Bab 47 : Bilik Kita

Romance Series 403475

Berkali-kali Idris melemparkan pandangan ke arah hotel yang ditempah oleh Anne, bersilih ganti dengan wajah Anne yang sugul.

"Apa jenis hotel yang awak booked ni? Macam hotel untuk makhluk halus je." Komen Idris dengan penuh nada sarkastik.

Anne menggaru kepala. Manalah dia tahu hotel ini begini rupanya. Dalam iklan pada aplikasi untuk menempah hotel itu indah-indah sahaja gambarnya. Bila sudah sampai, yang indah hanyalah khabar, bukan rupa sebenar hotel itu.

"Errrr..."

"Kita pergi hotel lain. Itu pun, kalau ada kosong lagi. Kalau tak, tidur dalam kereta jelah." Enjin kereta dihidupkan sebaik sahaja dia membuat keputusan tanpa berbincang dengan isterinya.

Anne menggaru kepala lagi sambil mengetap bibirnya. Kenapa cerewet sangat ni? Apa yang merasuk Idris di London sehinggakan dia berubah 180 darjah? Terlalu bertentangan sifatnya dengan Idris yang dahulu. Anne yang hilang dalam lamunan sendiri tidak menyedari kemana tujuan mereka sehinggalah kereta itu berhenti.

"Saya masuk tanya dulu ada bilik kosong atau tidak." Tali pinggang keselamatan ditanggalkan, pintu dibuka dan laju sahaja Idris menapak ke dalam hotel The Grand Continental Kuala Terengganu itu.

Hampir 30 minit berlalu, namun masih tiada tanda-tanda Idris keluar dari hotel itu. Anne pula sudah gelisah melihatkan pandangan pengawal keselamatan yang sekejap-sekejap melihat ke arahnya. Risau kalau-kalau tempat mereka meletakkan kereta ini adalah tempat larangan meletak kenderaan.

"Lama la pulak. Tanya pasal bilik kosong je pun." Omel Anne sambil memanjangkan lehernya melihat ke arah pintu masuk hotel.

Apabila lenguh lehernya barulah dia berhenti mencari kelibat Idris. Telefonnya dicapai, dia mula mencari maklumat tambahan untuk membantu proses temuduganya.

"Allahuakbar!" Kemunculan Idris secara tiba-tiba yang mengetuk tingkap kereta tempat duduk Anne mengejutkan dia.

Jantungnya berdegup laju. Ishhhh, memang kena muncul secara tiba-tiba ke? Tak boleh bagi salam dulu? Kalau macam ni gayanya, belum apa-apa dia yang akan 'selamat' kembali ke rahmatullah.

"Kenapa?" Tanya Anne sebaik cermin tingkap diturunkan.

"Saya dah booked bilik. Keluarlah dulu. Saya nak parking kereta jauh sikit." Beritahu Idris.

Anne hanya mengangguk sahaja lalu cepat-cepat cermin tingkap dinaikkan semula. Bagasi yang dikeluarkan oleh Idris cepat sahaja dia tarik dan masuk ke lobi hotel. Idris yang lama mahupun Idris yang baru belum pernah gagal memberi Anne kejutan demi kejutan.

Dari tempat duduknya, dapat dia lihat Idris melangkah dengan penuh bergaya. Hampir sahaja dia terjatuh cinta lagi namun demi memikirkan perangai Idris sejak ingatannya hilang entah kemana, rasa sebal melebihi rasa cinta.

Kacak cukup, senyuman manis, tinggi dah boleh jadi galah, tapi perangai ya Allahhhhh!

"Aduhhh, dah kenapa awak jentik dahi saya?" Marah Anne sambil menggosok dahinya.

"Siapa suruh berangan? Biasa dia ni, orang panggil buat tak tahu je. Dah, jom naik ke bilik." Arah Idris sambil mengatur langkah meninggalkan Anne terkuat-kulat sendirian.

"Makan malam nanti, nak makan apa?" Tanya Idris sewaktu mereka sedang berada di dalam lif.

"Saya tak makan dah waktu malam kalau dah makan tengahari." Balas Anne perlahan.

"Kenapa, jaga badan ke?" Tanya Idris.

"Hmmm..." Gumam Anne, lagi pun apa yang boleh dia balas untuk mengelak dari menjawab soalan yang mencemaskan itu.

"Dah kahwin pun nak jaga badan lagi ke? Makan jelah selagi ada selera. Habiskan duit suami, bagi pahala dekat dia." Balas Idris.

"Dah, keluar. Jangan berangan lagi." Perli Idris sebaik sahaja lif terbuka.

'Mak, ayah, Anis nak balik. Anis tak suka Idris yang ni. Nak Idris yang lama.' Anne hanya mampu menangis di dalam hati sambil matanya memandang Idris yang mendahului dirinya.

Tiba sahaja di hadapan bilik, Idris membuka pintu dan mempersilakan Anne masuk. Laju sahaja Anne melangkah masuk, lalu terus mahu menutup pintu namun sempat ditahan oleh Idris.

"Eh eh eh, kenapa tutup pintu?" Soal Idris.

"Ni bilik saya, kan?" Soal Anne kembali.

Idris mengeluh lalu menggelengkan kepalanya.

"Ni bilik yang saya booked. Tapi saya bermurah hati nak kongsikan bilik ni dengan awak sebab bilik tinggal satu je. Bilik ni jadi bilik kita lah." Idris menonong sahaja masuk ke dalam bilik meninggalkan Anne yang termangu di pintu yang perlahan-lahan tertutup dengan sendirinya.

"Saya tak nak awak kena rasuk dengan makhluk alam sebalik mata dekat hotel yang entah apa-apa tu." Sambung Idris yang sudah berbaring terlentang di katil.

'Cakap orang, awak tu yang kena rasuk dengan makhluk alam sebalik mata seberang lautan.'

Sempat Anne melepaskan keluhan berat yang didengari oleh Idris.

"Kenapa mengeluh?"

Anne hanya menggelengkan kepalanya.

"Saya nak tidur dulu sekejap. Mengantuk sangat lah, penat." Ujar Idris.

Anne hanya menebarkan pandangan ke sekeliling bilik. Dah tu, nanti nak tidur mana ni?

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

BADGIRLS
2022-01-30 17:43:11 

next?

BADGIRLS
2022-01-30 17:43:11 

next?

BADGIRLS
2022-01-30 17:43:10 

next?


NovelPlus Premium

The best ads free experience