Bab 21 : Biasa

Romance Series 403866

Azlan tersengih melihat selesai kertas yang diberikan bersama dua paket Skittles, satu bungkusan merah, dan satu bungkusan hijau.

'Saya mintak maaf sebab terlanjur meninggi suara masa bro offer pertolongan nak cari kelas semalam. My bad. The help was much appreciated. Thank you.

Please enjoy the Skittles and have a nice day.'

~Anne~'

"Hari tu sombong, nasib baik hari ni dah mintak maaf." Omel Azlan.

Skittles tu diberikan kepada Farid dan Omar untuk dinikmati tanpa rasa bersalah.

"Rare perempuan suka Skittles. Selalu perempuan suka coklat. Cadbury tu lah yang paling laku biasanya." Komen Omar.

Beberapa biji Skittles dari bungkusan merah sudah berada di dalam mulutnya. Zesty tangy taste. Menyegarkan deria rasa. Terutama buat dia yang merupakan perokok tegar yang dalam proses mahu berhenti merokok kerana kesesakan elaun yang diterima dari bapanya.

"Mungkin dia ni jenis luar biasa." Komen Farid.

Pepsi diteguk perlahan.

"Tapi rupa dia biasa-biasa je." Balas Azlan.

"Biasa tak biasa. Rupa ni bukan boleh beri bahagia kalau perangai tak semenggah entah hape-hape. Bagi aku, yang penting masa nak cari isteri, mesti ada manisnya bagi mata aku memandang dia." Farid mencelah lagi.

"Entah lah, aku rasa dia biasa je. Tapi tengoklah kalau boleh bergerak ke fasa seterusnya." Balas Azlan, sekadar mahu menghentikan perbualan tentang Anne.

Entah lah apa perasaannya, tetapi bagi Azlan, dia tidak suka sekiranya senyuman Anne dilihat oleh orang lain. Hatinya sedikit marah, cemburu barangkali?

*****

"Kalau dia ajak kau couple?" Tanya Naya.

"Jauhnya kau fikir." Balas Anne.

"Tak, aku tanya, kalau dia ajak couple, apa jawapan kau?"

"Mana boleh. Ayah aku mesti takkan bagi punya." Balas Anne.

"Tak payahlah beritahu ayah kau." Naya memberikan pendapat sekupangnya.

"Ishhhh, gila bahaya. Kalau aku tersasul macam mana?" Soal Anne kembali.

Dia meneruskan kembali apa yang sedang dilakukannya tadi, mencari informasi untuk perbincangan di dalam kelas nanti.

"Dah tu, aku tengok semacam je rapat dengan dia." Komen Naya.

"Mana ada rapat sangat. Baru nak masuk dua bulan kita dekat sini. Lagi pun dia kan senior. Banyak bantu. Aku buat baik jelah dengan dia. Bukan sebab aku suka atau cinta kan dia." Anne berpaling menghadap laptop semula.

"Aku ni bukan apa, saja nak ingat kan kau azam kau masa masuk belajar dulu. Nak maintain tersenarai dapat anugerah Dekan setiap semester. Kalau kau busy bercinta, mana nak tercapainya." Naya menekan suaranya tinggi pada bahagian anugerah Dekan.

Anne terkulat-kulat. Ada benarnya apa yang Naya suarakan.

"Jangan risau. Aku ingat lagi. Terima kasih Naya." Ucap Anne perlahan.

Hujung minggu ni, kau balik kan?" Tanya Naya.

Anne menggeleng kepalanya.

"Ayah aku cakap nak datang sini, alang-alang dia kena pergi Melaka. Jadi aku tak balik lah minggu ni." Balas Anne.

"Kita pergi Jusco Wangsa Maju nak tak? Aku terliur nak makan dekat Johnny's tu. Setiap kali lalu, bau dia menggoda betul." Cerita Naya dengan penuh perasaan.

"Boleh je. Tapi kita pergi lepas aku jumpa ayah aku lah. Boleh?" Anne memohon keizinan sahabatnya itu.

"Beress boh!"

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience