Bab 77: Latihan

Romance Series 403934

Penat berkalih badan ke kiri dan ke kanan pada malam ini, namun matanya tidak juga mampu dilelapkan. Mungkin kerana terlalu terkejut dengan apa yang berlaku sewaktu Latihan Kebakaran .

Sesekali, pandangan mata dihalakan ke arah Idris yang sedang nyenyak tidur lengkap dengan dengkuran halus di sebelah. Selalunya Idris tidak pernah berdengkur. Mungkin dia juga terlalu penat dek kejadian pagi semalam. Namun di dalam hatinya, beribu rasa syukur dipanjatkan pada Ilahi kerana adanya Idris.

Sesekali juga, perutnya dielus perlahan. Gerakan anak yang sedang membesar di rahimnya kadangkala membuatkan dia terasa senak dek kuatnya pusingan dan tendangan bayinya itu. Hampir tujuh bulan usia kandungan, baru beberapa kali Idris dapat meletakkan tangan pada perutnya. Semuanya kerana dia yang tidak mengizinkan. Idris pula, mengikut sahaja segala kemahuannya.

'Terima kasih, sebab dah selamatkan saya dan baby pagi semalam.'

Malangnya, kata-kata itu hanya tersangkut di kerongkongnya dan tidak mampu diluahkan berdepan kepada Idris. Entah bila, Anis sudah terlelap dalam keadaan dia menghadap Idris.

~Flashback~

Kedengaran bunyi loceng kecemasan dari salah satu bangunan sekolah itu membuatkan Idris yang berada di kantin sekolah secara automatiknya berdiri dek kerana terkejut. Dia yang sedia maklum sekolah itu sedang mengadakan Latihan Kebakaran bagi warga sekolah itu kemudiannya duduk semula di bangku itu.

Kelihatan murid-murid sedang berlari ke tempat berkumpul apabila berlakunya kecemasan di padang bersebelahan kantin itu dengan arahan guru. Guru-guru juga sudah sibuk menyuruh murid-murid berbaris dan mengira jumlah murid berdasarkan kehadiran yang diambil pagi tadi bagi memastikan tiada murid yang tertinggal di dalam kelas atau di dalam tandas.

Mata Idris melilau mencari kelibat Anis. Meskipun ini hanya latihan, tetap hatinya merasa risau apabila kelibat Anis masih belum kelihatan berada bersama warga sekolah yang lain di padang tempat berkumpul itu.

'Dia dekat bilik air ke?'

Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia mengelilingi sekolah itu dan mencari isteri kesayangannya.

"Teacher Anis mana? Teacher Anis sahaja yang belum ada bersama kita di padang ni." Encik Rahman mencari-cari kelibat Anis.

Sesekali, matanya dihalakan kearah bangunan sekolah. Menunggu kalau-kalau Anis bakal muncul dari mana-mana blok bangunan A, B mahupun C.

"Tadi saya berselisih dengan dia dekat Bilik Perpustakaan Multimedia dekat tingkat 3. Mungkin dia belum turun lagi. Ibu sarat mengandung, tentu lambat sikit pergerakannya Cikgu Rahman." Cikgu Khaidir memberi jawapan.

"Ish, gagal dah kita ni kalau diikutkan. Dah lebih masa ni tapi Teacher Anis tak turun lagi. Kenapa agaknya? Cikgu Khaidir dengan Ustaz Fakhruddin pergi tengokkan dia sekejap. Risau pula saya." Arah Cikgu Rahman dengan nada suara yang sukar di teka samada marah atau kecewa.

"Ya Allah siapa yang kunci ni? Tolong! Tolong! Saya ada dalam bilik air ni. Siapa yang kunci? Bukak sekarang. Bukak pintu ni, bukak!" Perit tekaknya menjerit meminta tolong.

Ruangan bilik air guru perempuan ataupun murid perempuan di tingkat mana-mana sekalipun disekolah ini sememangnya sentiasa bertutup pintunya demi melindungi aurat mereka. Namun tidak pernah lah sehingga tertutup rapat begini. Kali ni Anis amat pasti ada yang mengunci pintu ini dari luar. Jika tidak, masakan pintunya tidak boleh dibuka.

Beg tangan yang mengandungi telefon pintarnya juga tiada bersama. Bagaimana untuk dia memaklumkan pada orang-orang yang dia terperangkap disini?

'Ya Allah, aku nak keluar. Selamatkan aku ya Allah. Hantarkan bantuan untuk buka pintu ni dari luar ya Allah.'

Pintu itu masih di tepuk bersama jeritan memohon pertolongan dengan harapan ada yang mendengar walaupun di sudut hatinya dia tahu benar dengan semua orang sudah berkumpul di padang kecemasan, tiada yang akan mendengar jeritan nya. Apatah lagi dengan nyaringnya loceng kecemasan berbunyi.

Namun dia tidak akan berputus asa dan masih menanam harapan ada yang akan menyelamatkannya sehinggalah hidungnya menangkap satu bau yang tidak menyenangkan hidungnya.

"Ya Allah, aku tak nak mati dekat sini ya Allah. Selamatkan aku ya Allah. Selamatkan aku ya Allah!" Tudungnya digunakan untuk menutup hidung menggunakan tangan kiri sementara tangan kanan masih berusaha menepuk pintu yang tertutup rapat itu.

Idris mundar-mandir di kantin itu. Dapat dia lihat dua guru lelaki mula berjalan menjauhi padang tempat berkumpul kecemasan itu. Dia segera mendekati Encik Rahman.

"Encik Rahman, maaf saya nak tanya. Encik ada nampak isteri saya?" Tanya Idris sesopan yang mungkin bagi mengelakkan Encik Rahman tersinggung.

"Itulah masalahnya Ris. Dia tak turun bersama kami tadi. Saya rasa dia masih dalam bangunan sekolah. Saya dah arahkan dua cikgu lelaki untuk pergi mencari dia. Encik tenang-tenang aje ya." Jelas Encik Rahman.

"Kalau saya pergi jugak encik, boleh? Saya bantu cari dia. Saya..."

Serentak itu hidungnya terbau satu bau yang amat dikenalinya. Bau asap tatkala kebakaran baru bermula. Seperti bau kertas terbakar bercampur dengan bau kimia yang dihasilkan apabila plastik mula panas, mencair dan terbakar. Tanda yang tidak bagus.

"...bau asap!" Matanya terpaku pada bangunan sekolah.

"Mungkin ada jiran-jiran terdekat yang membakar sampah agaknya Ris. Jangan risau, hari ni cuma latihan. Tak ada api yang terlibat." Encik Rahman menepuk bahunya.

"Saya cari Anis dulu encik. Maafkan saya ya. Insya Allah saya berhati-hati. Encik kena telefon bomba. Saya dapat rasa ada kebakaran yang bermula di salah satu tempat di sekolah ni." Jelas Idris sebelum dia dengan pantasnya berlari ke arah bangunan sekolah.

Encik Rahman terpinga-pinga. Dia berasa serba salah untuk menurut permintaan Idris tadi. Takut kalau-kalau dia di cop sebagai pemanggil yang melaporkan kebakaran palsu memandangkan tiada sebarang tanda ada kebakaran berlaku di sekolah mereka.

Idris terus sahaja menuju ke tingkat tiga blok C memandangkan dua guru lelaki tadi sedang meronda di tingkat dua kesemua blok. Seperti yang disyakinya, bengkel RBT sekolah kini mula mengeluarkan asap yang lebih tebal dek kerana kepanikan warga sekolah menyebabkan mereka berlari meninggalkan bengkel itu begitu sahaja.

Ini mengakibatkan plastik dalam pen 3D yang masih bersambung dengan punca elektrik itu mencair sehingga habis setakat yang ada dan memanaskan pen itu dengan lebih ekstrem. Lebih malang, apabila pen itu ditinggalkan begitu sahaja di atas buku murid di atas meja kayu itu yang mula membara dengan keadaan api semakin memamah meja kayu itu. Pelik. Namun Idris membiarkan sahaja dulu rasa itu berlalu.

Keluar sahaja dari bengkel RBT itu untuk mencari pemadam kabakaran, sayup-sayup dalam hingar-bingar bersama deringan loceng yang belum berhenti pada telinganya, terdengar bunyi orang terbatuk-batuk dengan lemah. Seperti sudah hampir kelemasan dengan asap yang memenuhi ruang itu. Mata Idris terpaku pada pintu bilik air berdekatan Bilik Perpustakaan Multimedia apabila dia menyedari asap yang keluar dari bengkel RBT itu turut masuk ke bilik air tersebut melalui jaring berpetak di bahagian atas.

Langkahnya bertukar arah. Sampai sahaja di depan pintu bilik air itu, bunyi itu berhenti. Tiada lagi bunyi ketukan mahupun batuk. Pintu juga dikunci dari luar. Bermaksud tiada sesiapa di dalam. Namun entah kenapa, suara hatinya menyuruh dia membuka pintu itu lalu memeriksanya.

"Bismillahirrahmanirrahim."

Selak pintu ditarik, pintu ditolak perlahan. Asap yang memenuhi ruang bilik air itu mula keluar melalui pintu pula. Idris menekup hidung dan mulutnya dengan menggunakan baju tshirt nya supaya tidak dimasuki asap. Pandangan dilempar sekilas sehingga lah dia menangkap susuk tubuh isterinya yang tersandar di dinding batu bersebelahan pintu masuk itu.

"Ya Allah sayang!"

"Encik Rahman, tu ada asap!"

"Ya Allah, telefon bomba!"

Enjoy reading sayang-sayang sekalian! Love as always, N <3

Share this novel

EMAacik1974
2023-01-15 22:27:55 

thorrr bila nk update .


NovelPlus Premium

The best ads free experience