Pihak perempuan pun bersetuju, jadi terus dilangsungkan lah nikah mereka." Balas Rokiah.

"Awalnya. Weena ingatkan lambat lagi." Rungut Paweena, Bahasa Melayu nya fasih kerana keluarga besar mereka sememangnya terdiri dari pelbagai agama dan bahasa pertuturan.

"Kenapa? Weena ada apa-apa nak bincang dengan Idris?" Tanya Rokiah.

Paweena hanya menggeleng. Mana mungkin untuk dia berterus-terang bahawa dia sudah lama jatuh hati pada Idris dan kehadirannya ke sini adalah untuk mengubah fikiran Idris supaya Idris mahu menerimanya lebih dari sekadar sepupu sahaja.

Walaupun Idris jarang sekali balik ke kampung papanya, dan kurang mesra dengan sepupu-sepupunya di sana, Paweena tetap mengakui bahawa dari pertemuan pertama sewaktu mereka masih kecil lagi, Idris sudah pun mencuri hatinya.

"Weena?" Panggil Rokiah buat keempat kalinya.

"Hah? Ya, maaf Weena tak dengar tadi." Jawab Paweena dengan rasa malu yang sudah pun menerpa ke wajahnya.

Sedang ibunya Nang Deena sudah bercampur baur rasanya. Dia faham benar perasaan anak gadisnya sekarang ini. Tentu kecewa setelah mendengar perkhabaran yang tidak disangka-sangka.

"Tak ada apalah. Jemput minum. Makan tengahari nanti dekat sini ya?" Pelawa Rokiah.

"Boleh kak." Jawab Nang Deena bagi pihak anaknya.

Rokiah yang dari tadi sudah terperasankan raut wajah Paweena yang bertukar hanya mendiamkan diri. Selaku orang yang lebih berusia, sekilas ikan di air, sudah dia tahu jantan betinanya. Ini kan bila anak gadis berubah wajah apabila dikhabarkan Idris sudah berpunya.

Paweena pula masih sendat fikirannya dengan pelbagai idea untuk menawan hati Idris supaya jatuh cinta kepadanya. Jadi yang kedua pun, tak apa!

*****

"Menantu kesayangan ibu tu, tak nak datang jejak kan kaki ke rumah ibu ni ke?" Tanya Khalisah dengan nada sinis.

"Biarlah, kalau dia nak datang masa Idris tak ada ni mungkin dia segan sikit. Tunggu lah kenduri tu terus. Dah kenduri sambut menantu nanti, tak adalah dia segan sangat." Balas Rokiah.

"Segan ke, atau entah-entah dia memang tak nak datang. Menantu apa macam tu. Anak orang dia nak, keluarganya dia buat tak tahu." Sambung Khalisah lagi.

"Kak Long ni kenapa? Tanpa apa-apa sebab nak cari gaduh, nak cari keburukan Anis tu. Apa yang dia dah buat pada Kak Long? Cuba berterus terang dengan ibu." Rokiah mengelap tangannya dengan menggunakan tuala kecil yang tergantung di dinding dapur.

"Ibu, kita ni tak tahu orang tu perangai macam mana tau. Tahu-tahu Idris yang tak pernah bercinta dengan dia tiba-tiba nak kahwin. Logik ke, baru kenal sekejap terus nak kahwin?

Lepas tu, logik ke dah tetapkan tarikh baru nikah bulan tiga, tiba-tiba nak kahwin sehari sebelum dia pergi kursus. Tak logik lah. Sesiapa pun boleh tahu yang ada benda tak kena. Entah-entah Idris dah kena guna-guna. Kalau tak, takkan mudah je dia nak kahwin dengan orang gemuk macam tu." Hujah Khalisah.

"Kita ni siapa nak bersangka buruk dengan orang? Tambah-tambah lagi Anis tu dah jadi adik ipar Kak Long. Dah jadi menantu rumah ni. Terima lah pilihan Idris tu sebaiknya. Tak ada kaitan dengan kita siapa yang dia pilih untuk jadi isteri dia." Marah Rokiah.

"Ibu ni memang, jangan esok-esok dah jadi apa-apa yang teruk baru ibu nak ingat balik apa yang kak long cakap."

Langkah kakinya dihentak ke lantai dalam sepanjang perjalanannya naik ke tingkat atas rumah itu.

Ibu pun dah buat perangai, belum tinggal serumah dah mula menyebelahi isteri adiknya itu. Menyukarkan misinya untuk merealisasikan rancangan yang sudah diatur sekian lama.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience