Bab 23 : Jual

Romance Series 406411

"Hmmm, berapa modal business print baju ni?" Tanya Anne sebaik sahaja Azlan selesai membentangkan ideanya untuk mula menubuhkan syarikat kecil-kecil untuk mencetak baju.

"Tak banyak. Rm10,000.00. Lan dah ada RM5000.00, cuma perlukan RM5000.00 je lagi." Sempat dia menjeling kearah Anne, kalau-kalau ideanya sebentar tadi sudah menarik perhatian Anne.

Anne pula cepat-cepat mengelap mulutnya dek kerana dia tersedak, dengan menggunakan tisu yang diambil dari beg kuliahnya.

"Anne tak ada RM5000.00, hmmmm kalau mula dengan RM5000.00 je dulu tak boleh ke? Macam jadi agen je dulu collect pre-order baju." Anne memberi cadangan.

"Memang lah boleh. Tapi untung tak banyak. Lan nak maximize kan untung. Nak cepat balik modal. Nak kumpul duit kahwin cepat-cepat. Kalau tak dapat beli rumah lagi pun, Lan nak kita masuk rumah sewa yang lengkap. Ada mesin basuh, peti sejuk dan alatan elektrik yang lain." Tingkah Azlan.

Anne terdiam. Tingginya cita-cita Azlan.

"Anne, kita jual dulu kereta Kancil tu? Lepas dapat pulangan, Lan beli lah semula kereta tu." Laju sahaja Azlan memberi cadangan.

"..."

Entah apa yang perlu Anne beritahu untuk menghalang Azlan mengerjakan idea gilanya itu.

"Tak payah fikir lama-lama. Lambat bertindak lambat kita dapat untung." Sambung Azlan.

"Tapi Anne kena mengajar tuisyen. Tak ada kereta, macam mana nak mengajar?" Tanya Anne, lurus.

"Naik motor Lan..." Balas Azlan selamba.

Namun, sakit pula hatinya melihatkan riak wajah Anne yang berubah, seperti tidak sudi menggantikan kereta kepada skuter.

"Kalau tak nak naik motor, Anne jalan kaki je. Kalau lalu gate 2, dekat sahaja kan nak ke pusat tuisyen yang dekat dengan sekolah Islam Al-Amin tu." Azlan menyerahkan kunci motornya, namun tidak disambut oleh Anne.

Sekadar diletakkan di atas meja sahaja. Anne pula, menyambut kunci itu dengan lirikan matanya.

"Lan call kawan Lan, dia memang nak beli kereta tu. Hari ni jugak dia boleh bagi cash." Nombor seseorang pada telefonnya didail cepat.

Anne masih terkesima, tidak dapat dia berikan apa-apa respon. Bersetuju tidak, menegah pun tidak.

"Lan..." Panggil Anne sambil tangannya digawangkan untuk mendapatkan perhatian Azlan.

"Shhhh, kejap." Balas Azlan seraya meletakkan jari telunjuk pada bibirnya sendiri.

"Di, ha ah jadi nak jual. Kau nak ambik berapa dah hari tu?" Tanya Azlan.

"Ohhh, cun sangat tu. Okey jumpa malam ni."

Tidak dapat Anne dengari perbualan penuh mereka berdua.

"Lan, kalau ayah tahu macam mana? Confirm ayah marah." Beritahu Anne.

"Confirm tak marah lah. Ni kan investment. Kereta tu boleh jadi modal lepas jual. Dah dapat pulangan nanti boleh beli kereta yang lebih baik."

Sekeping sampul surat dikeluarkan.

"Ni duit Anne yang Lan pinjam hari tu. Lan dah tambah untuk bayar yuran belajar dengan yuran hostel. Siap ada lebih untuk Anne buat belanja makan. Lepas jual kereta ni, ada lebih RM3,000.00, yang tu Lan bagi Anne. Siapkan geran tau. Malam ni orang tu nak datang ambik." Beritahu Azlan.

Mungkin betul apa yang Azlan cakap, lepas perniagaan Azlan berkembang menjadi lebih baik dan memberi lebih pulangan, mereka boleh dapatkan kereta yang lebih baik, lebih baru.

Tentulah Azlan risau, sebab Azlan yang bakal menjadi ketua keluarga. Azlan yang perlu menyediakan semuanya demi keselesaan dia dan anak-anak yang bakal lahir nanti.

Lagi pun, dia sekarang sudah di akhir tahun dua. Azlan di semester akhir sebelum latihan perindustrian yang perlu diselesaikan sebelum memulakan pekerjaan.

Sehingga tibanya masa untuk mereka menikmati kejayaan mereka, Anne perlu bersabar, yakin dan mempercayai dengan sepenuh hati apa yang Azlan rancangkan buat masa depan mereka.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience