Betul sekali tekaan Anne. Memang Dalina yang sedang tercegat di hadapan pintu. Cuma, apa tujuannya ke mari?
"Ada apa kau datang marah-marah dekat rumah aku ni Dalina?" Tanya Anne, berlembut.
"Aku tahu kau rahsiakan sesuatu dari aku. Selain dari Orked, kau pun senyap-senyap berhubung lagi dengan Azlan, kan? Tolong lah, aku merayu dengan kau. Tolong lah hentikan semua tu. Aku sanggup bayar berapa pun." Rayu Dalina.
Belum sempat Anne bersuara, Fauziah terlebih dahulu membuka bicara.
"Dalina, anak mak cik tak ada apa-apa hubungan dengan Azlan. Percayalah, kalau pun Azlan tu satu-satunya lelaki yang tinggal dekat muka bumi ni, mak cik masih lagi takkan izinkan dia kahwin dengan Anis. Lagi pun, Anis dah nak kahwin."
"Haaa, betul tu." Sahut Anne, kemudian baru menyedari keterlanjurannya.
Fauziah menguntum senyum, anaknya sudah terlanjur bersetuju.
"Sini duduk dulu." Anne menepuk tempat di atas tangga rumahnya itu.
Dalina teragak-agak, namun menurut. Fauziah pula sudah hilang, masuk ke dalam rumah, memberikan mereka berdua ruang untuk berbicara.
"Macam ni Dalina, kalau kau tanya aku samada aku masih cintakan Azlan atau tak, jujur aku akan jawab ya." Anne berhenti setakat itu.
Mata Dalina membulat mendengarkan kata-kata Anne itu.
"Tapi kau kena tahu jugak, it is possible to love someone but we don't want them in our life. Or to miss someone but at the same time, glad they're no longer in our life.
Itu perasaan aku sekarang. Aku nak kau faham yang perasaan aku pada Azlan, tak lebih dari tu. Perasaan itu pun, cuma sebab Azlan lelaki pertama yang aku sayang. Tak lebih dari itu.
Dia dah pilih kau. Dia tinggalkan aku untuk kau. Kau isteri dia. Kau serumah, sebilik sebantal dengan dia. Kau yang lebih tahu apa suka benci dia. Kau yang pegang hati dia. Sebab tu dia tinggalkan aku untuk kau.
Kau tak perlu rasa insecure dengan aku. Aku takkan pernah mampu lawan apa-apa dengan kau yang berstatus isteri. Kau tahu tak, tingkat tertinggi sayangnya seorang lelaki adalah apabila dia mengambil keputusan untuk menghalalkan seorang perempuan.
Kau balik ni, bertenang, fikir cara untuk bincang semua perselisihan faham korang dengan cara yang bertamadun, cara orang yang betul-betul sayangkan sesama sendiri. Boleh? Kami tak salah. Kami cuma ada sejarah.
Dan kau boleh percayakan aku yang aku takkan pernah berhubung dengan Azlan." Belakang Dalina ditepuk perlahan.
"Betul ke kau dah nak kahwin?" Tanya Dalina.
'Kalau ini boleh melegakan kau, selamatkan rumahtangga kau, ya aku akan mengaku. Aku sanggup menipu.' Bisik hati Anne.
Dia mengangguk perlahan sambil mengukirkan senyuman.
"Ha ah. Kalau mak aku yang cakap dulu, kau boleh percayakan mak aku. Insya Allah, bulan 12 ni." Jawab Anne.
"Kau cintakan bakal suami kau?" Soal Dalina lagi.
"Tak, aku tak kenal pun dia. Tapi aku yakin pilihan mak aku, Insya Allah yang terbaik untuk aku."
'Aduh, lancar pulak mulut ni menipu ya?'
Dalina bungkam. Namun dia menarik nafas lega mendengarkan kata-kata Anne.
"Kau boleh percayakan aku Dalina. Aku tahu sakit tu macam mana. Aku takkan ulangi kesakitan tu kepada orang lain." Sambung Anne.
"Aku mintak maaf, Anne. Aku serabut." Ujar Dalina.
"Tak apa. Aku faham. Balik, solat. Bertenang, baru bincang. Kalau kau perlukan bantuan aku, aku akan cuba sedaya upaya untuk bantu kau.
Aku tak nak tengok rumahtangga kau runtuh. Kau ada anak. Anak kau tak seharusnya menjadi mangsa hubungan rumit antara kita orang dewasa." Balas Anne.
"Betul tu, aku...mintak maaf Anne. Aku, selalu sangat datang kacau kau dan keluarga."
"Dalina, jangan risau. Aku okey je. Aku faham. Kalau ada apa-apa, lain kali call aku dulu ya. Aku bukan apa, segan dengan jiran-jiran.
Apa pulak kata mereka nanti pada mak ayah aku bila kau datang terjah-terjah macam ni. Kalau aku je, tak kisah, tapi kalau melibatkan orang lain, tak syok lah. Aku okey je kau datang." Beritahu Anne.
Dalina hanya mengangguk.
Enjoy reading! :) Love, N
Share this novel
satu dalam sejuta berperangai seperti Anis ni