UNDANGAN

Family Series 39283

Berhujung minggu dengan keluarga adalah sesuatu yang membahagiakan Ika.Waktu cutilah Ika dapat melayan karenah Akiff.Bolehlah umi dan abi berehat.Akiff pula semakin bijak.Tidak boleh nampak umi atau Ika bertudung maka menghulurkan tangan minta didukung.Agaknya si kecil pun bosan berkurung di dalam rumah.

Setelah Ika membantu umi menyediakan juadah sarapan pagi,Ika merapikan Akiff.Ika berhajat membawa Akiff bersiar-siar di taman.Sengaja Ika tidak menjamah sarapan kerana perut Ika belum lapar lagi.Terkadang sibuk melayan karenah Akiff membuatkan Ika sering terlupa waktu makan.Ummi selalu pesan supaya tidak skip waktu makan kerana bimbangkan Ika diserang gastrik.

Sebaik sahaja Ika membuka pintu rumah, dua sosok tubuh yang sangat dikenali Ika berada di depan pintu."Mama,papa !!"tegur Ika agak terperanjat.Sejak Ika diceraikan tempoh hari oleh Haziq,seolah terputus segala hubungan dengan seluruh keluarga Haziq.Haziq juga telah hilang dari radar kehidupan Ika dan Akiff.

Ika memeluk dan mencium mama dan papa.Tidak ada sekelumit benci pun kepada mereka walaupun Ika dan Akiff dibuang seperti sampah.Rumah tangga Ika dan Haziq berakhir kerana telah tertulis di loh mahfuz ketentuanNya.Ika telah lama melupakan segala momen yang pernah tercipta.

"Boleh mama dan papa masuk?"Tanya mama berbahasa.Ika menjemput bekas mertuanya ke ruang tamu untuk menemui umi dan abi.Ternyata umi dan abi sendiri terkejut menerima kedatangan mereka.
"Kak, saya sebenarnya malu untuk berjumpa kak dan abang.Tidak tahu di mana handak diletak muka saya dengan apa yang dilakukan oleh Haziq.Saya gagal mendidik Haziq menjadi seorang suami yang baik."papa menyuarakan rasa hatinya.
Mama sesekali menganggukkan kepalanya tanda menyetujui segala kata-kata papa.
"Sudahlah En.Kamaruddin, dah tiada jodoh budak-budak ni.In sha Allah,ada hikmahNya.Moga Allah izinkan yang baik-baik buat mereka.Kita sebagai ibu-bapa hanya mampu berdoa."Tenang setiap baris kata yang keluar dari mulut abi.

Ika banyak mendiamkan diri.Dia hanya mendengar saja perbualan mereka.Sesekali Ika menjampuk jika ianya berkaitan Akiff.Mama dan papa meminta izin untuk melihat cucu mereka.Cucu pertama penerus legasi sebenarnya sentiasa dirindui tapi mereka malu untuk berkunjung kerana bimbang akan penerimaan keluarga Ika terhadap diri mereka.

Umi,abi dan Ika sendiri bukanlah pendendam.Sebagai seorang yang mengaku beriman,perlu redha dengan segala ketentuan Ilahi.Jika sehelai daun yang gugur ke bumi adalah dengan keizinan dan pengetahuan Ilahi,apatah lagi dengan perkara-perkara besar yang berlaku dalam kehidupan setiap makhluk di muka bumi.

Sebelum berangkat pulang,sekeping kad undangan dihulurkan kepada umi."Jemputlah datang ya jika kelapangan"kata mama seikhlas hati.
KE MAJLIS RAIKAN CINTA HAZIQ ASRAFF DAN INTAN WARDINA tertera di muka depan kad.Ika tidak berhasrat untuk membeleknya.Sudah sampai jodoh kau Haziq.Moga kalian berbahagia.Di sudut hati Ika berdoa buat bekas suaminya.

Ika tidak berhasrat untuk menghadiri majlis resepsi Haziq dan pasangannya.Cukuplah doa dari kejauhan.Biarlah Haziq memulakan hidup baru tanpa bayangan Ika dan Akiff.Hidup Ika dan Akiff sekarang amat bahagia dengan perhatian dan layanan umi dan abi yang diberikan dengan sepenuh jiwa dan raga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience