Bab 48 : Sakit

Romance Series 403910

"Lepas habis interview, nanti kita terus balik rumah ibu dekat Gombak sekejap." Ujar Idris sewaktu mereka sedang menikmati makan malam di sebuah restoran di tepi Pantai Batu Burok.

Anne mengangkat keningnya. Rumah yang paling dia mahu elakkan buat masa sekarang ini. Memikirkan riak wajah Khalisah setiap kali mereka bertemu mata, hatinya terasa gerun untuk menghadap kakak ipar yang satu itu.

"Diam je?" Tanya Idris.

"Tengah makan, mana boleh bercakap." Gumam Anne.

Giliran Idris pula mengangkat keningnya. Pandai pun bercakap, ingatkan sudah hilang suara emasnya itu.

"Habiskan lauk ni tau. Tak baik membazir." Sambung Idris.

Anne hanya mengangguk sahaja, malas untuk memanjangkan perbualan antara mereka berdua.

*****

"Oh ye ke? Aku tidur dekat The Grand Continental. Esok lepas kau dah sampai sana kau WhatsApp aku tau. Aku tak boleh sorang-sorang dekat tempat aku tak biasa. Berdebar nanti." Anne rancak berbual dengan rakannya melalui telefon.

"Ha ah, betul. Eh Wa, siapa lagi kawan-kawan kita yang datang untuk interview ni?" Tanya Anne lagi sedang Idris sudah berkerut dahinya menahan sakit kepala.

Idris mengambil keputusan untuk berbaring sahaja di katil sedang Anne masih duduk di meja kerja yang terdapat dalam bilik mereka.

"Serius? Dah macam mini reunion lah. Esok jangan lupa ambik gambar ramai-ramai tau. Okey aku excited sangat-sangat sekarang ni. Jumpa esok. Aku nak sambung baca pasal isu-isu terkini dalam bidang pendidikan negara kita. Ok, bye Wa. See you tomorrow!" Telefon bimbit di letak di atas meja, bersebelahan dengan laptopnya.

"Interview esok pukul berapa?" Mendengar suara suaminya itu, Anne berpaling ke belakang dan dapat dia lihat Idris sudah terbaring di atas katil.

Idris pula sedang memejamkan mata dek kerana kepalanya yang tiba-tiba sakit membuatkan dunia sekelilingnya seakan terpusing, membuat dia terasa hanyut seolah baru sahaja dia menelan ubat selesema. Meloyakan tekak.

"Pukul 8 pagi kena ada dekat sana. Sebab sebelum interview, kena jawab Ujian Kelayakan Calon Guru."

"Okey. Saya nak tidur dulu. Sakit kepala. Nanti esok kejutkan je." Balas Idris dengan suara yang perlahan, dapat Anne rasakan bahawa dia sedang menahan kesakitan.

"Nak ubat ke?" Tanya Anne dengan nada yang teragak-agak.

Pil biru yang berada di dalam bekas ubat-ubatan Idris di keluarkan, namun saat dia melihat Idris menggelengkan kepalanya, dia membatalkan niat untuk menghulurkan ubat itu. Melihatkan jam menginjak ke pukul 11 malam, Anne memadamkan laptopnya dan hanya meneruskan pembacaan pada kertas yang dibawa bersama.

Kerusinya dipusing supaya menghadap katil. Sesekali, pembacaannya terganggu apabila Idris bergerak di atas katil, lama pula diperhatikan wajah Idris yang berkerut menunjukkan dia seolah berada dalam keadaan kesakitan yang teramat. Sesekali terdengar bunyi berlaga giginya diketap kuat.

Melihatkan keadaan itu, Anne memberanikan diri untuk mendekati Idris. Jari jemarinya mula memicit kepala Idris perlahan. Mungkin kerana kesakitannya semakin berkurangan, tiada lagi kerutan pada dahi Idris.

'Agaknya, bila ya dia akan ingat semuanya?' Bisik hati Anne.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience