Bab 61 : Next?

Romance Series 406411

"Jadi, tak payah kahwin dengan sesiapa?" Tanya Anne perlahan.

"Tentulah tak. Jangan risau. I'm all yours. Tak perlu kongsi dengan sesiapa. Abang janji akan lebih berhati-hati supaya kejadian macam ni takkan terjadi lagi." Balas Idris dengan yakin.

"Saya minta maaf sebab dah salah faham dengan abang. Disebabkan salah faham tu saya tak balas mesej abang." Anne menuturkan permohonan maafnya, juga dengan nada perlahan kerana masih dibayangi rasa bersalahnya yang sudah berfikir yang bukan-bukan tentang Idris sejak beberapa hari yang lepas.

"Tak ada apa-apa yang sayang kena minta maaf, cuma abang pelik, kenapa ibu maklumkan berita ni sekerat jalan je pada sayang?" Idris sudah berdiri dan berjalan mundar-mandir di dalam bilik itu.

"Mungkin ibu pun tak tahu cerita sebenar?" Tanya Anne.

"Tak lah. Lepas abang balik rumah malam tu abang terus cerita..." Idris berhenti dari berkata-kata.

Seketika kemudian baru dia teringatkan sesuatu. Sewaktu dia balik ke rumah pada malam itu, bukan dia yang mula bercerita. Ibu yang mula bertanyakan hal itu kepadanya. Ibu tahu dari siapa? Tak mungkin Paweena beritahu Khalisah, dan Khalisah beritahu ibu? Mustahil. Melainkan Khalisah mahu dimarahi ibu. Atau ibu juga terlibat sama?

Bagaimana agaknya untuk dia menamatkan hal ini secepat mungkin? Tak tertanggung rasanya untuk dia terus-terusan diuji dengan hal ini. Apatah lagi keselamatan isterinya pula bakal menjadi taruhan. Nampaknya, rancangan keduanya perlu dilaksanakan segera!

"Abang?" Panggil Anne.

"Haaa, ya?"

"Abang okey tak ni?"

"Okey, okey. Tak apalah, nanti abang cakap dengan ibu." Balas Idris.

"Okey." Anne bersandar di kepala katil, memberi ruang untuk dirinya bertenang seketika sebelum dia bersiap untuk mandi.

Untuk jawapan Idris itu pula, kalau itu yang Idris beritahu, tentulah ini bermaksud ada sesuatu yang tidak sepatutnya sampai ke pengetahuan dia buat masa sekarang ini. Tak apalah, tunggu sahaja sehingga Idris benar-benar bersedia. Tentu akan diberitahu juga kisahnya nanti.

"Macam mana sayang boleh tenang je ya? Kenapa tak marahkan orang yang hampir meruntuhkan rumahtangga sayang? Sedangkan abang ni menggigil dah badan menahan marah." Tanya Idris yang melihat Anne masih lagi bertenang.

"Kalau yang nak mengkhianati rumahtangga kita dengan sengaja itu abang, saya tak boleh nak buat apa-apa untuk menghalangnya. Kalau abang yang memilih untuk bersama dengan orang lain secara sukarela, saya marah pun tak akan ada gunanya. Lagi pun, saya pernah baca satu kata-kata ni.

A neurologist claims that every time we resist acting on our anger, we are actually rewiring our brain to be calmer and more loving. Saya percaya yang ketenangan adalah penting untuk diri saya. Kalau orang lain tak boleh berikan ketenangan pada saya, saya yang kena tenangkan diri saya sendiri." Balas Anne perlahan.

Idris tersenyum sendiri mendengarkan jawapan matang dari isterinya.

*****

"Balik sorang je?" Tanya Rokiah melihatkan Idris melangkah masuk berseorangan sahaja ke dalam rumah itu.

"Ha ah sorang je. Anis tu sibuk. Dia kan baru dapat kerja." Balas Idris sambil lewa sambil melabuhkan duduknya pada sofa.

"Macam mana Anis lepas dia tahu tu?" Tanya Rokiah.

"Dia marah." Balas Idris.

"Lepas tu?" Tanya Rokiah lagi.

"Ris balik sana pun dia buat tak tahu je. Bercakap pun tak. Marah lah tu, walaupun dia tak cakap." Balas Idris sambil membuka stokin.

Rokiah mendengus.

"Ingatkan dia baik-baik je. Patut percaya dekat suami yang suami tak bersalah." Balas Rokiah.

"Ibu, kenapa ibu cerita separuh je dekat Anis?" Tanya Idris sambil mengurut belakang lehernya yang mulai terasa tegang.

"Eh mana ada ibu yang nak cerita separuh. Anis tu yang terus letak telefon, ibu tak sempat habis lagi bercakap." Rokiah membela dirinya dari kelihatan teruk di mata Idris disebabkan oleh perbuatannya.

"Hmmm, kenapa ibu tak sabar-sabar nak beritahu Anis? Kan patutnya Ris yang cerita sendiri." Idris kembali bersandar pada sofa itu.

Seketika kemudian, dia berbaring untuk mengurangkan rasa marah yang sedang membuak-buak.

"Ibu bukan apa, sebelum dia tahu dari orang lain, baik ibu beritahu dulu. Itulah, orang ni kita nampak je baik. Tapi belum tentu betul-betul baik. Patutnya dia sokong suami dalam keadaan susah ni. Bukan susahkan lagi suami." Bebel Rokiah.

"Tengok Weena tu. Tak ada pun dia bising apa-apa lepas kejadian tu. Siap minta maaf lagi pada ibu. Macam tu barulah betul perangai yang boleh dijadikan isteri." Sambung Rokiah.

"Tapi dia bukan Muslim." Balas Idris pendek, masih menduga Rokiah.

"Bukan tak boleh diajar. Weena kan cerdik. Lagi pun, cara hidup dia tu dah tak jauh sangat dari cara hidup kita. Perlu rasmikan sahaja keislaman dia." Balas Rokiah yang masih terus-terusan memuji Paweena.

'Hari tu tak suka sangat dengan Weena, kali ni bukan main lagi beria-ia menyokong. Hmmmm...'

"Kahwin dengan sepupu dan saudara dekat, nanti ada risiko dapat anak yang kurang sihat ibu. Islam pun tak galakkan kahwin dengan saudara dekat. Lagi jauh lagi bagus." Balas Idris pendek sambil memejamkan matanya.

Apa motif ibu mengkhianatinya sehingga ke tahap ini?

*****

"Kalau mengantuk, pergilah tidur dulu sekejap sementara belum masuk waktu Zuhur ni Anis." Melihatkan Anis tersengguk-sengguk di meja makan itu sewaktu membantunya memotong sayur untuk lauk tengahari mereka.

Memandangkan hanya dia yang ada di rumah setelah Aneesa pulang ke rumahnya sendiri di Kuala Lumpur, Anis lah banyak membantu Fauziah menyelesaikan kerja-kerja rumah pada hari cuti hujung minggu begini. Kadangkala Anas dan Anif balik ke rumah, namun mereka berdua akan membantu Arshad mengemas laman atau mencuci longkang sekitar rumah.

"Kak, ada tetamu dekat luar." Maklum Anas yang tiba-tiba berlari ke dapur.

"Siapa?" Tanya Anne dengan pandangan matanya yang masih kuyu itu, mengantuk oiii!

"Errr, Abang Azlan." Beritahu Anas.

"Hah? Tebiat apa nak datang rumah kita lagi?" Hilang sudah mengantuknya mendengarkan berita yang dibawa oleh Anas.

"Entah. Tapi dia cakap, dia ada berita penting nak beritahu akak. Macam mana kak?" Anas menggaru kepalanya pula, susah berdepan dengan situasi yang kekok begini.

"Suruh jelah dia balik. Karang isteri dia datang, satu hal pulak nak menghadap jerit pekik dia." Beritahu Anne.

Anas dan Fauziah mengangguk.

"Betul apa yang Kak Anis cakap tu. Suruh ayah cakap dengan dia, balik. Jangan datang jejak kaki ke sini lagi dah." Sampuk Fauziah.

"Okey mak." Anas mengatur langkah keluar mendapatkan Azlan.

"Sorry abang. Kakak tak nak jumpa lah. Abang balik lah dulu eh." Beritahu Anas.

Arshad menganggukkan kepalanya.

"Haaa, kau pun dah dengar tu kan. Anis tak nak jumpa kau. Kau tu laki orang. Pergi balik. Datang nak jumpa anak aku buat apa lagi?" Arshad menghamburkan marahnya.

"Tak ayah. Saya datang nak selamatkan Anne dari suami dia. Anne dalam bahaya. Ayah ingat suami dia tu baik sangat ke? Suami dia pernah kena tangkap basah ayah.

Anne, Anne, keluar sekarang. Bagi lah peluang untuk Lan nak cerita tentang suami Anne. Dia bukan orang yang baik. Dia menipu Anne. Dia ada orang lain. Dia nak ambil kesempatan je pada Anne yang lurus ni. Banyak lagi kejahatan dia yang tersorok. Lan ada bukti.

Anne!

Keluarlah!" Azlan terus-terusan menjerit, memujuk dengan pelbagai gaya agar Anne mahu keluar berjumpanya.

Dengan situasi sebegitu, tentulah Anne mengalah dan akhirnya melangkah keluar untuk bertemu mata dengan tetamu yang tidak diundang itu.

"Azlan, kau balik lah. Tak cukup lagi ke kau dah malukan aku? Ni kau nak malukan aku lagi?"

"Tak Anne, Lan sayang Anne. Lan tak nak hidup Anne sia-sia dengan jantan tak guna tu. Please Anne, masih belum terlambat untuk Anne lepaskan diri dari ikatan yang tak bermanfaat ni." Azlan sudah terduduk melutut di hadapan rumah Anne itu.

Anne menggeleng kepalanya sambil mengetap bibir. Kenapalah Azlan ni adalah manusia yang susah nak faham bahasa? Ada banyak lagi benda lain yang bermanfaat yang boleh dilakukan pada hujung minggu begini dari melayan kegilaan Azlan.

"Kalau tak nak balik, melutut lah dekat situ sampai esok." Balas Anne sambil memusingkan badannya untuk masuk ke dalam rumah.

"Anne tahu tak esok majlis nikah suami Anne?"

Pertanyaan Azlan membuatkan langkah Anne terhenti. Pandangan matanya terasa berpinar sebelum gelap sepenuhnya dan akhirnya dia rebah tanpa sempat disambut sesiapa.

N minta maaf sebab lama tak update. Sejak beberapa hari yang lepas ni tekanan darah N rendah sangat-sangat. 70/54 80/57 78/56 Tak tahu apa puncanya. Hanya mampu baring je sambil pejamkan mata sebab kepala berpusing teruk. Muntah jangan cakap lah. Makan pun tak ada selera. Pergi hospital memang tak dapat kesan lagi apa puncanya. Mungkin nak ikhtiar melalui rawatan alternatif. N minta maaf kepada pembaca yang menunggu. Teruji betul kesihatan kali ni. Tak putus-putus dari satu isu ke isu yang lain. Terima kasih sebab masih sudi setia follow N. Kepada pembaca baru, terima kasih juga sudi klik untuk follow profile N. Enjoy reading! :) Nest episode Kita rungkaikan satu-satu. Love, N

Share this novel

Ella Halim
2022-03-14 12:31:32 

N dah sihat ke.xada kesinambungan ke novel ni

Ella Halim
2022-03-02 16:51:28 

semoga N cepat sembuh dan allah permudahkan segalanya

Hawani Hashim66
2022-02-24 17:00:28 

semoga N di beri kesembuhan dan sihat ceria berbahagia aamiin .


NovelPlus Premium

The best ads free experience