Pengenalan

Romance Series 403498

"Kata Atticus, tiada yang lebih cantik dalam dunia ini dari seorang perempuan atau wanita yang cintakan hidupnya dan menghargai setiap nafas yang dihirupnya."

Anne garu kepala. Petang-petang hampir maghrib dalam keadaan otak aku yang penat inilah dia nak berfalsafah. Cuba cakap esok pagi, waktu masih segar, sesegar bunga apa tu, err daisy?

"Siapa Atticus?" Tanya Anne.

"Serius kau tak tahu?" Soal Sabrina dengan nada yang sebal.

Sempat juga dia berdecit geram. Anne geleng kepala sahaja dengan pertanyaan Sabrina.

"Kata nak jadi penulis lah, penulis bebas lah, nak tulis novel cinta paling romantik di Malaysia lah, sekali Atticus pun kau tak kenal. Atticus tu sama macam kau. Penulis puisi dari Kanada yang guna nama pena.

Antara buku-buku dia yang paling terkenal ialah The Dark Between Stars dan The Truth About Magic, laku macam pisang goreng panas dekat New York Times. Bestseller! Tema buku-bukunya cinta, hubungan, and adventure gitulah." Terang Sabrina.

"Ada cheese tak?" Tanya Anne tiba-tiba.

"Apa yang ada cheese?" Tanya Sabrina kembali.

"Tu, kau cakap buku dia laku macam pisang goreng panas. Pisang goreng Cheese ada tak?" Anne menjelaskan apa yang dimaksudkannya tadi.

"Kurang asam! Aku punyalah serius, kau boleh main-mainkan aku. Dah lah." Bebel Sabrina geram.

"Aku main-main je. Eh aku nak balik dulu tau. Lama sangat dah kat sini rasanya. Orang pun dah makin kurang, confirm tak ramai dah orang dalam LRT tu." Anne segera berdiri sambil tali begnya disangkutkan ke bahu.

"Okey, esok jangan lambat. Nanti kena bebel lagi dengan Diva K a.k.a Kelly Clarkson Malaysia tu." Sempat Sabrina mengingatkan Anne.

"Itulah, aku ni rasanya elok ambik kerja shift. Ambik pulak shift petang. Pagi boleh lah tidur puas-puas dulu. Macam tersilap kerja pulak yang aku dapat ni." Omel Anne yang sememangnya bukan lah manusia yang gemar bangun pagi.

Seringkali dia terbabas, menyebabkan dia tiba lambat di tempat kerja. Tapi hey, better late than never, right? Jawapan yang takkan diberi apabila ditanya Kelly Kenapa dia lambat. Nak pandang muka Kelly pun tak berani, inikan nak menjawab. Mintak nyawa oiii!

"Kau tak nak kahwin ke?" Tanya Sabrina.

"Hah?" Anne melabuhkan duduknya semula.

"Yelah, kau selalu doakan supaya kau dapat kerja shift supaya kau boleh bangun lambat. Kau tak nak kahwin? Perempuan bila dah kahwin, sebolehnya cubalah untuk tak kerja shift. Siapa nak bela anak-anak kau nanti? Laki kau, jangan sampai dia jadikan itu alasan untuk cari lain pulak nanti." Jelas Sabrina.

"Sab, kau tengok aku ni..." Kedua pipi Sabrina dipegang dengan kedua tapak tangannya, dialihkan supaya Sabrina menghadap wajahnya pula.

"...kau rasa, ada ke manusia yang nak kahwin dengan aku ni?" Bisik Anne, seketika kemudian, dia melepaskan pipi Sabrina.

Sabrina cantik. Anak kacukan Cina-Belanda-Jepun-Melayu. Macam ABC sampai ke Z dah kacuknya. Segalanya ada. Lengkap. Sempurna. Rambutnya hitam pekat mengurai ke pinggang. Kulitnya putih, berona merah jambu. Sehinggakan dia tidak perlu menggunakan apa-apa alat solek untuk menata wajahnya. Kurus, langsing, elok; betul-betul wanita dambaan lelaki.

Sedangkan dia, bertentangan sepenuhnya dengan Sabrina. Gelap wajahnya, berjerawat dengan parut hitam yang tidak kenal erti pudar, tangan sahaja yang cerah sedikit. Gempal, sangat-sangat. Bukan gempal beshe-beshe. Senang cakap, gemuk lah! Obesiti kelas 1. Bersolek? Jauh sekali. Tudung pun akhirnya dia pin sahaja ke bawah, nak berfesyen terlampau, nampak tidak sopan pula.

Nak pin gaya Wardina sebelahnya naik keatas pun, nanti orang akan nampak dia macam sedang membalut kepala. Budak-budak yang terserempak dengan dia pun akan memandang dia pelik. Inikan, nak bercinta? Berkahwin pula tu? Oh tingginya cita-cita.

Memang tidak ada! Yakin dia katakan, tiada! Anne menarik nafas panjang. Menghalang sedih yang bertandang dari terus-terusan bertamu di hati, menjemput air mata menjadi tetamu kedua.

"Anne, kau kena yakin. Mesti ada! Kan Allah dah cakap, kita ni diciptakan secara berpasang-pasangan. Aku yakin, mesti ada yang sedang mencari kau untuk jadi rusuk kiri dia." Haih Mek Kelate ni, ligat pula dia berhujah.

"Aku tak pastilah untuk jadi rusuk kiri dia, atau untuk dia jadikan rusuk aku ni dinner dia yang dicicah air asam lepas dia dah grill. Dah lah, jangan bebel. Memang lah manusia dicipta berpasangan, tapi boleh jadi pasangan aku dah mati, sedang menunggu aku di syorga. Jadi tinggallah aku seorang diri berkelana di dunia sepi ini. Giteww. Dah lah Sab, aku nak sambung balik ni. Bye." Laju sahaja langkah Anne menyusup masuk ke dalam koc LRT yang menuju ke Gombak itu.

Sabrina menggeleng kepalanya dua tiga kali. Entah apa sejarah hidup Anne, sehinggakan dia begitu rendah diri. Kadangkala tanpa segan silunya dia menjadikan diri sendiri bahan lawak jenaka. Macam yang baru sahaja lakukan tadi. Dia buat lawak, dia yang gelak beria walaupun adakalanya kedengaran begitu kekok.

Anne, kau cantik! Pada aku, semuanya, terutama budi bahasa kau, cantik. Kenapa kau tak nampak semua itu? Kenapa kau pandang fizikal je?

Sabrina mengeluh perlahan. Bagaimana untuk dia bantu Anne keluar dari penjara kerendahan dirinya itu?

Maaf tak dapat nak janjikan update setiap hari, tapi N cuba ya ;) Enjoy reading! Love, N

Share this novel

Nur Izzah Kamal
2022-10-25 00:50:06 

bl nk hbs duk pending je hmm

Izah Kamal
2022-05-17 19:37:00 

lama sgt pending

Wan Alya Yasmin
2022-01-25 20:56:20 

mana lagi citer ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience