Bab 24 : Khianati

Romance Series 403866

Disember, 2012.

"Tipu. Kau tipu aku kan Naya?" Balas Anne yang bersuara setelah dimaklumkan oleh Naya yang dia terserempak dengan Azlan, keluar menonton wayang bersama seorang perempuan yang tidak dikenali.

"Buat apa aku nak tipu? Kau rasa aku ni saja-saja nak tipu ke?" Marah Naya.

"Ya, sebab kau memang dari dulu lagi tak pernah suka bila aku pilih untuk terima Azlan." Jawab Anne.

"Memang aku tak suka, tapi pernah ke aku buat cerita? Kalau aku nak buat cerita, bukan sekarang. Dari dulu lagi. As for now, aku tak nak kawan aku di bodoh-bodohkan. Sampai tergadai kereta. Pergi kerja jalan kaki. Nak makan pun ikat perut. Kau gila ke?" Hambur Naya.

Anne ni seolah sudah tertutup mata dan hatinya untuk mendengar cerita dan kebenaran tentang lelaki yang disanjung sebagai bakal teman hidupnya.

"Naya, Azlan takkan buat aku macam tu. Maybe tu adik dia, or kakak dia, atau sepupu dia ke? Kita tak boleh bersyak wasangka. Tak baik. Kalau dah terfitnah, kan bahaya tu. Tak apa, nanti aku tanya Azlan.

Untuk kereta tu, Azlan dah janji yang lepas dapat je pulangan dari business cetak baju dia tu, dia akan beli semula kereta aku tu dari kawan dia. Kau doakan lah yang baik-baik untuk aku Naya. Jangan lah doa yang buruk-buruk. Aku pun nak bahagia." Rayu Anne.

"Ikut suka kau lah Anne. Aku cakap sebab aku tak suka kawan aku kena tipu. Tapi kalau kau memilih untuk ditipu, aku tak boleh buat pape. Ingat, kalau semuanya terbongkar nanti, jangan cakap aku tak ingatkan kau.

Aku tak suka perempuan jadi bodoh bila bercinta. Terutamanya kalau perempuan tu kawan aku. Masalahnya level bodoh kau kali ni beyond the limits. Sorry, aku anti perempuan bimbo." Tanpa sebarang pamitan, Naya mula mengatur langkah untuk menjauhkan diri dari Anne.

Sedikit sebanyak, tersentuh hatinya dengan tindakan Anne yang lebih memilih untuk mempercayai Azlan. Paling tidak disangka, Anne tergamak menuduh dia cemburu kan Azlan.

'Cemburu? Never! Aku ada anak Datuk, anak Tan Sri yang sedang mencari jalan nak mengorat aku. Setakat Azlan sengkek, ego setinggi Everest, please lah nak cemburu. Tak berbaloi masa, tenaga dan storage dalam otak aku ni.' Omel hati Naya.

Anne menarik nafas panjang. Jauh di sudut hati, dia sememangnya sudah merasai kelainan layanan Azlan kepadanya. Khabar angin juga didengarinya. Tetapi berkali-kali dinafikan sahaja. Pernah dia terasa seperti ingin bertanyakan hal itu namun akalnya kuat menjerit tidak.

Takut kalau-kalau hubungan dia dan Azlan berantakan. Namun, yang sadisnya sekarang ini hubungan dia dan rakan baiknya Naya yang berantakan. Semuanya gara-gara Naya melaporkan hal keberadaan Azlan.

"Aduh, sakitnya kepala aku. Baru bergaduh dengan kawan dah sakit kepala macam ni. Kalau bergaduh dengan Azlan, mahunya terbalik lintang-pukang bangunan hostel ini dibuatnya.

Harapnya apa yang Naya cakap tu tak betul. Risaunya kalau ayah tahu. Dah lah kereta tak ada, duit tak ada, kalau Azlan pulak bermain kayu tiga, memang tamat lah riwayat hidup aku ditangan ayah." Omel Anne.

Dia segera memanjat tangga untuk naik ke tingkat dua bangunan hostel yang menempatkan dirinya. Tidur lagi bagus. Hendak makan, duitnya sudah tiada walaupun hari ini baru sahaja hari Selasa. Dia perlu menunggu gaji yang seterusnya bakal dia terima pada hari Jumaat minggu hadapan, atau meminjam sedikit duit dari Azlan.

*****

"Naya..." Panggil Anne.

"Kau kenapa ni? Dari mana?" Tanya Naya melihatkan Anne sudah rebah ke lututnya.

"Aku nampak apa yang kau cakap tu. Aku nampak Azlan ada orang lain. Naya, aku macam mana? Aku dah korbankan macam-macam untuk dia. Kenapa dia buat aku macam ni?" Air mata Anne tumpah juga.

Naya yang masih belum ketemu kepala ekor jalan cerita hanya membantu Anne berdiri. Apatah lagi dia juga berada dalam keadaan mamai akibat tidur petang.

"Apa yang kau nampak?" Tanya Naya.

"Aku nampak Azlan keluar dengan orang lain. Aku nampak dorang naik kereta sama-sama. Aku nampak dorang makan sama-sama. Aku nampak semua benda. Aku terjah dorang berdepan masa tu jugak. Azlan buat-buat tak kenal aku.

Lepas dia pergi dengan perempuan tu, dia mesej aku. Cakap dekat aku yang dia nak putus. Naya, kenapa? Kenapa Azlan buat aku macam ni? Semua aku korbankan untuk dia. Tak cukup lagi ke?" Anne menangis, menghamburkan segala rasa yang bercampur baur.

"Aku dah cakap, jangan percaya 100% pada dia. Tengok apa jadi, kan dah kecewa teruk macam ni. Dah la tu Anne, tak payah lah berhubung dengan dia lagi. Cukup-cukuplah bodohkan diri kau." Pujuk Naya.

Walaupun sedih melihat keadaan rakannya begini, namun lebih baik putus awal dari terbawa-bawa perangai begini ke alam perkahwinan.

"Kalau aku merayu dekat dia Naya?" Tanya Anne.

"Jangan jadi bodoh lah. Teruskan hidup kau dengan baik. Orang dah tak nak, kau tak payah nak terhegeh-hegeh lagi. Dah bangun, kita masuk dalam bilik aku dulu. Tenangkan diri kau." Pujuk Naya lagi.

Anne, masih lagi ada sedetik rasa kau nak merayu dengan jantan bodoh lagi tak berguna tu kan!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience