"Tak yah tunjuk muka pun tak apa ayah. Tengok jari je dah tahu baik, handsome, beriman. Bukan buku mengarut pun yang dia tulis. Buku pasal hidup, pasal kita manusia ni kena reda dan percaya dengan apa yang Allah tetapkan lepas kita dah usaha rancang sebaik mungkin. Kesian Ansori tau ayah. Takde mak ayah." Balas Anne beria.
"Alah, Imam Mad tu manjang je bagi ceramah macam tu dekat surau. Tak nak pulak pergi dengar. Bila Ansori dia tulis, laju je nak dengar. Laju je nak ikut. Mentanglah jari Imam Mad tu dah berkedut sebab umur dia dah 60 lebih, jari tak putih gebu." Perli Anas lagi.
"Eeeeeiii, kau ni selalu sibuk hal orang. Blah lah." Bebel Anne.
Arshad mengunci pintu utama rumahnya.
"Yalah anak, asalkan ikut yang baik-baik, dah lah. Ayah ni tak ada banyak harta nak wariskan pada anak-anak ayah. Ilmu agama jelah yang ayah wariskan. Jaga nama baik dan maruah sendiri, sama macam jaga nama baik dan maruah mak ayah. Penat lelah ayah membesarkan anak-anak tak terasa bila anak-anak besar jadi soleh solehah." Dia duduk perlahan di sofa lama yang ada ruang tamu itu.
"Anis ingat pesan ayah. Anak-anak tu cermin ibubapa. Bila anak-anak buat benda tak baik, orang akan tunding jari pada mak ayah. Dah lewat ni, Anis masuk bilik, siap-siap nak tidur dulu eh."
"Haaa, yalah." Sahut Arshad yang selepas itu terus sahaja menguap.
"Eleh, nak tidur ke nak stalk Instagram Ansori tuuuu?" Usik Anas lagi, diikuti dengan gelak tawa dari Anas dan Anif.
"Eh diamlah kau. Jangan sampai tangan besar aku ni melekap dekat pipi kau, terpusing muka ke belakang nanti." Balas Anne.
"Eeeeeiii tatutnyaaaa." Selesai mengucapkan sebaris ayat itu, Anas dan Anif berlari masuk ke bilik mereka sebelum di lempang oleh kakak yang terpaling garang didunia.
Badannya di hempas perlahan ke atas katil. Bantal peluk dicapai sebelum dia mengambil telefonnya pula. Laju sahaja dibuka profile Instagram Ansori_Anak_Umi. Hampa. Tiada posting terbaru. Begitu juga Fac Page nya. Kecewa!
"Tidur lagi bagus kalau macam ni." Omel Anne.
Bantal peluk diambil dan dipeluk erat. Tanpa sedar, bau wangi yang masih melekat pada bantalnya menjadi peneman setia tatkala dia bersedia melelapkan mata.
*****
"Lepas tu, kau belasah tak perempuan tu?" Tanya Bibah dengan penuh semangat.
"Memang tak lah. Takkan aku nak berguling bertumbuk dengan dia dekat rumah aku tu. Walaupun malam, takut pulak aku kalau mak cik Nab jiran sebelah tu keluar. Baru hari tu dia cakap nak kenenkan aku dengan anak dia si Mirza tu.
Dia siap puji aku baik lagi, penuh ciri keibuan. Pandai masak kuih. Kalau dia tengok aku tengah berlakon filem Hindustan acah-acah nak jadi heroin yang baru dapat kuasa sakti, mahunya dia cancel. Dah lah dia suruh aku kurus sikit, aku tak buat pape pun lagi melainkan menambah makan dengan penuh bergaya." Straw dalam gelas di hadapannya digerakkan secara membulat.
Bosan jika dikenangkan hal semalam. Tetapi seronok membawang bersama Bibah.
"Rugi pulak. Kalau kena dekat aku, mahu aku belasah cukup-cukup. Datang rumah orang tak diajak dah satu hal, ketuk pintu bagai tsunami, siap tuduh-tuduh, panggil orang munafik segala. Ewah-ewah, ni mulut nak kena cabai ni." Bebel Bibah lagi.
"Entah lah Bah. Dalam aku bengang malam tadi pun, aku kesian jugak dekat dia. Aku faham perasaan sakit dia tu macam mana. Aku yang masa couple dulu dapat tahu Azlan ada orang lain pun dah macam separuh nyawa terbang. Bila Azlan putuskan hubungan tanpa terangkan apa-apa, lagi bertambah sakit.
Ini kan dia, isteri. Dah terikat. Dah gadaikan nyawa lahirkan zuriat yang berbintikan suami dia. Mestilah lebih rasa sakit yang dia hadap tu. Kita sama-sama perempuan Bah, selain dari bercakap baik-baik dengan dia, aku mampu berharap aku tak jadi penyumbang keruntuhan rumahtangga dia. Atau mana-mana wanita sekalipun.
Kita tak tahu, kalau kita sakitkan orang tu, kifarah macam mana yang Allah nak berikan dekat kita, atau anak cucu kita." Air sirap yang masih ada separuh di dalam gelas tu, diusik dengan straw yang ada di jarinya.
Semacam hobi pula melepak disini selepas selesai urusan menghantar dan menyusun kuih untuk jualan di kedai Bibah.
"Hah? Azlan pernah curang dengan kau? Kenapa aku tak tahu pun? Hmmm, pasal Dalina tu pulak, memang lah dia tengah sakit hati. Tapi itu bukan boleh jadi sebab untuk dia kurang ajar. Datang lah elok-elok. Cakap sopan-sopan. Susah ke?" Tanya Bibah pula.
"Memang susah jugak lah Bah. Perempuan kan makhluk yang mudah penuh dan terbawa-bawa dengan emosi bila sakit. Tambah pulak kalau punca penyakit tu tak endah kan dia. Tak apa, kita kena faham je. Punca dia sakit tu Azlan. Jadi bukan dia yang kita kena marahkan. Tak lain tak bukan sampah masyarakat tu." Balas Anne perlahan.
"Eh, cakap pasal sampah masyarakat tu, kau tak rasa nak cerita ke dekat aku apa yang jadi sebenarnya? Aku ni kan, nak tahuuuuu sangat apa yang jadi sebenarnya sampai kau patah hati gila-gila, sampai kau hampir nak berhenti belajar dulu tu." Bibah mula memujuk Anne.
Anne menarik nafas panjang.
"Betul kau nak tahu?" Tanya Anne.
Bibah mengangguk pantas.
"Okey, tapi jangan bebel dalam masa aku bercerita ni. And don't judge me or my actions all along the way. Boleh?" Tanya Anne lagi.
Bibah mengangguk lagi.
"Aku janji!"
Enjoy reading! :) Terima kasih kepada yang donate coins T_T Semoga segala urusan kita dipermudahkan, rezeki kita semua melimpah ruah dan berganda-ganda aamiinn. N cuba untuk update 2 kali sehari macam dulu ya :D Love as always, N :*
Share this novel