Bab 9 : Cakap Cepat

Romance Series 403910

"Adehhh, sakit!" Anas menggosok telinganya yang dijentik oleh Anne.

"Padan muka kau. Siapa suruh kau pandai-pandai bagi orang lelaki tumpang bilik aku?" Tanya Anne.

"Lahhhh, jentik lah telinga mak dengan ayah. Dorang yang izinkan. Orang ikut cakap mak ayah je. Takkan nak bagi orang yang tolong kita tidur je mana-mana." Perit telinganya masih terasa.

Faham benar kakaknya yang ini pantang berkongsi. Entah peel siapa yang diwarisinya. Barang dia janganlah ada yang sentuh. Merana hidup nanti.

"Tapi tu kan kawan kau. Ajak lah tidur dengan kau." Balas Anne dengan nada yang geram.

"Itu bukan sekadar kawan. Itu penyelamat orang. Dia nak tidur mana nanti kak? Orang kan kongsi bilik dengan Anif. Sempit. Pastu kau tahu jelah Anif tu tidur macam mana. Nanti ada yang kena terajang dalam tidur." Terang Anas.

"Eeeeiiii, dah lain dah bau bilik aku. Aku tak suka. Bilik aku dah bau jantan. Pelik. Tak suka, tak suka, tak suka!" Bebel Anne lagi.

"Allah, nanti lah orang beli Febreeze tu segelen. Sembur lah sampai hilang bau jantan tu. Tapi kan kak, jantan bukan sebarang jantan. Jantan tu encem kak. Nak orang tolong?" Anas sudah terkekeh gelaknya.

Faham sangat dengan perangai kakaknya yang pantang juga bila diungkit pasal lelaki, sejak dia dikecewakan oleh Azlan. Anne hanya menunjukkan penumbuknya. Anas menyambung gelaknya lagi.

*****

"Tak boleh nak panjang lagi muncung tu ha?" Tegur Arshad.

"Bilik Anis tu katanya dah tercemar dah ayah. Mana boleh tak muncung!" Balas Aneesa bagi pihak adiknya.

"Mana dapat lah perangai kedekut ni. Ayah tak pernah ajar anak-anak kedekut macam ni." Kopiah diatas kepala, dilipat dan dimasukkan ke dalam kocek Baju Melayu.

Sebaik sahaja dia duduk, Aneesa meletakkan secawan teh di hadapan Arshad. Menu sarapan mereka pagi itu ialah nasi goreng cili tampal, dihidangkan bersama keropok ikan dan beberapa jenis kuih yang dibawa pulang oleh Arshad.

"Ni bukan soal kedekut ayah. Soalnya, mana boleh kongsi bilik lelaki perempuan. Entah apa dia selongkar dalam bilik Anis tu. Entah apa-apa dia nampak." Bebel Anne.

"Tak ada dia selongkar apa-apa pun. Pintu pun dia tak pernah tutup selama dia ada dekat sini. Jangan berkira sangat Anis, dia dah tolong Anas, dalam lebat hujan tu ha tunda motor Anas sampai kerumah. Tengah-tengah malam orang dah tidur tu." Terang Arshad.

Anne mencebik lagi. Apabila melibatkan soal perkongsian, entah kenapa hilang kewarasannya.

"Kak Neesa kan dah tukarkan cadar dengan sarung bantal tu. Tak ada apa-apa kesan lelaki itu lagi dah." Sambung Aneesa pula.

"Apa tak ada? Ada je. Tu dekat bantal tu, lekat bau perfume dia. Bau jantan, tau kak!" Gumam Anne lagi, mempertahankan diri.

"Allah, okey lah tu bau perfume. Kalau bau busuk, bau air liur basi, yelah boleh marah-marah." Balas Aneesa lagi.

"Entah kecoh je Kak Anis. Dulu-dulu tu Azlan datang tidur rumah kita, boleh pulak secara sukarelanya bagi je dia guna bilik tu sebab nak bagi dia selesa." Anas terus sahaja menyuap lagi nasi goreng itu, tanpa menyedari dia telah menarik picu bom kemarahan diri Anne dan berkemungkinan tak lama lagi bakal meletup.

Anne terdiam. Apabila nama Azlan diungkit, secara tiba-tiba perasaan sebak bertandang. Sebelum bertemu dengan Azlan semula, bila Anas bergurau begini, dia pasti akan membalas dengan garangnya.

Tetapi kali ini, dia terasa sedih. Tanpa sebarang kata, Anne menolak kerusi ke belakang perlahan. Dia terus sahaja berdiri dan terus melangkah masuk ke bilik tidurnya. Sebiji bantal dipeluk. Berjuraian air mata mengalir di pipinya.

Azlan...
Azlan, kenapa kau tinggal je aku macam aku ni sampah dan tak ada harga?

Empat tahun yang lalu, Azlan tanpa sebarang perasaan bersalah datang berjumpa Anne di hostel, menghulurkan RM5000.00 di dalam satu sampul surat berwarna coklat. Bayaran untuk menggantikan semula duit Anne yang digunakan untuk membayar yurannya dan memulakan perniagaan kecil-kecilan. Duit itu pula hasil dari Anne jualkan kancil kesayangannya.

Tidak lain tidak bukan semata-mata untuk menyokong Azlan yang ketika itu mahu memulakan perniagaan mencetak baju sendiri ketika mereka di tahun kedua pengajian. Segalanya berjalan dengan lancar. Untung juga lumayan.

Namun siapa sangka, perniagaan yang sepatutnya menyatukan mereka, menjadi sebab untuk perpisahan mereka yang memberikan Anne sedalam-dalam luka. Anne menarik nafas dalam-dalam. Melepaskan rasa sesak di dada. Mata dipejamkan. Sebiji bantal dipeluk erat.

"Anneeeeeeeeeee!" Bantal yang dipeluk Anne terlepas dari pelukan.

Baru sahaja mahu melayan mood syahdu, datang sudah pemilik suara yang termerdu ini menceriakan suasana.

"Apa baring-baring ni. Bangunlah. Amboi, balik sikit pun tak beritahu aku kan? Nasib baik Pak Chad singgah kedai, sempat aku membawang se episod dua. Kau balik sampai bila ni Anne?" Tanya Habibah yang lebih sering dipanggil Bibah oleh rakan-rakannya.

"Aduhai, kau sempat je nak membawang dengan bapak aku. Padahal boleh je nak WhatsApp." Anne sudah bangun dari pembaringannya.

Bibah sudah berdekah gelaknya.

"Dah kau tak WhatsApp aku dulu, siapa suruh? Anne, kau sebenarnya ada masalah kan? Baik kau cakap cepat!" Bibah menatap mata Anne lama-lama.

"Ada jugak. Tapi masalah paling besar sekarang ni, aku tak ada kerja lah Bah. Cane eh?" Anne membalas tatapan Bibah.

"Hmmmm, cakap pasal kerja, aku pun tak boleh nak tolong sangat. Sebab aku pun tak kerja. Tapi kalau kau rajin nak buat kuih letak dekat kedai aku sampai kau dapat kerja, aku okey je. Kau buat lah kuih Jennifer Lopez tu." Balas Bibah.

"Ceitt, tak kerja konon. Padahal kau dah ugut Pak Cik Bakar untuk serahkan kedai tu dekat kau kan kan kan? Kau dah jadi tokey besar kan kan kan!" Usik Anne.

Bergema hilaian gelak ketawa Bibah lagi.

"Ha ah aku wrestling bapak aku tu, paksa dia bagi kedai kat aku dengan Kak Ipah jaga. Kalau tak, demam ke, sakit urat ke, sibuk nak menjaga kedai. Tak cukup dengan itu, dia sibuk nak menjaja dengan motor tu lagi." Terang Bibah.

Tawaran Bibah tadi itu berlegar-legar dalam fikirannya. Okey jugak kan kalau buat kuih untuk sementara ni?

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience