Bab 43 : Hilang

Romance Series 403916

"Abang Idris hilang."

Anne terduduk di kedai Bibah itu sebaik sahaja mendengar berita yang dibawa oleh Anas. Terasa hilang separuh nyawanya.

"Kau balik dulu Nis, kedai ni aku uruskan. Kau balik tunggu berita dekat rumah." Belakangnya diurut oleh Bibah perlahan.

Air mata Anne sudah menitik, membasahi belakang tangannya. Cepat-cepat sahaja dia lap dengan hujung tudung bawal.

"Bibah, aku..."

"Tak apa, aku faham."

"Terima kasih Bah." Dengan tangan yang menggigil itu, sempat dia peluk Bibah erat.

Sebaik sahaja pelukan dileraikan, Anne masih terpinga-pinga akan apa yang perlu dilakukannya sekarang ini.

"Kak, kita balik. Anas dah ambik beg akak." Tangan kanan Anne dipaut sahaja supaya menuruti langkahnya balik.

Anas faham, kakaknya itu sedang kebingungan mendengarkan berita ini memandangkan setiap hari dia menerima panggilan video dari Idris. Malah, malam tadi juga mereka sempat bersembang lagi. Rutin Anne sebelum dia tidur.

"Akak jangan risau, walaupun belum cukup 24 jam abang hilang, kawan abang cakap mereka dah mula cari abang." Anas cuba menenangkan kakaknya.

"Macam mana dia boleh hilang?" Tanya Anne dengan suara yang bergetar.

"Lepas habis latihan semalam, abang cakap nak pergi cari barang sikit. Tapi sebab kawan-kawan yang lain penat, abang pergi sendiri. Lepas tu, dia tak balik-balik. Call pun tak dapat." Balas Anas.

Anne mengetap bibirnya. Patutlah tiada mesej yang diterima dari Idris tatkala dia bangun dari tidur hari ini. Fikirnya Idris sedang tidur dan berehat, memandangkan latihan untuk hari tersebut agak lah mencabar serta menguji kekuatan fizikalnya.

Itu yang diceritakan oleh Idris sewaktu mereka membuat panggilan video sebelum dia tidur malam tadi. Tapi hari ini, Idris dah hilang?

Setibanya dirumah, Bahri berserta beberapa orang lain yang mungkin merupakan pegawai atasan Idris sedang bercakap-cakap bersama Arshad. Melihatkan riak wajah mereka semua yang terus sahaja memandangnya sebaik sahaja dia tiba, faham lah Anne bahawa kejadian yang menimpa Idris bukan lah kehilangan yang biasa-biasa.

"Kami turut berduka mendengarkan khabar kehilangan Pegawai Bomba Kanan 1 Naail Idris. Namun pihak kami sudah pun..."

Kata-kata itu tidak lagi masuk ke telinga Anne. Pandangannya juga semakin gelap, dan perkara terakhir yang diingatinya hanyalah kepalanya yang sakit terhantuk benda keras.

'Abang, saya mimpi je ni, kan? Abang kan dah nak balik minggu depan? Abang nak prank saya je kan?'

Matanya dipejamkan sahaja.

*****

"Ibu kena pergi sana kak long, menantu ibu dekat sana entah macam mana keadaannya lepas dapat berita ni. Ibu dengan abah akan duduk sana sampai Idris ditemui. Ya Allah, selamatkan lah anak aku ya Allah." Bagasinya dihulur kepada Rahimi yang sudah pun bersedia untuk mengangkatnya untuk dimasukkan ke bonet kereta.

"Patut menantu ibu tu yang datang sini. Bukan ibu..."

"Khalisah, kalau tak ada benda yang baik untuk awak cakap, lebih baik awak jangan bercakap dan buatkan hati ibu dengan abah makin risau. Doakan semoga Idris tu cepat dijumpai." Potong Fadli.

Isterinya ini tidak pandai melihat masa untuk berbahas dengan Rokiah. Walaupun Idris bukan anak kandung Rokiah, namun tentulah dia merasa bertanggungjawab memandangkan dia yang menjaga Idris sejak dari kecil.

Khalisah hanya mencebik geram mendengarkan teguran suaminya itu. Namun, sebenarnya dengan pemergian Rokiah ke Kuantan dan kehilangan Idris ini, sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan lagi urusannya untuk mendapatkan klinik yang ditinggalkan oleh papa Idris itu menjadi hak milik mutlaknya.

Penat-penat dia menguruskan, takkan Idris hanya menunggu menerima habuannya sahaja. Sungguh tidak adil begitu. Sedang dia setiap malam tidur lambat dan tidak cukup rehat memikirkan soal pengurusan klinik itu.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-01-25 16:24:38 

sedih keluarga sendiri berhasad dengki dan busuk hati


NovelPlus Premium

The best ads free experience