Bab 56 : Ambil Alih

Romance Series 403866

"Kak Long dengar cerita Anis dah masuk sekolah sejak semalam." Khalisah mula bersuara memandangkan sejak Idris dihidangkan dengan pelbagai fail kewangan klinik, dia tidak mengeluarkan suara langsung walaupun sepatah.

"Hmmm." Sahut Idris.

"Alhamdulillah dapat jugak kerja. Kalau tak duduk rumah menghabiskan duit laki je lah." Komen Khalisah.

"Tak apa. Duit laki dia. Asal bukan duit laki Kak Long, apa nak risau." Tidak selesa nama Anis menjadi topik perbualan utama, Idris terus sahaja menempelak Khalisah.

"Kak Long ni bukan apa, Kak Long prihatin je dengan keadaan kewangan adik Kak Long. Kalau dah nampak adik ipar kaki kikis macam tu, kena lah cepat-cepat tegur. Perempuan ni bukan boleh kita manjakan sikit.

Mula lah nanti dia mengada lebih." Balas Khalisah yang jantungnya sudah berdentum-dentam melihatkan betapa seriusnya riak wajah Idris yang sedang meneliti fail yang berada di hadapannya.

"Tak payah risau pasal Anis. Tahulah Ris uruskan dia nanti. Selagi dia dengar cakap Ris, taat pada Ris, itu tak menjadi masalah walaupun Ris masih belum ingat dia lagi. Masalah kita sekarang ni adalah, kenapa duit keluar tak tally dengan invois yang kita terima?

Masalah kedua, jumlah keseluruhan resit yang kita keluarkan, pun tak sama dengan jumlah duit masuk. Duit yang kita dapat kurang dari jumlah yang kita caj pada pesakit.

Itu baru dua fail yang Ris semak. Belum fail komitmen bulanan kita yang lain lagi, fail cukai, fail zakat." Komen Idris sambil menutup fail hitam tebal yang ada di tangannya.

"Errr, macam mana boleh tak sama?" Balas Khalisah dengan wajah separa pucat.

"Kak Long lah yang kena beritahu Ris. Kak Long dah lama jaga klinik ni kan?" Tanya Idris dengan keningnya yang berkerut.

"Tapi tugas utama Kak Long kan periksa pesakit. Bukan semak kewangan klinik." Bangkang Khalisah.

"Kalau macam tu, buat apa Kak Long ambil gaji tambahan untuk menjadi proksi klinik bagi pihak Ris?" Ungkit Idris.

Khalisah menelan air liur. Kali ini tentunya dia tidak akan selamat lagi. Dia cuba untuk mencuri pandang wajah Idris di hadapannya yang ternyata sedang merenungnya tajam.

'Matilah!'

*****

"Macam mana sekolah hari ni?" Tanya Idris.

"Okey. Saya dah mula masuk kelas hari ni. Guru Penolong Kanan Pentadbiran bawa ronda-ronda sekolah. Tunjuk kelas. Perkenalkan dengan semua orang." Cerita Anne dengan nada yang teruja.

"Baguslah macam tu. Nanti kerja baik-baik. Jangan lupa doa supaya Allah bantu kita selesaikan tugas kita dengan baik. Abang tahu sayang mesti boleh. Sorry, abang tak dapat hantar hari pertama sayang kerja." Balas Idris.

"Tak apa. Semalam ayah hantarkan. Hari ni saya dah drive sendiri. Tak jauh pun sekolah tu. Jalan pun tak sibuk sangat." Cerita Anne yang ditempatkan di sebuah sekolah di Felda Panching.

"I miss you. Sayang rindu abang tak?" Tanya Idris dengan suara yang kedengaran bergemersik sahaja pada pendengaran Anne.

"Hmmmm, sikit." Nasib baik kan, bukan panggilan video.

Kalau panggilan video, rasanya sudah tercampak telefon ini ke bawah katil.

"Cakaplah sayang rindu abang jugak." Rengek Idris.

"Hmmmm, rindu tu memang lah rindu, tapi jangan risau. Saya faham yang tugas dekat klinik tu lebih memerlukan masa abang. Betul ni, abang tak perlu risau. Saya betul-betul faham. Jaga diri baik-baik, jaga makan. Maaf saya tak dapat ikut untuk jaga makan pakai abang kat sana." Luah Anne.

"Ya, abang jaga. Jangan risau lah. Abang kahwin dengan sayang bukan untuk suruh sayang jaga makan pakai abang. Abang kan pernah jadi bomba.

Kalau orang lain abang boleh jaga, ini kan diri sendiri. Cumanya, abang ni tak pandai jaga hati je. Abang serahkan pada sayang lah untuk jaga hati abang, ya."

Sempat diselit ayat-ayat untuk terus-terusan mengorat isterinya. Tidak dapat dilihat, tetapi tentunya wajah isteri kesayangan sudah mula memerah.

"Hmmm, boleh." Balas Anne perlahan.

Bantal mana bantal? Nak tutup muka manusia bernama Anis ni yang tidak segan silu bermanja dengan Idrisnya.

*****

"Idris dah mula periksa fail-fail berkaitan kewangan klinik. Satu demi satu pembekal peralatan dan ubat-ubatan dia telefon dan menyamar sebagai pembeli baru untuk dia dapatkan harga sebenar peralatan yang kita beli.

Kak Long takutlah Weena. Banyak sangat yang kita dah ambik dari klinik. Kalau Idris dapat tahu semua jumlah tu, tentunya Kak Long dah tak ada peluang untuk bekerja dekat klinik tu lagi." Adu Khalisah pada Paweena.

Memikirkan nasibnya, Khalisah bimbang kalau-kalau dia perlu kembali mencari kerja di klinik lain, sedangkan dia sudah selesa bekerja mengikut masa yang dia mahukan di klinik itu.

"Weena pun ambik jugak duit tu. Tapi Weena yakin, kalau dia tahu pun, dia paling-paling tak, akan marah je. Takkan dia nak halau Kak Long, nak putus hubungan dengan Weena. Jangan risau lah. Weena tahu dia bukannya pemarah sampai macam tu sekali. Rileks Kak Long." Balas Paweena.

Jus di dalam gelas yang di hidang oleh Khalisah diteguk dengan rakus. Cuaca di luar yang panas sudah cukup menaikkan suhu badannya. Ini kan pula berita yang diberitahu Khalisah tadi. Khalisah pula cepat benar gelabahnya. Arghhhh, stress!

Enjoy reading! Maaf ya. N tak sihat sangat lagi. Tapi terima kasih banyak-banyak sebab sudi mendoakan N supaya cepat sembuh. Insya Allah, ada antara doa kalian yang baik hatinya diangkat ke langit dan dimakbulkan oleh Allah. Supaya kebaikan yang kalian doakan pada N berbalik semula pada kalian dan keluarga, aamiinn. Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-02-15 23:32:01 

moga N kembali n cepat sihat makan ubat jangan skip


NovelPlus Premium

The best ads free experience