Tiga Kali Cinta

Novelette

Romance Series 114841
5
(2742 ratings)

Synopsis

Apa yang mampu kita lakukan, bila orang yang kita cintai tidak lagi mencintai kita? Bagi Anis Rumaysa, manusia yang setia hanya jatuh cinta sekali. Oleh itu, apabila Azlan mengetuk pintu hatinya, dia menerima bersama ikrar untuk tetap setia. Susah payah bagaimana pun, dia akan kekal di samping Azlan. Mempercayai Azlan akan menjadi teman hidupnya untuk bersama membina mahligai cinta, Anis berusaha dan korbankan segalanya sehingga lah pada suatu hari, Azlan memutuskan hubungan mereka secara tiba-tiba. Maka tinggal Anis menderita sendirian, mengutip kekuatan yang masih bersisa untuk dia meneruskan hidup pada jasad yang masih bernyawa, namun rohnya bagaikan sudah tiada. Musnah bersama cinta yang dia pertahankan dengan seluruh rasa yang ada. Masa berlalu, luka di hatinya sembuh. Namun parutnya kekal ada. Setiap kali terlihat kan parut itu, Anis merintih mengingatkan cinta dan cita-cita yang runtuh. Menyokong orang yang salah sehingga berjaya, terkorban impiannya, habis segala kudrat yang ada. Hanya untuk di tinggal bagaikan tanduk yang sudah tidak berguna. Anis, saya minta maaf. Kita masih boleh bahagia bersama - Azlan. People say that I need to follow my heart. But since my heart broke into thousand pieces, which piece do I follow? - Anis Setiap manusia akan menemui tiga cinta. Walaupun saya bukan yang pertama, izinkan saya menjadi yang kedua dan yang ketiga untuk awak - Idris.


Share this novel

Rate this story


Comments

maizon mai
2022-01-27 

alaaaaaaaa Nnnn...kontot sangat laaa. Baru nak feel dah habess...huuuu

MAG Cahaya
2022-01-26 

prank ke betul┬▓ ni

Nor Azizah Shafii
2022-01-26 

please author..bagi panjang sikit boleh x....x puas le...sebu kat dalam dada ni tau x....aduyai...

Novelette

2322 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience