Bab 6 : Simbah

Romance Series 406411

"Anne..." Panggil satu suara.

Belum sempat Anne mendongak mencari wajah pemilik suara tersebut, wajahnya sudah terasa sejuk disimbah air. Terbatuk-batuk Anne mencari ruang untuk menarik masuk oksigen ke paru-parunya.

"Ni baru air. Kalau kau dekat lagi dengan suami aku, aku akan pastikan asid yang disimbah ke muka kau ni. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah lepas dah kacau suami orang. Dasar badak air!" Dalina menghempas jug yang sudah kosong itu.

Sambil menghentak kaki, Dalina berjalan keluar dari ruangan yang menempatkan deretan meja pekerja itu.

Anne masih jeda. Bagaikan kosong fikirannya. Mata Anne terpaku pada draf awal cerita bagi projek pengiklanan yang sedang dibuat olehnya. Dakwat pen yang mengembang itu dipandang lama bagaikan menembusi kertas contengan tersebut.

"Anne, kau okey tak?" Pertanyaan Sabrina tidak mendapat apa-apa respon.

Tuala yang ada di tangannya yang diambil dari bilik stor dan bakal dibungkus menjadi hadiah untuk peserta ketika Family Day nanti digunakan untuk mengelap dan menyelimutkan badan Anis yang perlahan-lahan mula menggigil. Pandai-pandai lah AJK Hadiah & Cenderamata nanti mencari tuala lain menggantikan yang digunanya.

"Aku sejuk Sab." Balas Anne perlahan.

"Jom kita pergi tandas dulu. Aku tolong kau cuci dan keringkan baju dekat dryer." Sabrina memeluk bahu Anne yang masih dalam keadaan terkejut.

Anne mengikut sahaja. Pasrah. Saat sekarang ni, andai Sabrina menolak dia masuk ke dalam gaung sekalipun, pasti dia tidak akan melawan.

*****

"Sabrina dengan Anne mana?" Tanya Tarmizi yang tergesa-gesa masuk ke dalam pejabat.

"Entah lah bos. Lepas Anne kena simbah dan Sabrina pujuk dia, saya tak ada nampak dah dorang berdua. Balik dah kot." Balas Ah Wai.

Tarmizi berdecit geram. Dalina ni memang nak kena. Tak cukup isterinya diamuk, Dalina datang mengamuk di pejabat tempat dia mencari rezeki pula. Azlan pun sama, dah jadi suami dayus. Sikit pun tak boleh diharap untuk menghalang Dalina dari mengambil tindakan yang bodoh. Suami isteri yang sepadan sangat berjodoh.

"Khalid!" Teriak Tarmizi.

"Ya bos...,"

"Pergi cari Sabrina dengan Anne tu dekat tandas perempuan, dekat surau, dekat mana-mana lah." Arah Tarmizi.

"Tapi saya bukan perempuan." Bantah Kelly.

Tarmizi memandang Kelly geram.

"Okey okey. Saya pergi cari mereka berdua sekarang." Balas Kelly dengan perasaan gerun.

Rasanya ini kali pertama Tarmizi mengamuk begini.

Tapi Anne tu, betul ke ada skandal dengan menantu Tarmizi?

"Boleh tahan selera kau eh Anne. Menantu bos jugak yang kau nak caras." Bebel Kelly tatkala dia sedang berjalan menuju ke bilik air untuk mencari Sabrina dan Anne.

*****

"Aku tak salah pun Sab. Aku tak ada buat apa-apa pun dengan Azlan tu. Dalina dah salah faham. Sumpah aku tak buat benda yang salah, apatah lagi nak ber skandal dengan Azlan tu." Luah Anne.

Baru hari Sabtu lepas Dalina bermanis muka dengannya sewaktu sesi pertama mengaji mereka. Hari ini hari Selasa dia sudah disimbah air sabun hitam. Entah air cuci lantai dari baldi mana yang Dalina guna.

"Aku percaya. Kau jangan risau." Bahu Anne diusap perlahan, mencuba untuk menenangkan Anne yang baru sahaja dibadai ribut taufan Dalina.

"Tapi Tuan Tarmizi belum tentu percaya dekat aku. Aku nak resign lah Sab. Aku dah malu gila dengan orang lain jugak." Anne masih merintih, meluahkan perasaan pada Sabrina.

"Anne...,"

"Sabrina, Anne, bukak pintu ni. Tuan Tarmizi nak jumpa korang. Cepat bukak pintu, keluar sekarang." Belum sempat Sabrina meneruskan kata-katanya, pintu ruangan bilik air wanita itu digegarkan oleh Kelly.

Anne sudah menggenggam tangan Sabrina erat. Belum sempat reda resah berdepan dengan Dalina tadi, kini Tuan Tarmizi pula.

"Ish diva ni memang tak reti bersabar eh. Aku lempang jugak sat lagi kang." Bebel Sabrina.

"Aku takut Sab!" Bisik Anne.

"Jangan takut, kalau Tuan marah kau, aku marah dia balik. Kalau betul dia buang kau, aku lawan sampai menang. Kita report pejabat buruh, kita saman dia sampai dia pokai. Tak cukup dengan anak buat pasal, bapak pun nak buat perangai hodoh jugak." Bebel Sabrina pula yang marahnya semakin membara.

Buat kesekian kalinya, Anne pasrah lagi dengan jalan hidup yang ditakdirkan buatnya.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience