Bab 49 : Sebab

Romance Series 403498

~Assalamualaikum awak.

Tadi pagi saya dah kejut. Tapi sebab awak cakap sakit kepala lagi, saya pergi dengan kawan saya dan suami dia. Kebetulan, hotel mereka pun dekat dengan kita. Jumpa tengahari nanti bila saya dah habis interview. Doakan saya boleh jawab dengan baik ya.

Mesej dari Anis Rumaysa dibaca sahaja dengan perasaan yang bercampur baur. Namun, di satu sudut yang lain, Idris bersyukur juga kerana tidak terus-terusan dikejut oleh isterinya. Sakit kepala yang menyerang malam tadi seolah melumpuhkan seluruh tubuhnya.

Sewaktu tidur pula, dia bermimpi berada di satu tempat asing dipenuhi salji. Kesejukan cuaca ketika itu mencengkam hingga ke tulang hitam. Salji, merujuk kepada kehilangannya sewaktu berada di London ketika itu?

Telefon bimbit dicapai. Laju jarinya mencari satu nama dalam senarai kenalan yang diyakininya boleh membantu proses dia mengingati kembali apa yang berlaku sepanjang tujuh hari kehilangannya di London baru-baru ini.

*****

Sementara menunggu mereka dipanggil masuk untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), mata Anne tidak lekang dari memerhatikan skrin telefonnya. Cepat sahaja perbuatannya itu ditangkap oleh Najwa yang sudah tersengih-sengih memandang Anne.

"Kau dah kenapa tersengih-sengih macam ni?" Tanya Anne sambil tangannya sudah menyiku lengan Najwa.

"Kau tunggu mesej dari suami kau eh?" Usik Najwa.

"Tak lah." Balas Anne laju.

"Eleh, tak payah lah nak tipu. Aku nampak betapa gelisahnya kau sejak aku ambik kau dari hotel tadi." Terang Najwa.

"Aku bukan apa, aku risau je sebab dia dari malam tadi sakit kepala." Balas Anne menyembunyikan rasa di hatinya.

"Alah, kalau rindu pun apa salahnya. Suami sendiri kan?" Usik Najwa lagi.

"Aku lain. Aku bukan macam kau, all lovey-dovey with your husband, all the time. Berbulu mata aku ni tahu tak. Tapi, hmmm bertuahlah badan." Keluh Anne.

"Anne, kau okey ke tak sebenarnya ni?" Tanya Najwa.

"Tipulah kalau aku cakap okey. Tapi adakah aku ada pilihan? Aku kena hadap jugak semua ni. Tapi deep down inside, I have this doubt of whether or not I should continue with this marriage.

Aku rasa jauh dengan dia. Aku rasa macam tak kenal dia. Aku macam deja vu. Aku alami sekali lagi perasaan yang aku tak suka, perasaan yang sama macam bila Azlan buang aku. Lepas tu kakak dia tu, satu lagi masalah. Entah apa masalah dia, selagi boleh nak sakit kan hati aku.

Aku ni bukan malaikat Wa. Adakalanya terasa gatal jugak mulut aku ni nak menjawab tapi tu lah, aku tahan sebab aku tak nak keadaan jadi buruk. Dengan Idris yang macam tu nya. Apa-apa pun, yang penting, aku harap aku dapat kerja ni. Aku tak nak bergantung dengan sesiapa. Apa-apa je boleh jadi nanti." Panjang lebar Anne meluahkan perasaan.

"Aku tak akan faham perasaan kau. Tapi satu je yang aku boleh pesan, Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu nak tanggung. Dalam apa sahaja ujian, kau kena ingat, tempat seorang isteri tu adalah disisi suami.

Selagi suami tu tak buat sesuatu yang bercanggah dengan agama kita. Aku yakin, ada sebabnya kenapa Allah takdirkan kau kahwin dengan Idris sebelum dia berangkat kesana. Ada sebabnya kenapa dia hilang ingatan, specifically his memories of you.

Probably, only you can help him to get through this. Sekarang ni, usaha, percaya, dan tawakal pada Dia. Kau boleh. Sebagaimana kau mampu hadap apa yang jadi dengan Azlan, macam tu jugak kau akan mampu hadap dengan Idris. Just that this time you are stronger." Bisik Najwa, sambil bahu Anne digosok perlahan.

"Aku, akan cuba." Balas Anne.

"Bila-bila masa kau perlukan aku, kau tahu mana nak cari aku. Kita abaikan dulu pasal ni. Fokus untuk exam je dulu. Okey?" Pujuk Najwa.

Anne mengangguk lagi buat kesekian kalinya.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-02-02 01:06:34 

moga bahgia buat Anne

Hawani Hashim66
2022-02-02 01:06:33 

moga bahgia buat Anne


NovelPlus Premium

The best ads free experience