Bab 8 : Bau

Romance Series 403910

"Assalamualaikum mak." Pintu rumahnya diketuk lagi.

Mungkin tadi mak tak dengar ketukannya.

"Mak, cepatlah bukak mak. Mengantuk ni. Sejuk lagi. Anis nak pergi bilik air. Makkkkkk!" Laman rumah diperhatikan sekelilingnya.

Ayam pun belum berkokok. Entah apa-apa sahaja yang ada tapi tak terlihat dek matanya disebalik pokok pisang yang bersusun ditepi rumah.

"Allahuakbar, sabar lah Anis. Kau nak balik sikit pun tak beritahu padahal baru kelmarin kita bercakap telefon..." Bebel Fauziah.

Kunci dicapai untuk membuka pagar besi pintu utama rumahnya.

"...tahu-tahu sampai je ni. Kenapa balik pulak ni?" Tanya Fauziah apabila Anne sudah selamat menerobos masuk ke dalam rumah.

"Lahhhh, kan mak suruh Anis berhenti kerja cepat-cepat. Anis dah berhenti, bagi notis 24 jam. Lepas tu, kemas barang, terus balik tanpa tinggalkan apa-apa kecuali kenangan. Jap eh mak, kejap lagi orang sambung cerita. Nak pergi bilik air dulu ni." Anne sudah berlari ke bilik air yang terletak di belakang, berdekatan dapur.

"Tak senonoh lahai perangai budak ni. Dari dulu sampai sekarang masih lagi tahan dari pergi bilik air semata-mata nak guna bilik air dekat rumah." Bebel Fauziah, apa yang diberitahu Anne tadi tidak masuk dalam kepalanya.

Pintu dikunci semula. Belakang tangan di tekap pada mulutnya yang mula menguap. Tidurnya lewat dua tiga malam ini kerana menyiapkan baju kurung yang ditempah oleh seorang guru. Empat pasang semuanya perlu disiapkan dalam masa lima hari.

"Mak, lahhh tidur pulak dia." Bebel Anne.

"Subuh pun belum Anis, elok tidur dulu lah. Pagi nanti kang sambung bercerita." Menonong sahaja Fauziah masuk ke bilik tidurnya.

Anne mencebik. Kalau mak pun sudah masuk tidur, takkan dia mahu tercegat diruang tamu lagi. Hmmm, masuk bilik sahajalah. Bagasi ditarik perlahan melintasi bilik adik-adiknya.

Seorang sedang menjalani Latihan Industri di Gebeng manakala yang bongsu sedang bersekolah di tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan. Hanya lima minit dari rumah mereka.

Pintu ditolak perlahan. Suis lampu dipetik. Bau bilik itu disedut perlahan sambil memejamkan mata. Seketika kemudian, matanya dibuka semula dengan pantas.

'Hmmmm, ada orang masuk bilik aku ni. Siapa yang berani-beraninya masuk bilik aku tanpa izin?'

*****

"Hujung minggu ni kau cuti lagi ke Ris?" Tanya Bahri.

"Tak dah. Kali ni aku ikut shift macam biasa je lah. Kenapa Yie?" Tali dan karabinar yang telah selesai diperiksa itu disimpan semula ke tempat asalnya.

"Tak ada apa-apa pun. Hari Jumaat ni ada tadika PASTI dari taman perumahan depan tu nak datang buat lawatan. Kalau kau ada senang sikit. Kau pandai layan budak-budak. Macam bakat semulajadi kau dah tu." Puji Bahri.

"Eleh, bakat semulajadi konon. Cakap jelah kau malas!" Tembak Idris.

Bahri tergelak kuat. Mana tidaknya, memang dia mahu mengelak selagi boleh. Dia dan kanak-kanak, macam tidak ngam langsung. Tak ada chemistry kata orang. Baru mahu mendekat, sudah ada yang menangis.

Mungkin kerana melihatkan wajahnya yang sejak azali lagi kelihatan garang. Apatah lagi ada parut yang panjangnya hampir dua ruas jari di pipi kiri, kenangan sewaktu menyelamatkan mangsa lemas di Sungai Belat. Ditambah pula dengan mata sepetnya itu.

"Aku bukan apa, tak nak lah ada yang menangis nanti. Berlari bila tengok aku ni disebabkan parut dekat pipi aku ni. Orang besar pun lari dari nampak aku. Itu pasal lah sampai ke sudah jodoh tak lekat. Benda kita boleh elak Ris, kita elakkan dari berlaku siap-siap. Barulah keadaan terkawal." Terang Bahri.

Nada sayu yang terkesan dalam suara Bahri membuatkan Idris terdiam seketika, mencari kata-kata yang sesuai untuk membalas apa yang diberitahu Bahri tadi. Cuma tangannya yang masih bekerja.

"Yie, apa pun pandangan kanak-kanak dan orang pada kau, itu takkan mengubah hakikat yang kau adalah seorang ahli bomba yang bagus. Yang terbaik dalam kalangan kita. Parut ni bukan parut yang calang-calang Yie. Ni parut kenangan, tanda ada dua budak dapat diselamatkan dari mati lemas.

Insya Allah, parut ni jugak jadi saksi kebaikan kau nanti dekat akhirat. Jangan rendah diri Yie. Akan ada manusia yang boleh, terima kau dengan segala kebaikan kau. Insya Allah jugak, orang yang terbaik yang padan dengan kau." Balas Idris.

Bahri terdiam. Walau bagaimanapun, dia tetap mengukirkan satu senyuman buat Idris sebelum menepuk bahunya lalu berjalan masuk ke dalam bangunan untuk pergi ke bilik air.

Tadaaaa, Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience