Bab 65 : Gagal

Romance Series 403916

Sabrina melangkah perlahan menuju ke katil yang menempatkan Anne. Dalam takut-takut berani sahaja dia menghulur tangan untuk menyalami Anne namun tidak bersambut. Dihulur pula tangan pada Idris, juga tiada balasan. Perlahan, tangannya ditarik semula.

"Anne, aku mintak maaf." Sabrina menuturkan ayat itu lagi, separa berbisik.

Anne memejamkan mata. Kalau lah kaki ini tidak sakit, tentu dia sudah boleh melarikan diri dari berdepan dengan dua manusia yang mengkhianati kepercayaan yang diberi. Tangannya yang memegang erat besi katil itu sudah menggigil dek kerana amarah yang ditahan di dalam hati. Kalau lah terlepas perasaan itu, pasti esok Kak Nana sudah berpindah ke bilik lain.

"Aku suruh kau balik Idris. Sebelum aku naik hantu, kau bawak isteri kau berambus dari sini." Tangan kanannya mengambil bantal lalu digunakan untuk menutup wajah, sekaligus menahan dari air mata tumpah di hadapan lelaki itu.

"Rumaysa..."

"Balik!"

Idris berdecit, marahnya bertandang kembali. Siapa yang pandai-pandai membenarkan Sabrina datang ke Kuantan dan memunculkan dirinya di hadapan mata Anne?

"Kau dengar apa yang Rumaysa cakap, kan? So, balik!" Bentak Idris pula pada Sabrina.

Melihatkan Anne menangis begitu, Idris serba salah. Mahu sahaja memujuk namun risau kalau-kalau perang dunia ketiga meletus. Akhirnya, dia lambat-lambat mendekati Anne lalu dipeluk erat seketika sebelum dia berbisik.

"Abang balik dulu. Ada apa-apa WhatsApp je. Ya? Petang ni kalau mak tak dapat datang, abang datang lagi. Abang mintak maaf, abang janji akan terangkan semuanya bila sayang balik rumah nanti. Jaga diri baik-baik ya." Sempat diusap lembut bahu Anne yang kemudiannya menolak tangan Idris dengan kasar.

Idris terpana, namun ditelan sahaja rasa yang sememangnya berbisa.

"Assalamualaikum Cik Yah. Anis ada?" Laung Bibah yang tahu-tahu sahaja muncul di rumah Anne lewat petang itu.

Rindu pada sahabatnya setelah hampir tiga minggu tidak berjumpa.

"Ada. Masuklah dulu Bah. Anis ada dalam bilik dia tu. Mesti Anis suka Bibah datang ni." Balas Fauziah.

"Pergi masuk dalam bilik tu. Anis duduk dalam bilik je tak boleh keluar." Terang Fauziah.

Bibah mengangguk tanda faham. Segera dia melangkah ke bilik tidur Anne bersama buah tangan yang dibawanya. Pintu bilik tidur yang separa terbuka ditolak perlahan sebelum dia menjenguk mencari kelibat Anne.

"Buat apa tu?" Sergah Bibah.

Anne hanya tergelak. Akhirnya, wajah manusia selain dari ahli keluarganya dan lembaga itu.

"Masuklah Bah! Rindunya dekat kau." Anne mendepakan tangan untuk menyambut Bibah masuk ke pelukannya.

"Aku bawak buah oren. Lepas tu, ada strawberi dan sos coklat. Aku baru balik dari Cameron Highlands. Kau makan tau. Tadi mak kau cakap kau lulus semua makanan ni." Seronok Bibah bercerita tentang pengalamannya bercuti.

"Kau macam mana Nis?" Sambung Bibah.

"Macam ni lah Bah. Duduk je yang aku boleh buat. Kalau tak duduk, baring. Dah baring, mula lah terlelap. Lepas tu bila mak aku kejut, dia suruh makan lagi. Itu jelah kitar hidup aku. Berat aku dah bertambah semula." Panjang lebar Anne bercerita.

"Okey lah tu. Dah namanya kena rehat, kan? Emmm Nis, sorry tau kalau kau tak selesa aku tanya tapi kan kau dengan suami kau okey dah ke? Bukan main lagi aku tengok dia ke hulu ke hilir mencari apa yang kau cakap nak makan." Tanya Bibah selamba.

Anne mencebik bibir. Rosak mood nya apabila nama Idris timbul lalu menjadi topik perbualan mereka.

"Entah, tapi aku dah beberapa hari tak bercakap pun dengan dia. Bah..."

"Ya Nis, kau luahkan lah apa yang kau nak luahkan. Aku kan ada." Balas Bibah sambil menye tuh lembut bahu Anne.

"Kenapa eh, bila melibatkan hubungan aku dengan manusia yang tak ada pertalian darah ni, aku selalu tak bernasib baik? Hari tu Azlan, kali ni yang ni pulak. Dengan Azlan tu, aku okey lagi sebab tak sempat bawak ke perkahwinan. Tapi kali ni, sakit dia lain macam Bah.

Aku ingat, Idris tak sama macam Azlan. Sebab tu aku terima. Tapi rupanya dia lagi teruk dari Azlan. Kalau dia tak nak aku, buat apa dia ajak aku kahwin lepas tu susahkan hidup aku? Aku tak faham, sampai sekarang pun aku masih tak faham." Luah Anne secara tiba-tiba, secara mendadak sehinggakan Bibah sendiri kehilangan kata-kata untuk membalas luahan Anne.

"Dia macam ni Nis, pernah tak kau terfikir, yang mungkin kau diberi ujian yang sama berkali-kali sebab kau belum lulus ujian yang Allah beri?" Berhati-hati Bibah menyusun kata, takut kalau-kalau perasaan Anne terguris.

Ibu mengandung ni, emosi mereka bukan boleh dijangka.

"Apa maksud kau?" Tanya Anne dengan penuh rasa ingin tahu sebaik sahaja perasaan tersentaknya reda.

"Kau perasan kan, bila ada masalah kau selalu lari. Sebab kau rasa mudah begitu. Sedangkan, bila datangnya masalah, selain kita berserah, kita kena usaha untuk selesaikan. Lari tak mampu menyelesaikan apa-apa masalah. Lari tak mampu beri kau apa-apa jawapan.

Kau nak tahu apa sebenarnya yang jadi antara kau dan Idris kan? Kau kena bercakap, kau kena panggil dia, duduk berdepan dan luahkan segala persoalan. Kalau Idris pulak yang mengelak, kau tahu lah yang kau dah cukup berani berdepan dengan masalah kau.

Pada masa itu, kalau kau tak mampu nak selesaikan, kau akan tahu itu bukan lagi masalah kau. Jika Idris terus-terusan melarikan diri dan tak nak jawab semua soalan kau, mungkin itulah petunjuk yang kau kena lepaskan dia." Hurai Bibah.

"Kalau berpisah, nanti anak aku?" Tanya Anne perlahan.

"Kenapa dengan anak kau? Dia tetap akan membesar macam biasa kalau pun ayah dia tak ada. Aku ada. Mak ayah kau ada. Kakak abang adik-adik kau ada. Takkan mereka akan biarkan kau dan baby comel tu susah sorang-sorang.

Anak-anak pun tetap takkan bahagia berada dalam keluarga yang ibunya tak bahagia. Kau nampak aku macam mana kan. Ayah aku je yang besarkan aku adik-beradik. Tapi kami okey. Tetap jadi orang. Kau belum bercakap lagi dengan suami kau, tapi kau dah takut fikir jauh-jauh, fikir macam-macam.

Tanya lah dulu. Aku ada. Apa pun jadi, aku ada. Aku akan sokong kau, tolong kau, jaga kau. Semuanya untuk kau. Asalkan kau bahagia. Tapi kau kena janji dengan aku, kali ni kau takkan lari. Kau kena janji yang kau akan hadapi semuanya dengan berani. Boleh?"

Mata Bibah dipandang lama sebelum Anne akhirnya mengangguk perlahan.

Kali ini,
Dia tak nak lari lagi.
Kali ini,
Dia akan berusaha supaya tak gagal lagi untuk ujian ini.

Enjoy reading! :) Harap jangan lah ada yang komen marah-marah ya bila N lambat update T_T Tak terniat dihati nak buat semua menunggu, tapi keadaan kesihatan yang kurang baik membuatkan N terkekang sikit nak update T_T Apa pun N minta maaf, Yang buruk dari N, Yang baik semuanya dari Allah sahaja semuanya. Love, N

Share this novel

norsila
2022-03-23 19:23:55 

sbrina ni kwn skmpong si anne kn...? cmno leh idris ajak nikah ye? pelik..ingat nikah dgn spupunya .ni orng yg tk di jangka..huu pelik lak..gatal juga idris ni..hahaha

Nur Azlina
2022-03-22 09:21:04 

tqvm update walaupun xberapa nk sihat.

Nur Azlina
2022-03-22 09:21:03 

tqvm update walaupun xberapa nk sihat.


NovelPlus Premium

The best ads free experience