Bab 45 : Kalau Betul

Romance Series 403916

'Ab..., awak tak ingat saya?'

Anne duduk sahaja di satu sudut yang menempatkan taman permainan kanak-kanak itu. Terbang kemana janjinya untuk membahasakan Idris dengan panggilan yang paling disukai Idris tatkala melihatkan respon Idris yang tidak mengenalinya langsung.

'Anis kena sabar. Doktor cakap, Idris mengalami Retrograde Amnesia. Retrograde Amnesia ini selalunya menyebabkan pesakit tidak dapat mengingati memori terdekat sebelum berlakunya kejadian atau peristiwa yang menyebabkan amnesia itu.

Sebab itu, Idris tak ingat yang dia berada di London untuk menghadiri latihan. Tak ingat yang sebelum ke London dia sudah pun berkahwin. Tetapi dia ingat ahli keluarga dia.'

Penerangan Bahri itu terlintas semula di fikirannya. Ini semua betul, bukan sekadar helah Idris untuk mempermainkannya. Baru sahaja kasih mula berputik, belum sempat kembang sudah hampir di cantas perasaan mereka berdua.

Kehadiran seseorang yang duduk berdekatan dengannya diperhatikan sahaja dengan ekor mata. Namun tiada niat untuk dia memulakan kata-kata dan berbicara. Anne penat, menahan perasaan.

"Akak, akak jangan macam ni. Selama abang hilang, akak tak jaga pun diri akak baik-baik. Tak makan betul-betul. Ni abang dah hilang ingatan macam ni, mesti akak pun susah hati lagi, kan?" Pujuk Anas.

"Dia tak ingat akak. Suami tak ingat isteri, takkan lah akak boleh happy." Balas Anne perlahan.

"Tadi Anas terdengar yang, kejadian terakhir yang abang ingat ialah kejadian masa dia selamatkan Anas. Tunda motor Anas dalam gelap dari Plaza Tol Gambang sampai ke rumah kita. Anas rasa, tak lama lagi, dia ingatlah tu. Mungkin abang masih dalam keadaan terkejut.

Sebab masa jumpa pun, dia terbaring dekat stesen kereta api bawah tanah. Seminggu dia hilang kak, dengan keadaan cuaca sejuk lagi. Manusia mana boleh bertahan tanpa jadi gila? Hilang ingatan ni pun boleh kita cakap syukur Alhamdulillah. Sekurangnya dia masih hidup, bukan kembali dalam bentuk jenazah kak." Bahu kakaknya itu dipeluk erat, menenangkan kakaknya yang masih tidak dapat menerima kenyataan.

*****

Melihatkan Rokiah yang melangkah masuk, Idris menghela nafas lega. Bunyi derap kaki Rokiah melangkah, hampir sama dengan derap kaki perempuan muda yang dikatakan orang-orang adalah isterinya. Macam mana boleh jadi isteri, kalau dia sendiri tidak pernah ingat pun saat pernikahan mereka.

"5haribulan nanti, Anis kena pergi Kuala Terengganu. Untuk menghadiri sesi interview kerja guru yang dia mohon tu. Nanti Ris izinkan dia pergi ya." Beritahu Rokiah dengan nada yang lembut sebaik sahaja dia duduk di kerusi.

Idris yang sedang makan itu terus sahaja tersedak. Tisu dicapai dan mulutnya di lap dengan cepat.

"Pergi jelah. Kenapa nak kena beritahu Ris? Pelik-pelik je ibu." Balas Idris.

"Memang lah Ris tak ingat, tapi dia masih ingat yang dia tu isteri Ris. Sebab itu, dia mintak ibu sampaikan pada Ris." Terang Rokiah yang di sudut hatinya terselit perasaan kasihan pada Anne.

"Kalau betul dia isteri Ris, kenapa dia tak cakap sendiri? Dia bukan bisu. Gagap sikit-sikit tu adalah. Lepas tu, tak lekang dengan air mata. Hmmm, lemah." Tingkah Idris selamba.

Sekilas, terlintas wajah perempuan itu dimindanya.

"Dia sedih, nak berdepan dengan orang yang kita sayang tanpa dia mengenali kita bukannya mudah Ris. Ibu doakan Ris cepat-cepat ingat Anis semula. Sambung percintaan yang tergendala tu." Jawab Rokiah yang sudah menggeleng kepala mendengar apa yang diucapkan oleh Idris tadi.

"Hmmmm, ibu, esok Ris dah boleh balik kan?" Cepat sahaja dia menukar topik perbualan.

"Ha ah, tapi lepas tu ada rawatan susulan. Kenapa?" Tanya Rokiah pula.

"Tak ada apa-apa. Bosan je duduk sini lama-lama." Sudu dan garfu diletak dengan berhati-hati menandakan dia sudah pun kekenyangan.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-01-27 18:31:10 

mesti sepupu ris yg dr Thai tu begedik semula ..tq update nak lagiiiii

Nur Azlina
2022-01-27 15:37:38 

aaala.....kenapa sikit sngat xpuas baca.


NovelPlus Premium

The best ads free experience