Bab 68 : Soal Siasat

Romance Series 403830

"So Sabrina?" Tanya Anne lagi yang tidak sabar-sabar mahu mengetahui apa hubungan Sabrina dan Idris sehingga sanggup berhelah sebegitu.

Tidak seharusnya mana-mana manusia lelaki atau perempuan mempermainkan ikatan suci yang mampu menghalalkan apa yang haram. Fikiran Anne sedikit terganggu dengan cerita Idris sebentar tadi. Takut kalau-kalau kifarah Allah menimpa rumahtangganya pula untuk apa yang telah dilakukan oleh Idris. Entah bagaimana dia boleh tersangkut dalam kisah aneh Idris ini?

"Sabrina tu adik susuan abang. Definitely tak boleh kahwin, kan?" Maklum Idris.

Kening Anne berkerut lagi. Bila masa pulak ni? Ah sudah. Tidak faham jalan cerita yang bersimpang siur begini.

"Begini kisahnya, arwah papa dan arwah umi dulu, dua-dua adalah doktor. Selain dari kehidupan dunia gelap papa, papa adalah seorang doktor. Mummy Sabrina, adalah salah seorang dari pesakit arwah umi. Klinik yang arwah umi dan arwah papa bangunkan itu sempat menjadi salah satu klinik yang mengendalikan proses bersalin.

Mummy Sabrina, seorang diri ketika itu, terbersalin dekat klinik. Arwah umi yang sambut Sabrina lahir. Lepas Sabrina lahir, arwah umi juga yang jaga mereka berdua ketika ayah Sabrina balik berjumpa orang tuanya di Belanda. Biasalah awal-awal bersalin, susu tak ada lagi. Waktu dulu-dulu, susu formula pun bukannya banyak pilihan macam sekarang. Jadi arwah umi yang susukan Sabrina." Jelas Idris.

Mulut Anne membentuk bulatan seolah sedang menyebut huruf O tanpa suara. Tapi ada satu persoalan lagi di benak Anne. Jarak umur Idris dan Sabrina hampir lima tahun kalau dikira berdasarkan tahun. Memandangkan jarak umur dia dan Idris adalah tujuh tahun. Sabrina pula dua tahun lebih tua dari Anne.

"Pelik pasal jarak umur kami ke? Ermmm, boleh cakap yang abang ni susah nak berhenti minum susu masa tu. Umi pula jenis menurut sebab lepas lahirkan abang, umi tak dapat mengandung lagi dah. Rahim umi kena buang sebab kanser lepas bersalin kan abang. Abang minum susu umi sampai umur tujuh tahun tapi dalam cawan lah." Idris tersengih sendiri, malu jika dikenang kan hakikat yang satu itu.

"Lepas tu kami terpisah bila Sabrina dan keluarganya balik ke Belanda memandangkan atuk dan neneknya sakit. Tapi umi sempat ambil gambar kami bersama. Satu salinan surat beranak Sabrina pun ada umi kepilkan. Umi takut kami terkahwin sebab waktu dulu-dulu kan, bab hukum ni tak lah diambil serius seperti sekarang.

Waktu abang mintak nombor telefon sayang dari Sabrina, abang tak tahu lagi identiti dia. Abang cuma anggap dia sebagai sahabat sayang. Sehinggalah saat Kelly culik dia, ketika abang pun berada dalam kesusahan di London. Orang-orang Kelly ada yang tersebut nama Sabrina Malik Mulder depan abang.

Dari situ abang syak identiti Sabrina sebagai adik susuan abang. Sebaik sahaja abang ditemui dan di bawa balik ke Malaysia, abang nak tak nak, terpaksa hubungi orang-orang dari dunia lama itu untuk bantu abang cari maklumat tentang Sabrina. Rupanya betul, itulah Sabrina yang sama. Abang contact Sabrina, dan jelaskan semuanya pada dia. Selesai satu hal ketika itu.

Soal kahwin olok-olok dengan Sabrina, I have to do it. For you. Masa kita tak banyak untuk abang cari jalan supaya kita tak lagi menjadi sasaran. Abang pun tak sempat nak terangkan semuanya. Tapi abang pun tak mampu untuk jaga sayang sendirian. Abang terdesak.

Sabrina membawa nama mendiang atuknya, Mulder, nama yang berkuasa dari Belanda sana. Orang yang sangat kaya dan mempunyai ramai kenalan dari dunia gelap. Tanpa mengenali wajah Sabrina pun, nama itu sudah cukup menggerunkan. Lebih berkuasa dari abang, dari Kelly.

Cuma abang tak faham satu perkara, kemalangan sayang ni, sepatutnya semua dah tahu yang keluarga kita tidak boleh 'disentuh'. Kononnya dengan abang kahwin dengan Sabrina, secara automatik sayang pun keluarga Sabrina. Semua orang-orang Kelly dah menarik diri. Tapi orang yang melanggar sayang ni, kenapa masih berdegil?"

"Mungkin betul-betul kemalangan? Apa nak pelik. Ramai manusia cuai di jalan raya." Balas Anne sambil memandang ke arah kedua kakinya.

"Tak. Sebab nombor plat kereta yang diguna adalah nombor plat palsu. Lagi pun, dia memang sengaja langgar pada bahagian pemandu." Jawab Idris sambil menyarung bajunya semula sebelum nanti Arshad ternampak tatunya yang masih menunggu masa untuk dibuang dengan kaedah laser.

"Hah?" Anne terkebil-kebil, pada masa yang sama bulu romanya meremang memikirkan ajalnya bila-bila masa sahaja boleh mengambil nyawanya.

"Tapi jangan risau sangat. Sabrina cakap dia dah minta tolong dari orang atuknya cari maklumat tentang siapa yang terlibat." Bahu Anne diusap lembut, cuba menenangkan si isteri walau dirinya sendiri masih belum mampu bertenang.

"Sabrina pun terlibat dengan dunia gelap?" Soal Anne dengan penuh tanda tanya.

"Tak sangat. Cuma kadang-kadang bila dia memerlukan pertolongan atau bantuan yang luar biasa skop kerjanya, nak atau tak nak, pada kawan-kawan dari dunia gelap inilah kami akan meminta bantuan." Terang Idris.

Anne terdiam lagi. Langsung tidak disangka-sangka latar belakang keluarga Sabrina itu agak lah 'istimewa'. Tapi bagaimana ya orang yang mempunyai kuasa sebegitu mampu berlemah-lembut sewaktu berurusan dengan klien yang cerewetnya pada tahap setinggi Burj Khalifa itu ya? Kalau dia yang mempunyai keistimewaan itu, tentu habis kliennya disuruh belasah.

'Sebab itu lah Allah tak bagi kau berada dalam kedudukan itu Anne. Kau ni bila marah, emosi terus berada pada tahap kurang siuman.'

Bebel hatinya sendiri. Hampir sahaja Anne tergelak tatkala dia membayangkan klien-kliennya yang cerewet itu dibelasah. Terutama si tua yang selalu menawarkan dia menjadi untuk menjadi isteri ketiga dengan alasan keadaan badannya yang gebu itu tiada yang mahu menjadikannya isteri. Gatal!

"Dah tu kenapa waktu Sabrina datang tu awak marah dia?" Anne kembali ke dunia nyata setelah disedarkan dengan deheman kecil dari Idris.

"Sebab isu antara kita tak selesai lagi. Abang tak nak nanti sayang salah faham lagi." Idris kembali duduk di katil.

Hmmm, terlambat! Sudah lama segala salah faham ini bermaharajalela dalam hubungan mereka. Hampir juga mengorbankan ikatan perkahwinan mereka.

"Saya nak jumpa Sabrina nanti." Anne menyuarakan hasratnya.

"Boleh. Sab masih di Kuantan. Nanti abang beritahu dia yang sayang nak jumpa." Balas Idris.

"Tak perlu. Saya boleh mesej dia sendiri." Dalam diam, Anne memikirkan situasi apabila dia berhadapan dengan Sabrina nanti.

Tentunya kekok. Atau, rasa bersalah kerana tidak bertanyakan hal sebenar sebelum membuat kesimpulan sendiri. Cuma, yang pastinya, tentu ada sedikit kesan pada hubungan persahabatan dia dan Sabrina. Samada semakin erat, atau semakin renggang, kan?

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Ella Halim
2022-04-02 08:48:12 

terima kasih N update.tapi cerite saspen s


NovelPlus Premium

The best ads free experience