"Mana lah Weena ada duit."
Paweena yang sedang berbaring di katil pemeriksaan untuk pesakit itu mengeluh kemudian merenung siling. Apakah ini karma buat dia yang sudah membuat pelbagai jenis kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup dengan menjadikan Idris galang gantinya?
Jika ditanya, ya dia lelah dengan semua ini namun memikirkan perasan ibunya yang merupakan ibu tunggal yang sudah bertungkus-lumus membesarkannya, dia mengikut sahaja. Namun tiada sekelumit pun perasaan pada Idris melainkan hanya sebagai saudara dan sepupu sahaja. Apatah lagi mereka berbeza agama.
"Duit yang akak bagi bulan lepas?" Tanya Khalisah garang.
"Dah habis. Beli beg LV." Selamba sahaja dia membalas.
"Tapi Azlan urgent nak balik duit yang dia dah habiskan untuk kes di London. Dia cakap, dia perlukan duit tu sebab dia dah bercerai dengan isteri dia. Dah kena buang dari jawatan dia dalam syarikat bapak mentua dia tu. Tak tahan lah kena kacau kak. Akak bayarkan lah cepat. Malas dah Weena nak ada kaitan dengan dia." Sambung Paweena.
"Mak Weena mana? Untung kongsi sama-sama, bila rugi akak kena tanggung sorang. Banyak cantik!" Bebel Khalisah.
Tersilap langkahnya untuk berpakat dengan Paweena serta ibunya. Untung yang dicari, rugi pula yang datang menyerah diri. Biar Paweena berputus asa, yang nyata klinik milik papa Idris perlu menjadi hak miliknya setelah sekian lama dia berpenat lelah mengurus dan memberi untung berlipat kali ganda.
"Akak jangan lupa, selama ni berapa lama akak dah untung dari klinik tu. Rumah besar akak, kereta besar akak, siapa yang bayarkan? Literally, Idris yang bayarkan sebab akak senyap-senyap dah songlap duit untung klinik.
Bukan tak ada bukti tau. Lebih baik akak cepat-cepat bayarkan duit Azlan tu sebelum dia pergi ceritakan apa yang berlaku dekat Idris. Kita semua tahu perangai Idris macam mana. Kalau dia dah marah, tak ada orang boleh selamat. Dah lah, Weena nak pergi makan. Pandai-pandai lah akak handle Azlan. Ciao!"
Beg tangannya dari kerusi diambil lalu dengan selamba sahaja Paweena keluar. Hatinya mendongkol geram dengan tuduhan Khalisah tentang kononnya keuntungan mereka dinikmati bersama. Walhal sebelum mereka berpakat untuk melaksanakan idea gila Khalisah lagi, Khalisah sudah pun menikmati hasil keuntungan klinik itu.
"Idris mana?" Bibah memanjangkan lehernya mencari kelibat suami sahabatnya itu.
Bukan apa, segan pula kalau sedang seronok membawang dan bergosip, Idris tiba-tiba muncul. Jatuh lah imej dan reputasinya sebagai satu-satunya perempuan Melayu yang sopan lagi santun di kampung itu.
"Kerja." Jawab Anis sepatah.
"Oh ya? Kat mana?" Tanya Bibah lagi.
"Dekat Merpati Delivery, kot?" Balas Anis lagi.
"Kot? Dah kenapa kot pulak?" Sempat Bibah membebel sebelum mulutnya ditutup oleh Anis.
"Banyak sangat lah kau ni tanya. Penat aku nak jawab." Dalih Anis.
Sedangkan hakikat sebenarnya, sejak kejadian Idris menyelamatkan dirinya dari kebakaran di sekolah, sikap Idris sudah berubah terus. Tiada lagi apa-apa usikan. Tiada lagi senyuman manis. Hanya wajah tegang, kadangkala wajah tiada perasaan yang di tayang oleh Idris. Sedangkan Anis setelah kejadian tersebut, menyimpan harapan untuk kembali berbaik dengan suaminya itu.
"Eh panjang umur laki kau. Tu dah sampai dah."
Lengkap berpakaian seragam Merpati Delivery, Idris tiba dengan menunggang motosikalnya. Sebaik motor diletakkan bersebelahan dengan tempat buai Anis, Idris menegur Bibah dengan mesra.
"Lama tak nampak sejak kerja ni." Komen Bibah.
"Ha itulah. Sibuk. Sebab kerja shift kan. Macam dulu-dulu lah. Tapi dulu selamatkan orang. Sekarang selamatkan mood orang. Barang sampai cepat, orang suka." Idris tergelak dengan kata-katanya sendiri.
Disambut pula oleh gelak tawa Bibah, bergabung bersama. Meletupkan perasaan Anis yang seolah tidak dipedulikan kehadirannya di situ. Anis menahan rasa. Sebal yang bertandang menimbulkan sebak, juga rasa malu dilayan seolah tidak wujud begitu.
"Err, aku masuk rumah sekejap ambilkan air untuk kau minum." Anis memberi alasan untuk pergi dari situ.
Idris hanya melirik langkah Anis yang lambat-lambat itu dengan ekor matanya. Kalau dulu mata dia tentunya bersinar melihatkan kelibat Anis, setelah konflik yang menimpa, dia mula sedar siapa dirinya. Buat apalah kita terus berharap pada yang tak suka, kan?
Air mata yang meleleh, Anis lap kan sahaja dengan lengan baju yang dipakai. Sampai hati Idris, membuatkan dia terhegeh-hegeh sendiri. Macam mana nak berbaik, kalau Idris menutup sepenuhnya jalan untuk mereka berbaik. Aduhai, pening memikirkan cara bila segala usahanya menemui jalan buntu.
"Hoiii melamun!"
Serentak itu, satu tepukan singgah di bahu Anis yang sedang merenung jauh ke dasar sinki.
"Cepatlah, aku dah nak balik ni, tapi air tak siap-siap lagi," Bibah sudah memanjangkan tangannya mengambil segelas air sirap dicampurkan dengan biji selasih.
"Orang perempuan ni, bila dicintai dan dijaga oleh lelaki yang betul, dia akan glow. Orang lelaki pula, bila bertemu dengan perempuan yang betul, dia akan berjaya. Tak semestinya dari sudut material atau harta, boleh jadi dari segi akhlaknya.
Aku tengok, kau dengan Idris dah sama-sama tepat untuk diri masing-masing. Tapi tak kemana, nak tahu tak sebab apa? Sebab masing-masing keras kepala. Ego. Aku tak tahulah Nis, apa nasib anak korang nanti bila dapat mak ayah yang dua-duanya mementingkan diri.
Bercakap tak nak, berbincang tidak. Bila masalah nak selesai? Bila perang dingin ni nak berakhir? Aku merayu sangat, tolong lah duduk berdua berdepan, berbincang. Kalau pun korang tak fikirkan diri sendiri, fikirlah tentang anak. Tentang mak ayah. Kalau nak selesai, selesaikan. Kalau nak teruskan, bercakap.
Bukan berperang. Korang laki bini. Bukan musuh. Dah, aku nak balik. Terima kasih untuk sirap selasih diwaktu-waktu panas macam ni."
Gelas sirap tersebut diletakkan di dalam sinki, manakala pandangan Anis dan Idris yang sama-sama bertemu itu akhirnya jatuh memandang lantai. Pedas, tapi ada betulnya apa yang Bibah ceramahkan tadi.
"Air,"
Segelas sirap diletakkan di atas meja. Anis mengalah, dan memilih untuk memulakan sapaan terlebih dahulu.
"Saya nak mandi,"
Idris berlalu ke bilik tidur. Anis melepaskan keluhan panjang. Masih belum berjaya.
"Tak apalah, nanti-nanti cuba lagi."
Lots of love, N
Share this novel
Setia menanti episod seterusnya.. Moga sis terus kuat n sihat.. Update lg sis pliss.. Best crita ni.. Tq
Author tak nak sambung cite ni ke..walauoun dah lama cite ni tak update tp masih ingt lg jln cite ni..
lama x update sis