Bab 15 : Daun Kari

Romance Series 403830

'Akak tu memang anti lelaki sikit bang. Sebab dia pernah kena khianat dengan ex-boyfriend dia. Kalau betul abang nak mengorat dia, usaha memang kena lebih. Anas dah bagi amaran awal-awal ni, abang jangan cakap Anas tak payung. Kalau abang nak teruskan juga, teruskan at your own risk. Haaa gituhhh XD'

Mesej dari Anas dibaca berkali-kali. Teruskan, atau tak?

Idris menyimpan telefonnya kembali ke dalam poket seluar track yang dipakai. Niatnya untuk keluar bersenam dibatalkan. Baru kali pertama dia suka kan seseorang, tapi rupanya orang yang dia suka ada sejarah yang menyakitkan dengan cinta.

Perasaan rindu untuk menatap wajah Anis membuatkan Idris melencongkan motor yang dinaikinya menghala ke arah rumah Anas yang pernah ditumpangi selama dua minggu sewaktu dia mula-mula tiba di Kuantan dahulu, tanpa disedarinya.

Dia hanya tersedar apabila gadis yang disukainya berada di depan mata, bertanya apa urusan dia ke mari.

"Errrr, Anas ada tak?" Tanya Idris.

"Takde. Dia pergi main bola dekat padang sana tu." Balas Anne.

"Anif?" Tanya Idris lagi.

"Tak ada jugak. Ikut Anas main bola. Mak ayah saya pun takde. Kak long pun tak ada. Abang Ngah takde. Encik nak apa?" Tanya Anne pula.

"Sayaaaaa..." Matanya melilau ke sekeliling laman rumah itu.

"...nak mintak daun kari. Haaaa ya, nak mintak daun kari. Kalau terserempak dengan pak cik, pak cik selalu pesan, kalau setakat nak daun kari, daun pandan, daun kesum, bunga kantan, datang ambik sini je. Tak payah beli. Tapi kalau pak cik tak ada, tak apalah. Tak sopan pulak rasanya." Motornya dihidupkan.

Ewah main tarik tali ya kau Idris.

"Boleh je. Semuaaaaaaa dekat rumah ni ayah saya punya, dia yang tanam. Kalau dia cakap boleh, memang boleh la tu. Kejap saya ambik kan plastik." Balas Anne lengkap dengan gayanya sambil dia melangkah masuk ke dalam rumah, terus sahaja ke dapur.

Idris sudah tersengih sendiri. Enjin motornya dimatikan semula. Gila betul, jantung sudah berdegup kencang dengan langkah berani mati yang diambilnya. Mujur tak kena halau dengan penyapu. Kalau tak, saja je jadi bahan gelak ketawa kawan-kawannya, terutama si Bahri tu.

"Nah plastik." Hulur Anne.

"Awak tak nak teman saya ke?" Tanya Idris spontan.

"Hahhh, siang-siang macam ni pun kena teman ke?" Tanya Anne lurus.

"Takut terambik banyak. Elok awak temankan saya." Jawab Idris, berhelah.

"Hmmm, yalah. Saya pun nak ambik daun pandan ni." Balas Anne yang tidak menyedari satu senyuman telah terukir di bibir Idris.

Sedang dua susuk itu berjalan menuju ke tempat segala tanaman kebun milik Arshad, Azlan dari dalam kereta yang diparkir tidak jauh dari rumah menghentak stereng kereta yang disewanya kuat. Geram melihatkan Anis berdua bersama lelaki yang tidak diketahui namanya.

"Kau cakap kau setia Anis. Kalau kau setia, kau takkan mudah-mudah je nak gantikan aku dengan orang lain. Harghhhhhhh!"

Tempikan Azlan yang kuat itu juga tidak mampu melepaskan rasa sesak yang dirasai pada dadanya. Entah kemana Dalina dan Khaira hilang dari fikirannya.

*****

Anas : Macam mana? Dia ada bebel bentak apa-apa tak?

Idris : Okey je tadi. Kejap lagi sebelum masuk kerja abang hantar lauk sikit. Boleh tak Anas pastikan akak makan?

Anas : Bisa diatur pak! Tak ada guna-guna kan?

Idris : Hisy, mana ada. Baca bismillah je tadi, biar cinta meresap dalam hati dan jiwa Kak Anis :p

Anas : Cia cia cia...

Idris tersenyum membaca mesej komplot antara dia dan Anas. Harap-harap segala usaha yang dilakukannya untuk mengenali Anis berjalan lancar.

Idris melihat jam di tangannya. Sudah sampai masa untuk dia mandi. Kalau dia masih berlengah, alamak terlambat lah nanti. Apatah lagi dia perlu singgah di rumah Arshad menghulurkan sedikit ayam masak kari kering resepi arwah uminya. Lauk kegemaran Idris terutama untuk berbuka di bulan puasa.

Terlalu awal memulakan langkah? Lambat-lambat nanti melepas.

"Idris..." Panggil Azah.

"Ya,"

"Dekat luar ada orang nak jumpa kau. Dia tak tanya nama, tapi dia tanya siapa pemilik motor kau tu. So, aku agak dia nak jumpa kau lah." Maklum Azad.

"Oh, yeke? Okey, terima kasih Jad." Idris mengelap tangan yang basah pada kain tuala kecil yang tersangkut bahunya.

Langkah diatur laju menuju ke luar rumah, perasaan ingin tahu siapa yang mencarinya tanpa mengetahui nama membuatkan langkahnya lebih laju.

"Assalamualaikum. Cari saya ke?" Tanya Idris.

Susuk tubuh itu berpusing menghadap Idris.

"Apa hubungan kau dengan Anis?" Tanya lelaki itu tanpa menjawab salam yang diberi.

"Errr, Anis?"

"Tak ada apa-apa hubungan pun." Balas Idris dengan penuh tanda tanya.

"Dah tu tadi kau pergi rumah dia buat apa?" Tanya lelaki itu lagi.

"Hmmm, mintak daun kari."

"Kenapa nak mintak dengan dia? Kau miskin ke? Tak boleh beli? Kedai punyalah dekat tak sampai 10 meter pun nak kena pergi mintak dekat rumah orang yang lagi jauh?" Bebel lelaki itu.

"Tak, encik ni siapa, datang je nak marah-marah saya?" Tanya Idris yang masih bertenang.

"Aku tak suka kau kawan dengan Anis, dekat-dekat dengan Anis. Sekali lagi aku nampak kau dekat dengan dia, tahulah aku apa yang aku nak buat nanti." Selesai menuturkan ayat itu, lelaki itu meninggalkan Idris yang masih terpinga-pinga.

Apa kena lelaki ini? Tak ada hujan tak ada ribut, tiba-tiba datang marahkan orang?

Enjoy reading! :) Alhamdulillah N dah sihat sikit. Maaf tau N tak dapat balas komen lagi. Tak dapat nak load komen. N baru nak tukar phone, guna phone lain, harap-harap lepas tu okey lah. Tukar phone lah benda paling malas nak buat :( Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience