Bab 37 : Mimpi

Romance Series 406411

"Astaghfirullah hal 'azim. Anne, kau mimpi je rupanya. Gila betul entah apa-apa je mimpi." Sebaik sahaja terjaga dari tidurnya, sempat Anne membebel sebelum dia meraup wajahnya dengan kedua tangan.

Heeeee, seram betul mimpi pun. Selimut diselak. Dalam keadaan gelap bilik yang belum dibuka lampunya, Anne capai sahaja tuala di tempat biasa lalu disangkut ke bahu. Kemudian, dia melangkah ke almari baju. Mencari baju untuk dibawa bersama ke bilik air.

"Sekarang dah pukul berapa ni?" Mendengarkan suara itu, Anne terperanjat.

Baju yang dipegangnya terjatuh betul-betul di atas kaki. Anne masih terkebil-kebil di dalam gelap itu. Sehingga terdengar bunyi tapak kaki bergesel dengan lantai. Seketika kemudian, bunyi suis dipetik pula singgah di pendengaran.

Lampu bernyala, menerangi seluruh bilik. Idris pula sedang berdiri betul-betul menghadapnya. Idris? Idris ada dalam bilik ini? Kenapa? Macam mana? Bila? Bagaimana? Mata Anne pula menyoroti katilnya. Idris, tidur atas katil itu malam tadi?

Arghhh, fikirannya pun sudah mengarut. Bagaimana Idris boleh masuk ke bilik ini? Tuala ditarik menutupi rambutnya yang terdedah. Pintu bilik yang dihadang oleh Idris dipandang lama. Kalau tolak Idris dan terus lari, sempat ke untuk dia keluar dari bilik ini?

"Makkkkkk..." Jerit Anne secara tiba-tiba.

Idris yang panik terus terus sahaja mendekati dan menutup mulut Anne dengan menggunakan tapak tangan kanannya.

"Jangan lah jerit. Nanti orang terperanjat pagi-pagi macam ni. Jangan nak cakap benda cliché yang awak terperanjat sebab awak lupa kita dah kahwin semalam." Tutur Idris dalam keadaan mereka berdua rapat begitu.

Jadi, itu bukan mimpi? Jam dinding dilihat oleh mereka berdua serentak. Baru pukul 3.30 pagi. Waktu biasa untuk Anne memulakan kerjanya membuat kuih.

"Kenapa bangun awal-awal pagi macam ni?" Tanya Idris yang sebelah kiri pula terus sahaja menutup mulutnya pula yang menguap.

Anne mencebik. Tangannya pantas merungkai tangan Idris dari terus-terusan menutup mulutnya. Sempat dia berdebar walaupun ini bukan lagi kali pertama dia bersentuhan dengan lelaki yang tiba-tiba sahaja menjadi suaminya.

"Saya kan kena buat kuih. Memang selalu bangun waktu ni." Jawab Anne.

Dia tunduk mengutip baju dan tuala.

"Tapi bukan ke hari ni cuti? Saya kan nak pergi London hari ni. Awak jadi hantar saya, kan?" Tanya Idris pula.

"Hah? Hmmmm, betul jugak tu. Sorry, saya terlupa sebab panik sangat tadi."

Ya Allah, betul ke ni aku yang bercakap? Kenapa terlalu sopan ni? Betul ke aku dah kahwin?

"Kita, sambung tidur dulu?" Tanya Idris setelah dia berdehem beberapa kali.

"Errr, saya nak keluar pergi bilik air dulu." Anne memberi alasan, gugup melihatkan betapa redupnya pandangan mata Idris.

Senyumannya juga kelihatan lebih manis. Berbeza dari waktu mereka berstatus tunang. Macam ini rasanya bila mula bercinta secara halal?

'Anne, tolong lah jangan nampak gedik sangat.' Bisik hatinya.

Anne memegang tombol pintu bilik, belum sempat dipulas tombol itu tangan Idris sudah memegang tangannya.

"Saya teman ya." Sekali lagi, Idris tersenyum manis.

Ya Allah, selamatkan jantung aku!

"Okey."

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

norsila
2022-01-19 01:37:13 

hahaha Alhmdulillah dah slmt ..huuu

Hawani Hashim66
2022-01-18 23:39:45 

hahaha....kalako Anis ni ...


NovelPlus Premium

The best ads free experience