Bab 14 : Kekasih Lama

Romance Series 406411

Sabrina menggeleng kepalanya dua tiga kali. Entah apa sejarah hidup Anne, sehinggakan dia begitu rendah diri. Kadangkala tanpa segan silunya dia menjadikan diri sendiri bahan lawak jenaka. Macam yang baru sahaja lakukan tadi. Dia buat lawak, dia yang gelak beria walaupun adakalanya kedengaran begitu kekok.

Anne, kau cantik! Pada aku, semuanya, terutama budi bahasa kau, cantik. Kenapa kau tak nampak semua itu? Kenapa kau pandang fizikal je?

Sabrina mengeluh perlahan. Bagaimana untuk dia bantu Anne keluar dari penjara kerendahan dirinya itu?

*****

"Hoi, berangan pulak dia. Biarkan aku tercongok dekat sini." Bebel Anne.

Sabrina yang tadinya sedang mengingati butiran perbualan lama mereka berdua terperanjat, mengurut dadanya perlahan. Kusss semangat dek sergahan Anne. Wajah Anne di tatap seketika. Baru sekarang dia perasan yang wajah Anne sudah lebih bersih berbanding dahulu sewaktu sedang bekerja bersama. Badannya juga sedikit susut.

"Anne, kau ada apa-apa update nak beritahu aku tak?" Tanya Sabrina.

Anne menggeleng kepalanya sahaja. Update apa?

'Aku bukannya status Fb nak kena ada update segala.' Bisik hati Anne.

"Update apa?" Tanya Anne kembali.

"Manalah tahu, dah jumpa Mr. Right ke. Bukan apa, aku perasan sekarang lepas kau balik kampung ni, wajah berseri-seri. Badan kau pun susut sikit. Kau diet ke?" Tanya Sabrina.

"Choiii, tiada perkataan diet dalam kamus hidup aku. Mak aku cakap, selagi ada selera makan je. Karang dah sakit, terlentang atas tilam, orang hulur Wagyu pun confirm kita reject punya." Selamba dia membalas pertanyaan Sabrina.

'Eh tapi betul ke aku dah susut sikit? Yahooooo, aku dah kurus!' Teriak hati Anne lagi.

"Takde maknanya diet, dulu aku kerja duduk je menghadap komputer. Sekarang aku buruh kasar, kena banyak bergerak. Dulu aku stress menghadap Diva K, sekarang aku lah diva dalam rumah ni." Sambung Anne lagi.

"Anne, kisah kau dengan Azlan, sebenarnya apa yang jadi? Kalau kau tak keberatan, boleh tak kau cerita dekat aku?" Tanya Sabrina.

"Kenapa kau nak tahu sangat ni?" Tanya Anne.

"Aku nak tahu." Balas Sabrina laju.

"Belum masanya lagi Sab. Aku tak selesa lah nak bercakap pasal ni. Kita move on je lah ke topik lain. Takkan kau datang sini semata-mata sebab nak tanya pasal Azlan, sedangkan kau boleh tanya Azlan sendiri." Ujar Anne.

Sabrina yang sedang meneguk jus pemberian tuan rumah sudah tersembur airnya, terkejut dengan apa yang dituturkan oleh Anne.

"Aku tak tahu apa pakatan kau dengan Azlan. Atau Dalina. Tapi kalau kau nak main-main macam ni, aku rasa elok kau balik je Sab." Sambung Anne.

"Apa maksud kau ni?" Tanya Sabrina.

"Siapa yang bagi kau alamat rumah kampung aku ni? Aku rasa Azlan je yang tahu." Jawab Anne, tenang.

"Ehh mana ada. Kan aku boleh tengok fail pekerja." Balas Sabrina pantas.

"Yalah, tapi dalam fail pekerja tu, alamat aku ialah alamat rumah sewa dekat KL. Alamat dekat IC tu pulak alamat rumah lama kami dekat kampung lain. Tapi ni tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sampai.

Oh ya, cakap dekat Azlan, kalau ya pun nak mengendap, jangan dekat sangat. Ingat aku buta ke? Dah tukar kereta terus aku tak kenal dia?" Anne meneguk air dalam gelasnya.

"Anne, aku..."

"Sab, kalau jadi apa-apa dekat aku disebabkan Dalina dapat tahu laki dia datang mengendap macam ni, terang-terang aku akan salahkan kau. Sebab aku dah lari sejauh boleh supaya aku tak berhubung dengan Azlan lagi dah. Kau pergi lah balik. Aku nak rehat." Tanpa menunggu jawapan balas dari Sabrina, Anne bangun sahaja dari duduknya, dan terus sahaja masuk ke dalam rumah.

Terkilan, bila Sabrina yang sudah dianggap sebagai sahabat sendiri pun berpaling tadah. Entah apa yang Azlan berikan kepada Sabrina sebagai balasan.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience