Bab 4 : Dua?

Romance Series 403830

'Mak aih, banyaknya.'

Not berwarna ungu lima keping. Ini bayaran untuk seminggu atau sebulan ni? Anne terasa serba salah untuk menerima. Tetapi mungkin juga, Puan Rosdiah membayar awal supaya dia lebih bermotivasi untuk meneruskan pengajaran itu. Hmmmm, mungkin jugak tu.

"Anne, jadi tak nak pergi pasar malam hari ni?" Tanya Yusra dari luar bilik yang mereka kongsi bersama.

"Yaa jadi jadi. Kejap, Anne solat Asar dulu." Jawab Anne.

"Lahhhh, dari tadi berkurung ingatkan dah siap solat." Laung Yusra lagi.

"Kejappp." Balas Anne sekali lagi sebelum dia mula mengangkat takbir.

*****

"Yeke? RM500? Banyak tu Anne." Komen Yusra.

"Tapi kalau ikutkan hati, Anne tak nak pergi dah." Balas Anne.

"Kenapa?" Tanya Yusra.

Mereka berdua sedang berjalan beriringan menuju ke pasar malam sebaik sahaja turun dari bas tadi.

"Sebab ada Azlan."

"Siapa Azlan?" Tanya Yusra.

"Ex-boyfriend Anne masa study dulu."

"Woahhhh, dia buat apa kat situ? Eh ke dia anak bos Anne?" Tanya Yusra teruja.

"Bukannnn, ni lagi teruk. Hahaha. Dia dah jadi menantu bos Anne." Anne menyambung gelaknya lagi.

"Bongok lah, dalam banyak-banyak tempat nak terserempak, dekat situ jugak lah nak ber memori daun pisang. Lagi gila kan, isteri dia, anak bos Anne tu mengaji dengan Anne jugak. Tak boleh diterima akal betul." Bebel Anne.

"So minggu depan tak mengaji dah lah ni?" Tanya Yusra.

Anne termangu seketika.

"Tak tahulah. Serba salah jadinya. Baru je tadi driver bos Anne tu cakap terima kasih dekat Anne sebab Anne setuju ajar mengaji. Dia dapat duit lebih. Kebetulan, isteri dia baru lepas bersalin anak nombor tiga. Aduhhh, buntu!" Omel Anne lagi.

Yusra menepuk dahi. Mula dah persimpangan dilema si Anne ni.

"Tak payah fikir orang. Fikir diri sendiri dulu Anne. Kalau Anne rasa tak nak, tak payah pergi. Jangan semakkan kepala dengan benda yang tak penting. Karang, kalau Anne teruskan, bila kantoi kisah Anne dengan Azlan tu, nanti orang cakap Anne sengaja mengendeng sebab nak dekat dengan Azlan." Balas Yusra.

"Hmmmmm, betul jugak tu. Nantilah, Isnin nanti Anne cakap dekat bos yang Anne tak nak teruskan dah. Duit yang dia bagi tu, Anne ambik RM100.00 je. Baki nanti Anne pulangkan." Putus Anne.

Yusra mengangguk sahaja, tanda dia bersetuju dengan keputusan Anne.

"Tapi kan, entah-entah sebenarnya isteri Azlan tu dah tahu pasal Anne. Sebab dari awal jumpa Anne, dia punya pandangan tu lain macam tau. Macam tak puas hati. Macam tak suka. Entah, tapi Anne rasa tak sedap hati lah nak teruskan." Terang Anne tentang perasaannya.

"Boleh jadi jugak. Jadi sebab tu lah bagi Yus, elok jangan teruskan lagi dah. Orang ni kan Anne, kita tak tahu apa yang ada dalam hati." Sambung Yusra.

*****

"Jauh termenung bang?" Dalina menghenyakkan dirinya perlahan di atas sofa itu, betul-betul di sebelah Azlan.

"Hmmmm, tengok berita ni je." Balas Azlan perlahan, terkejut ditegur secara tiba-tiba begitu oleh Dalina.

"Abang tak payah bohong Ina. Ina nampak cara abang pandang Anne tu tadi." Tutur Dalina.

Azlan menetap giginya perlahan. Balaaaaa!

"Apa lah yang Ina merepek ni?" Bebel Azlan sebagai usahanya menyembunyikan rasa hati.

"Ina memang tak belajar sampai universiti macam abang, takat kolej biasa je. Ambik diploma. Tapi Ina bukanlah buta. Cara abang pandang Anne tu, tak pernah abang pandang Ina macam tu.

Walaupun abang cakap Anne tu kisah lalu abang, Ina tahu abang sebenarnya simpan perasaan lagi pada Anne, kan?" Duga Dalina.

Azlan sudah bingkas berdiri, bersedia untuk melarikan diri dari terus-terusan diasak oleh Dalina dengan soalannya yang terlalu mencabar minda lelakinya.

"Jangan merepek lah Ina. Dah lah, abang nak masuk tidur dah." Azlan membetulkan ikatan seluarnya tidurnya sebelum dia melangkah.

"Jawab lah apa yang Ina tanya tu. Kenapa abang nak lari dari Ina? Sebab apa yang Ina cakap tu betul, kan? Abang memang ada perasaan pada Anne tu lagi kan?" Tempik Dalina, sekaligus mengejutkan Azlan sehingga terhenti langkahnya.

"Apa kena dengan Ina ni? Boleh tak jangan cakap benda yang merepek?" Giliran suara Azlan pula naik senada.

"Kalau abang tak nak jawab, biar Ina tanya Anne tu sendiri dekat office ayah nanti. Biar Ina yang berdepan dengan budak gemuk tu. Entah entah, abang senyap-senyap berhubung lagi dengan dia. Kan? Sebab tu abang bela sangat badak air tu!" Hambur Dalina.

"Jaga mulut awak Ina. Jangan sesuka hati nak hina orang. Kalau awak terus dengan perangai yang tak menghormati saya sebagai suami awak, saya sendiri yang akan pinang Anis Rumaysa tu untuk jadi isteri saya nombor dua." Azlan yang tak nak kalah dalam pertelingkahan dengan isterinya ini, tidak menunggu lama, dan tiada percubaan mengawal nada suaranya dari bertukar menjadi lebih tinggi.

Dalina terduduk. Teganya Azlan buat dia begini...

*****

"Jangan buat gila Lan, kau sendiri tahu apa yang Dalina dah bantu kau selama ni." Kopi panas dalam cawan itu disisip perlahan.

"Masalahnya Ad, perasaan aku ni dekat Anis. Aku ingat, senang je untuk aku alih perasaan aku pada Dalina. Tapi rupa-rupanya tak semudah itu." Azlan mengurut kepalanya perlahan dengan kedua tangan, menzahirkan rasa serabut.

"Dari awal lagi aku pesan dekat kau, jangan, jangan. Tapi alasan kau, terhutang budi pada Dalina. Sedangkan jasa Anis pada kau, kau lupakan je semuanya.

Hentikan lah perbuatan mengarut kau ni Lan. Cukup-cukuplah, dah kahwin, perasaan kita sebagai suami ni kena letak tepi dah Lan. Perasaan isteri, anak kau tu yang utama. Kalau jadi apa-apa antara kau dan Dalina, emosi anak kau yang cedera." Fuad masih meneruskan sesi ceramahnya pada Azlan.

Lelaki, bila rasa dah senang sikit, mula lah nak meliar.

"Aku mampu Ad, tak salah kan kalau aku nak Dalina dan Anis sekaligus."

Fuad mengangkat kening. Gilaaaaa!

Terima kasih banyak-banyak untuk donations dari pembaca. Maaf tau N masih terkekang lagi dari segi masa dan kesihatan. Semoga murah rezeki kalian. Enjoy reading! Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience