Bab 3 : Sejarah

Romance Series 403852

"Duduklah dulu. Kejap lagi Kak Ros turun." Pelawa Tarmizi.

Cadangan Rosdiah supaya Tarmizi pergi menjemputnya di rumah ditolak mentah-mentah. Disebabkan itu, Rosdiah membayar OT kepada pemandunya supaya dia mahu menerima kerja dihari Sabtu, khas untuk menjemput dan menghantar Anne balik.

"Terima kasih tuan." Matanya memandang sekeliling ruang tamu mewah bagi rumah banglo tiga tingkat di Raudhah Residence yang terletak di Kajang itu.

'Seronoknya jadi orang kaya. Rumah pun besar. Ruang tamu dia je pun lagi besar dari rumah yang aku sewa.'

Mengekeh Anne ketawa dengan perbandingan yang dibuatnya di dalam hati. Sempat kepalanya didongak ke atas, memerhati lampu chandelier kristal yang tergantung cantik, menyerikan suasana rumah itu. Dari bawah, Anne boleh melihat tingkat dua rumah itu. Menjulang tinggi. Bumbung yang dilihat sekarang ialah lantai bagi tingkat tiga. Cantik!

"Minum dulu ya cik. Sekejap lagi Puan turun." Pelawa pembantu rumah warga Filipina yang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu itu.

"Terima kasih kak." Balas Anne.

Serentak itu, pintu utama rumah itu terbuka. Pandangan mata Anne beralih ke arah pintu, untuk melihat satu susuk tubuh yang kini sedang berada di sebalik pintu itu untuk menanggalkan kasutnya sebelum masuk ke rumah.

"Assalamualaikum!" Tutur suara itu.

"Waalaikumussalam." Anne menjawab bagi pihak tuan rumah.

Namun keduanya terpaku tatkala mata mereka berdua sama-sama bertentang apabila daun pintu itu terbuka sepenuhnya.

"Assalamualaikum Anne. Kebetulan, anak saya pun dah sampai. Jom kita masuk surau. Kita mengaji dekat situ ya. Lan bawak Khaira naik atas dulu lah. Dalina ikut mama mengaji dengan Anne hari ni. Ni Anne. Anne ni staff ayah." Terang Rosdiah.

Azlan yang sedang memangku bayinya Khaira terdiam. Dia hanya mengangguk, namun matanya masih melekat pada Anne. Meresahkan. Anne melarikan pandangan matanya ke arah dapur.

"Puan, saya nak masuk bilik air dulu. Nak ambik wuduk." Anne meminta izin.

Azlan berdehem melepaskan rasa tersekat pada kerongkongnya.

"Ma, Lan bawak Khaira naik dulu."

"Ha, yalah. Anne, mari saya tunjukkan bilik air." Rosdiah menyauk lengan Anne mesra.

Anne mengikut sahaja. Di saat sekarang ini, dia sanggup walau kena pergi ke Marikh sekalipun. Asalkan dia tidak perlu bertentang mata dengan Azlan lagi. Aduh, menyesal dia terima tawaran Rosdiah untuk mengajarnya mengaji Al-Quran.

*****

"Anne..." Panggil Dalina.

"Ya saya?" Anne yang sedang bersiap selepas solat Zuhur di surau itu sebelum balik berpaling memandang Dalina.

"Ni mama suruh Ina sampaikan pada Anne. Kita makan tengahari sama dulu sebelum Anne balik ya?" Pelawa Dalina.

Sampul seperti sampul duit raya disambut oleh Anne. Makan sama? Mestilah orang itu ada. Kan? Ishhh, memang tidaklah. Rela aku lapar sampai kurus dari kena bertentang mata dengan manusia itu.

"Eh tak apalah. Anne nak cepat ni. Lain kali lah ya." Balas Anne.

Dalina tercebik bibir tanpa sengaja. Anne mengangkat kening. Entah kenapa, hatinya kembali galau saat ini. Dia kentalkan hati dan terus melangkah keluar dari surau di rumah bos nya itu. Memikirkan ruang makan yang terletak betul-betul di luar surau ini, Anne menelan air liur. Tentu Azlan ada. Ahh lantak lah. Kisah pulak? Pintu dibuka perlahan. Dalina ditinggalkan sahaja.

"Makan dulu Anne." Pelawa Rosdiah pula.

Kesemua mata yang ada di meja makan itu memandangnya. Namun cukup sepasang mata redup milik seseorang yang pernah disayangi nya itu meresahkan Anne.

"Tak dapat lah puan. Saya kena balik cepat. Saya dah janji nak teman housemate saya pergi beli barang dapur hari ni. Lain kali ya puan." Balas Anne sopan.

Sedangkan keadaan hatinya sudah tunggang-terbalik. Cepatlah keluar dari rumah ni Anne. Sebelum kau mati sebab dok tahan nafas dari tadi.

"Kalau macam tu, tak apalah. Minggu depan ya Anne." Balas Rosdiah dengan nada sedikit kecewa.

"Ya Insya Allah lain kali puan. Terima kasih sebab pelawa. Saya balik dulu tuan." Selesai berpamitan, Anne terus keluar dari rumah itu dan terus mendapatkan Ucop.

Sebaik melihat Ucop yang berada di dalam keretanya, Anne terus sahaja masuk dan duduk di belakang. Dia menarik nafas panjang. Phewww, lega lepas dapat oksigen.

"Anne, Ucop hantar guna kereta Ucop boleh ke? Kalau guna kereta tuan, nanti Ucop kena datang hantar kereta semula." Tanya Ucop.

"Boleh je Ucop. Asal sampai. Nanti kalau Ucop nak ambik Anne dengan kereta Ucop pun tak apa. Tak payah Ucop susah banyak kali kena pergi ambik kereta dekat rumah tuan dulu." Beritahu Anne.

Lagi pun, dia terasa segan menaiki Vellfire milik Tarmizi. Kekok. Apatah lagi dengan kejadian tadi. Selepas lama Azlan berambus dari hidupnya, tahu-tahu sahaja mereka bertemu kembali dengan keadaan Azlan sudah bernikah dengan Dalina.

Kebetulan yang sangat menyakitkan. Anne tarik nafas panjang lagi, lalu melepaskan keluhan kehampaan.

"Kenapa Anne?" Tanya Ucop.

"Kenapa apa?" Tanya Anne kembali setelah dia bertenang akibat terjut kerana disergah begitu sahaja oleh Ucop.

"Tu, mengeluh je dari tadi." Terang Ucop.

"Oh, tak lah. Penat je Cop. Tapi okey gak lah ada kerja ni. Dapat tambah duit sikit-sikit." Balas Anne pendek, berharap semoga Ucop tidak bertanya apa-apa lagi.

"Itulah. Terima kasih Anne sebab terima tawaran puan. Ucop pun tumpang rezeki Anne. Yalah, bos tambah gaji Ucop RM700 untuk tugas Ucop ambik dan hantar Anne ni. Alhamdulillah, betul lah orang cakap, rezeki anak ni tak boleh nak duga." Balas Ucop.

"Hah? Rezeki anak? Ucop nak dapat anak lagi ke?" Tanya Anne.

"Dah dapat dah pun Anne. Alhamdulillah dah tujuh hari. Syikin mabuk teruk mengandung kali ni. Dah lama dia berhenti kerja sebab bos dia bising asyik cuti je. Masa tu ikat perut, ikat tangan, ikat mulut lah Ucop. Ni ada tambahan, lega sikit rasanya. Terima kasih Anne. Kerja lah lama-lama sikit ya. Biar sempat baby kami habis pantang dulu supaya Syikin boleh cari kerja lain."

Anne menggaru kepalanya. Aduhh, baru sahaja bercadang nak berhenti. Tapi kesian pulak dekat Ucop nanti.

"Tahniahlah Cop, dapat baby nombor tiga. Kalau beritahu awal, boleh Anne beli hadiah sikit untuk baby." Balas Anne kekok, cuba menutup gugup yang bertandang.

"Tak apalah Anne. Asbab Anne terima kerja ni Ucop boleh belanja anak-anak dengan Syikin lebih sikit bulan ni. Alhamdulillah. Hadiah apa lagi Anne yang lebih baik dari ni?"

Kata-kata Ucop terkesan di hati Anne. Kalau berhenti, Ucop tak ada duit tambahan. Kalau diteruskan, aku yang boleh mati kepanasan berdepan dengan manusia durjana, musang bertopengkan manusia, carik-carik si bulu ayam lama-lama bercantum jua.

Eh apa kaitan?

Sekali lagi, Anne menarik nafas dalam-dalam dan memghembusnya perlahan. Beratnya keputusan yang perlu dibuat!

Enjoy reading! Terima kasih untuk yang donate coins dan bertanyakan hal kesihatan N serta mendoakan yang baik-baik untuk N dan baby. Alhamdulillah masih bertahan dengan baik :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience