Bab 2 : Amukan Diva

Romance Series 403852

"Dua minit je pun? Takkan dua minit nak berkira." Balas Anne perlahan.

Kelly yang sudah bercekak pinggang itu semakin merah mukanya. Pagi-pagi Isnin yang suci ini Anne sudah terlewat tiba. Rosak sudah mood Diva K.

"Dua minit je pun kau cakap? Eh kau tahu tak yang masa dua minit tu boleh menentukan untung rugi satu syarikat? Kau patut sampai sini 8.15 pagi. Barulah ada buffer time 15 minit untuk kau buat apa yang patut. Bukak laptop, buat exercise sikit, nak minum ke makan ke.

Tepat 8.30 pagi kau dah kena mula kerja. Bukan sampai 8.32 pagi. Kau melenggang sana sini, pukul berapa baru nak mula kerja?" Tengking Kelly.

Luruh jantung Anne. Mengamuk betul Diva Divana Kelly Clarkson Malaysia ni. Habis. Innalillah kau Anne! Tapi bukan salah kau Anne. Kau kena pertahankan diri kau. Lawan, lawan, lawan si Kelly tu. Tengking dia balik, biar dia tahu dia dah bangunkan raksasa dalam diri kau tu.

"Saya mintak maaf. Lain kali saya janji tak buat lagi." Tutur Anne perlahan.

'Pfftt, hampeh punya raksasa. Kau ni memanglah Anne, cakap berdegar-degar tapi akhirnya kau yang mengalah.'

Bebel hatinya. Tapi hati dia tak tahu, mana lah dia tak mengalah. Semua pasang mata yang ada dalam pejabat mereka itu sedang memandang kearah dia sekarang ini. Malu.

"Itulah yang kau cakap minggu lepas. Tapi hari ni lambat lagi. Kau ni memang dasar gem..."

"Khalid, jumpa saya sekejap." Belum sempat Kelly meneruskan hinaannya pada Anne, Tuan Tarmizi sudah memanggil Kelly untuk masuk ke pejabatnya.

"Anne, awak pergi sambung kerja. Jangan lupa siapkan storyboard idea iklan menarik yang awak proposed pada saya Jumaat minggu lepas tu tau. Saya nak hantar sendiri pada klien kita tu untuk approval sebelum mula bentang pada mereka minggu depan." Sambung Tarmizi.

Anne hanya mengangguk. Walaupun satu apa pun yang dicakapkan oleh Tarmizi itu tidak dapat dihadamnya, namun dia faham Tarmizi sedang cuba menyelamatkan dia dari kata-kata berbisa dari Kelly.

'Terima kasih Tuan sebab dah selamatkan saya dari terus menjadi mangsa maki hamun Team Leader dari neraka ni.'

Anne melabuhkan duduk di kubikelnya.

"Nasib baik aku ni bukan anak jutawan. Kalau aku anak jutawan, aku beli company ni, lepas tu aku campak duit gaji kau sebulan dekat muka kau dengan duit syiling, lepas tu aku buang kau sehelai sepinggang. Dasar berlagak acah diva." Sempat Anne membebel sendirian.

"Tadi bukan main diam tak berkutik depan Diva tu. Bila dia dah hilang dari mata, kau bebel macam tak cukup suara." Perli Amin.

"Periuk nasi kena jaga. Tapi pada masa yang sama mana boleh stress, nanti tak jalan kerja. Nasib baik Tuan Tarmizi dah selamatkan aku hari ni. I lap you betul lah Tuan." Balas Anne sambil tangannya tidak lekang dari mengetik mouse untuk membuka fail kerja.

"Berani kau nak lap laki orang tu. Buatnya Puan Rosdiah datang, tak cukup tanah kau lari nanti." Bebel Amin sambil membelek fail fizikal yang mengandungi dokumen Non-disclosure Agreement (NDA) yang perlu ditandatangani oleh Anne buat kali kedua untuk klien terlebih cerewet yang telah tamat projek mereka bersama Anne.

"Memang tak lah Amin oiii! Kau ni pun agak-agak lah, Tuan Tarmizi tu sebaya dengan bapak aku tau. Takkan lah aku tergamak nak tunggang terbalik kan rumahtangga dia..." Anne mendekatkan wajahnya sebentar ke skrin itu sebelum dia kembali bersuara.

"Lagi pun, aku ni anti orang yang ambik laki orang. Kalau ada persatuan, aku lah yang akan jadi pengerusi persatuan wanita mengecam wanita lain yang meruntuhkan institusi kekeluargaan wanita lain. Kita ni takkan bahagia kalau hidup atas air mata orang. Kau tahu tak Amin?

Lagi satu kan Amin, kau tu lelaki, kena ingat jugak, jangan nak mengada melayan perempuan selain isteri kau. Kalau urusan kerja, keep it professional. Jangan nak lembik lembutkan suara melintuk sana sini. Ada faham?" Memandangkan tiada balasan dari Amin, Anne berpaling untuk mencari kelibat Amin.

"Puan Rose!" Tutur Anne perlahan.

Gila! Macam mana aku boleh tak perasan yang Puan Rose datang ni? Ni semua salah Kelly.

"Bukan main lagi awak membebel Anne. Dari kaunter receptionist kat depan tu lagi saya dengar tau." Beritahu Rosdiah.

"Errr, saya mintak maaf puan. Puan nak jumpa Tuan ke? Tuan dengan Sabrina ada kat dalam tengah bincang dengan Encik Kelly." Beritahu Anne lancar.

Rosdiah menarik kerusi serta duduk berdekatan Anne. Anne yang berdiri itu juga turut ditarik supaya duduk di kerusinya sendiri.

"Ada apa puan?" Tanya Anne separa berbisik apabila melihatkan kelakuan Rosdiah yang melihat sekeliling dengan pandangan yang seolah sedang curiga sebelum dia bersuara.

"Saya nak mintak tolong dengan awak Anne. Boleh tak?" Tanya Rosdiah dengan nada berbisik.

Ohhhh, ingatkan apa lah.

"Mestilah boleh puan. Mintak tolong apa tu? Kalau saya boleh tolong, saya tolong." Jawab Anne, juga ikut berbisik.

"Saya nak awak ajar saya mengaji. Boleh ke?" Tanya Rosdiah.

"Eh puan, manalah saya layak." Balas Anne pantas.

"Boleh lah Anne. Saya terdengar awak mengaji hari tu masa majlis khatam Quran Syamimi nak kahwin. Merdu sangat awak mengaji. Ajar lah saya Anne. Saya bayar." Pujuk Rosdiah.

"Ehhhhh, mana layak saya puan." Bantah Anne lagi.

Gila! Dia bantai je tiru tarannum dari mana-mana qariah. Mana lah nak tahu tarannum yang betul-betul tu apa. Ishhhh, jangan mengundang masalah. Karang, dari dapat pahala, tak pasal-pasal masuk neraka.

"Please Anne. Ajar saya. Kalau tak..." Bisik Rosdiah perlahan, dia jeda seketika.

Anne mengangkat keningnya, menunggu kata-kata yang akan keluar dari mulut Rosdiah.

"Kalau tak, lepas ni saya bagitahu nyah tu apa yang awak buat kat meja dia lepas dia balik." Rosdiah pula yang mengangkat keningnya.

Anne sudah bulat matanya.

"Apa yang puan tahu?" Soal Anne tergagap.

"Adalahhhhhh, tapi kalau awak tolak, saya terpaksa lah cakap dekat dia." Ugut Rosdiah.

"Mana boleh puan. Jahatnya puan. Buli saya sampai macam ni." Bangkang Anne.

"Setuju dulu, nanti saya rahsiakan."

"Hmmmmm, tapi saya ni tak ada transport." Balas Anne.

"Oh, kalau itu bisa diatur. Nanti saya beritahu Tuan Tarmizi untuk ambik hantar awak. Mula Sabtu boleh ya." Pipi Anne dipegang dan dicium keduanya.

Anne terdiam, tapi kedua tangannya mengelap pipi yang dicium tadi. Geli. Tidak biasa dengan perbuatan sebegini.

Terima kasih tau untuk komen-komen semua. N hargai sangat-sangat tapi maaf akan lambat sikit balas ya. Untuk yang beri donations, terima kasih banyak-banyak sebab sudi berikan nilai istimewa pada karya N. Enjoy reading! Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience