Bab 76: Suami Penyelamat Akhirat

Romance Series 403934

"Bib, kau selalu tanya aku, kenapa aku macam tak boleh terima Idris lepas apa yang aku tahu tentang diri dia. Kau tahu tak Bib, aku ada terbaca yang bagi seorang wanita tu kan, memilih suami itu adalah memilih akhiratnya. Kalau macam tu suami aku, aku dah tahu lah pengakhiran serta akhirat aku dan anak-anak nanti macam mana."

Semenjak dia sudah kuat berjalan menggunakan tongkat sendirian, Anis kerap mengambil angin di luar rumah. Baru-baru ini, Idris belikan satu set buaian besi berbumbung dan diletakkan berdekatan taman herba ayahnya. Menjadikan tempat itu tempat lepak utamanya di setiap petang hari.

Bibah tersenyum seraya menggelengkan kepalanya.

"Dan kau kena tahu juga Nis, yang bagi seorang lelaki tu memilih seorang wanita menjadi isterinya adalah memilih madrasah atau pusat didikan yang akan mencorakkan pemikiran dan sifat bagi anak-anak kepada lelaki itu sendiri Nis. Kau terlalu yakin memandang buruk Idris. Kau ingat, perangai kau semua bagus?

Ni, asyik dok bersangka buruk dengan suami. Didik pulak anak dalam perut tu sifat berburuk sangka pada ayahnya sendiri. Kau tahu tak, sebab tu lah ada pendapat yang menyatakan tak perlu kita ceritakan kisah silam kita pada orang walaupun pada pasangan yang akan kita nikahi. Sebab ni lah. Manusia mudah berburuk sangka.

Dah tu, macam mana Idris nak konsisten berbuat baik dan berubah ke arah kebaikan kalau orang terdekat dia pun menghakimi dia yang dah berubah. Untuk masa sekarang, kalau kau nak tuntut cerai dengan Idris pun tak ada sebab yang kukuh. Nafkah kau dia bagi. Kau sakit dia jaga.

Dia tak ada pukul-pukul kau pun. Entah lah Nis, aku ni boleh cakap je. Yang buat keputusan, tetaplah kau. Kalau betul tak nak, bebaskan aje Idris tu cepat-cepat. Jangan dok main tarik tali. Ramai lagi yang boleh terima dia seadanya. Okey lah, aku nak balik dah. Takut pulak karang ceramah aku terlebih panjang.

Apa pun, fikir lah baik-baik. Tak rugi tersalah maafkan orang buat kali pertama. Kalau kali kedua dia jahat lagi, jangan kata kau, aku sendiri yang akan jadi orang pertama isytiharkan perang dengan Idris tu."

Seliparnya di sarung ke kaki lalu dia turun dari buaian itu perlahan meninggalkan Anis bersendirian.

"Degil betul lah kawan seorang ni. Dia tak tahu agaknya anak Mak Cik Zah tu dok mengusha laki dia." Omel Bibah dalam perjalanan balik ke rumahnya itu.

"Eh yang semua kalut-kalut ni nak kemana?" Tanya Cikgu Hanizah melihatkan rakan seperjuangan masing-masing kalut mengemaskan meja sebelum semuanya bergerak ke arah Bilik Mesyuarat yang terletak di aras yang sama.

"Hari ni kan hari Khamis kak. Hari mesyuarat sedunia bagi sekolah kita." Balas Anis sambil mengusik Hanizah.

"Ya Allah Subhanallah, akak lupa! Nasib baik akak tak terus balik tadi. Tunggu akak Nis. Akak ambil pen dan buku catatan sekejap."

Hanizah bergegas ke mejanya semula lalu buku yang sentiasa menjadi peneman tatkala dia perlu menghadiri apa-apa mesyuarat dicapai.

"Hari ni kita meeting apa ni Nis? Akak langsung tak prepare apa-apa. Buatnya GPK 1 kita tanya minit mesyuarat minggu lepas tu, pengsan akak. Akak tak sempat nak siapkan lagi."

Kelam kabut Hanizah menyaingi langkah Anis yang tidak lah laju mana pun sebenarnya.

"Jangan risau kak. Hari ni meeting untuk bahagian Hal Ehwal Murid (HEM). Katanya hari Rabu depan kita akan ada latihan kebakaran. Tapi maklumat terperinci tu akan diberitahu oleh Encik Rahman." Balas Anis berserta dengan satu senyuman.

"Kusss semangat. Nasib baik bukan hal Kurikulum. Boleh koma akak kalau meeting pasal Kurikulum hari ni. Dah lah Puan Atikah tu jenis banyak soalannya kalau kita tak siapkan kerja. I takut!"

Dadanya diurut perlahan menunjukkan tanda lega.

"Eh kamu dah beritahu suami kamu ke hari ni ada meeting? Karang dia tunggu lama pulak."

Pertanyaan dari Hanizah itu dibalas dengan anggukan perlahan sahaja. Kerana faktanya, dia tidak memaklumkan apa-apa pada Idris. Ah, biarlah dia tunggu! Pandai-pandai lah dia faham sendiri nanti.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kita mulakan majlis mesyuarat dengan ummul kitab Al-Fatihah."

Sebaik sahaja semua selesai membaca Al-Fatihah, Encik Rahman terus sahaja memulakan mesyuarat.

"Pertama sekali saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada yang berusaha Puan Guru Besar, barisan guru penolong kanan serta guru-guru yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat yang saya jamin akan berlangsung sekejapppppp sahaja.

Saya pun tak nak cakap banyak-banyak. Perut dah berbunyi ni. Kena pulak tadi isteri mesej beritahu hari ni dia masak menu istimewa. Almaklumlah, hari ni kan 25hb."

Bilik mesyuarat gegak gempita dengan gelak ketawa semua guru. Mana tidaknya, semua memahami maksud tersirat yang terkandung dalam bait kata Encik Rahman sebentar tadi. Suami baru sahaja menerima gaji, isteri juga tentu tak sabar mahukan nafkahnya untuk membeli apa-apa yang diingini.

"Untuk pengetahuan cikgu-cikgu semua, pada hari Rabu minggu hadapan, kita akan melaksanakan Latihan Kebakaran secara dalaman. Secara dalaman itu bermaksud, tiada penglibatan pihak bomba lagi lah. Maksudnya, ini semata-mata untuk warga sekolah kita.

Jadi, saya memohon jasa baik guru-guru kelas semua untuk mengambil kehadiran seawal yang mungkin pagi tu. Sebab untuk latihan kebakaran, kita kena ada kiraan yang tepat untuk jumlah murid yang hadir supaya tiada kemalangan jiwa berlaku sekiranya betul-betul berlaku kebakaran.

Saya kira cikgu-cikgu semua dah tahu yang pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah menetapkan supaya kehadiran murid dikemaskini sebelum pukul 10 pagi setiap hari. Saya pula dah tetapkan semua guru kelas mesti kemaskini kehadiran murid dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sebelum pukul 9 pagi.

Saya harap semua cikgu boleh patuh ya demi melancarkan urusan semua pihak yang terlibat. Setakat ini ada apa-apa soalan?" Tanya Encik Rahman sambil melemparkan pandangan kearah semua guru yang ada di dalam Bilik Mesyuarat itu.

"Kena berlari betul-betul ke nanti Cikgu Rahman?" Soal Ustaz Fakhruddin.

Encik Rahman mengangguk lalu bersuara.

"Kena lah ustaz. Walaupun dinamakan sebagai latihan, kita kena anggap ini sebagai kejadian yang betul. Supaya kita dapat bertindak mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan demi menjamin keselamatan nyawa semua warga sekolah."

"Hari Rabu nanti latihan secara dalaman ya Encik Rahman? Maksudnya tak ada pameran dari pihak bomba ke tahun ni?" Tanya Cikgu Hanizah ingin tahu.

"Eh mestilah ada. Pameran, ceramah serta demonstrasi memadam kebakaran akan diadakan pada hari Jumaat berikutnya insya Allah. Ahli Jawatankuasa 3K sekolah boleh siapkan tempat untuk pihak bomba datang susun bahan pameran nanti di dewan ya.

Tidak dilupakan juga, sijil jalinan kerjasama dengan pihak bomba, sedikit cenderahati serta jamuan untuk anggota yang terlibat. Untuk bilangan yang tepat, saya akan maklumkan nanti dalam group Telegram rasmi sekolah kita. Ada soalan lain lagi ke sebelum kita bersurai?"

Cikgu Suhaila mengangkat tangannya.

"Encik Rahman, hari Rabu tu saya cuti sebab nak bawa emak saya ke hospital bagi ujian darah. Kelas saya, siapa yang akan uruskan pada hari tersebut?"

"Jangan risau cikgu. Guru bantu yang akan ambil alih dan bantu uruskan murid kelas cikgu. Ada soalan lagi?"

Masing-masing menggeleng kepala.

"...kalau macam tu kita bersurai sekarang ya. Terima kasih banyak-banyak untuk kerjasama yang cikgu-cikgu berikan. Semoga latihan kebakaran sekolah kita tu akan berjalan dengan lancar. Jangan maklumkan pada murid ya. Nanti mereka tak anggap serius hal ini sedangkan kita nak tengok respon dan tindakan pantas warga skeolah sekiranya loceng kebakaran dibunyikan."

Semua mengangguk sebelum mesyuarat hari itu ditamatkan dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Dibawah sana, Idris sedang menunggu dengan penuh sabar. Melihatkan deretan guru berjalan kearah Bilik Mesyuarat tadi, fahamlah dia bahawa semua guru terlibat dengan mesyuarat sebelum mereka boleh balik. Walaupun Anis tidak memaklumkan apa-apa kepadanya.

Enjoy reading! Love as always, N <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience