Bab 50 : Ada Isi?

Romance Series 403830

"Kau pasti dia takkan ingat isteri dia sampai bila-bila?" Tanya satu suara lelaki disela waktu dia menyedut rokok Dunhill itu.

Perlahan, asap itu dihembus keluar melalui mulut dan hidungnya. Pekat berwarna putih sebelum akhirnya hilang bersatu dengan angin.

"Seratus peratus aku yakin. It wasn't easy. But I did my best!" Jawab satu suara wanita pula.

"Aku takut kau gagal lagi." Balas lelaki itu.

"Aku dah cakap dengan kau. Benda ni memerlukan masa. Bukan mudah untuk kita jalankan rancangan ini kalau Idris tak percayakan aku sepenuhnya. Memang aku pernah gagal, tapi sekurang-kurangnya aku dah berjaya. Harap kan kau? Mati dulu pun belum tentu aku dapat Idris. Now, you owe me." Matanya memandang lelaki itu tajam.

"Hutang? Habis, duit yang aku keluarkan tu kos kau pergi cari dia sampai kesana tu, mana dapat? Aku petik dari pokok? Bercakap tu biar guna akal sikit." Sergah suara garau itu.

"Whatever." Dia melangkah keluar meninggalkan lelaki itu sendirian.

Tugasnya sudah selesai. Sekarang dia hanya menunggu masa untuk menuai hasil sahaja.

*****

"Singgah R&R yang kat depan nanti tu ya. Saya nak pergi bilik air." Beritahu Anne.

"Okey." Balas Idris.

"Soalan tadi, macam mana? Dia tanya apa?" Tanya Idris pula.

Tidak suka dengan kesunyian suasana dalam kereta itu yang hanya dilatari suara deejay dari radio Hot.fm.

"Ujian bertulis tu soalan standard je. Kenapa nak jadi cikgu, soalan asas tentang jadi cikgu, lepas tu ada soalan pasal penempatan." Jawab Anne.

"Soalan interview, tanya apa?" Soal Idris lagi, seronok pula bersembang dengan manusia dari hanya mendengar radio.

"Panel tanya pendapat tentang cikgu berjual beli di bilik guru di sekolah. Wajar atau tidak." Anne berjeda seketika.

"Masa interview tu berkumpulan, enam orang sekali masuk. Mula-mula, panel suruh perkenalkan diri, asal dari mana, status perkahwinan, dan lepasan universiti mana.

Tapi kan, masa jawab soalan pasal berniaga tu, saya jawab tak wajar untuk seorang guru berniaga di bilik guru. Sedangkan orang lain semua cakap boleh. Risau pulak." Tiba-tiba sahaja nada suaranya bertukar sedikit manja.

Idris masih berlagak biasa walau jantungnya berdegup sedikit laju.

"Betul lah. Mana boleh penjawat awam berniaga waktu bekerja. Kena fokus pada kerja. Tambah-tambah lagi cikgu. Kan banyak tugasan yang perlu disiapkan. Balik rumah nanti, haa berniaga lah." Idris memberikan pendapatnya.

Kereta sudah mulai perlahan, menyusur masuk ke hentian Rehat & Rawat Gambang. Anne segera ke bilik air, Idris turut keluar dari kereta dan melangkah ke kiosk berdekatan sementara menunggu Anne menyelesaikan urusannya.

"Nak apa-apa tak? Saya beli air." Tanya Idris apabila Anne sudah mendekatinya.

"Nak teh bunga tu. Hmmmm, nak mangga jugak. Letak asam boi." Jari Anne sudah menunjuk ke arah peti sejuk kecil yang menempatkan pelbagai jenis buah-buahan.

Selesai membuat pembayaran, mereka beriringan masuk ke dalam kereta.

"Tak elok makan masam-masam. Nanti cepat lupa." Tegur Idris.

"Tak masamlah. Sedap mangga ni. Menyesal pulak beli satu." Omel Anne.

"Nak lagi? Kalau nak, saya pergi belikan." Tawar Idris, dan tentulah cepat sahaja dipersetujui oleh Anne.

Tidak perlu menunggu sehingga lima minit, Idris sudah kembali ke kereta bersama 5 paket kecil mangga muda bersama asam boi. Cepat sahaja mangga itu bertukar tangan.

"Anis..."

"Ya?"

"Awak mengandung eh?"

Mendengarkan soalan cepumas itu, Anne tersedak mangga yang sedang dikunyahnya. Dadanya ditepuk beberapa kali untuk melegakan rasa perit tersedak itu. Mengandung pula yang ditanya oleh Idris.

"Awak ingat orang mengandung je ke yang boleh makan mangga dengan asam boi ni?" Tanya Anne sebaik sahaja dia meneguk air pemberian Idris dan mengelap mulutnya dengan tisu.

Hilang seleranya untuk memakan mangga itu lagi. Ada tiga paket masih berbaki.

"Kita tak ada anak lagi ke?" Tanya Idris.

"Mana ada lagi." Balas Anne perlahan dengan wajah yang sudah mula memerah.

'Sehari lepas kahwin terus pergi kursus. Ingat anak ni boleh dapat ke kalau sorang-sorang?' Omel Anne di dalam hatinya.

Soalan Idris betul-betul mengundang rasa segan.

"That's too bad. Saya suka kanak-kanak." Balas Idris.

'Dah tu, awak cubalah beranak sorang-sorang. Ingat orang saja-saja tak nak anak ke?' Omel Anne lagi.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience