KEAKRABAN

Family Series 39283

Hubungan akrab terjalin di antara ibu dan Ika.Semalam ketika Ika sampai di rumah setelah menjemput Akiff dari tadika,ibu sudah menunggu dengan sepiring kuih seri muka.Ika menjemput ibu masuk.Tidak manis pula,kalau setakat berbual di pagar rumah.

"Cantiknya hiasan rumah Ika!!Nampak tenang dan lapang."puji ibu."Terima kasih ibu.Biasa saja ibu,hiasan rumah Ika.Ika suka ringkas-ringkas supaya senang hendak mengemas."tambah Ika lagi."Ika,maaf kalau ibu bertanya,di rumah ini tinggal dan Akiff sahaja?Ayah Akiff pergi kerja out station ke?"Tanya ibu mungkin kehairanan apabila melihat kelibat Akiff dan Ika saja setiap hari."Ibu,saya dan papa Akiff berpisah selepas saya melahirkan Akiff."cerita Ika dengan nada suara perlahan kerana bimbang didengar Akiff.Kasihan kau Ika,orangnya masih muda,baik dan cantik tapi ditinggalkan suami.Ibu mula berempati."Anak ibu Si Zack tu pula sampai sekarang tak mau kahwin.Ibu pun hairan, bidadari mana ditunggunya."Tiba-tiba saja,ibu bercerita tentang anak bujangnya.Ika hanya mendengar tanpa mencelah.Bimbang disalah anggap pula.

Jika ibu dan Ika telah mengorak selangkah hubungan melalui takruf mereka,Akiff pula telah terkehadapan bersahabat dengan Zack.Kata Akiff,uncle Zack tu kawan Akiff paling baik.Akiff telah dijemput Zack untuk melihat semua lukisannya.Maka setiap hari,topik perbualan Akiff dengan Ika tidak lagi berkisar mengenai kawan-kawan di tadika tapi hasil karya seni Zack.Ika sering berpesan supaya Akiff tidak terlalu kerap ke rumah ibu tapi ibu pula tidak boleh nampak kelibat Akiff,maka mendayu-dayulah suara ibu memanggil nama Akiff.Pernah Ika menyuarakan kebimbangannya jika Akiff mengganggu Zack dan ibu."Ika,ibu ni dah tua.Sampai sekarang tiada cucu.Bila Akiff datang ke rumah ibu,taklah sunyi sangat ibu.Kalau boleh,kamu dengan Akiff pindah ke rumah ibu lagi suka hati Ibu."kata ibu bersahaja.Pipi Ika memerah seperti buah tomato mendengar gurauan ibu.

"Mama,hujung minggu ni uncle Zack ajak Akiff ke taman.Uncle nak ajar Akiff melukis.Boleh tak mama?"Tanya Akiff meminta kebenaran Ika."Akiff,setiap minggu kita kena balik rumah nenek.Nanti atok dan nenek tunggu pula Akiff."Ika cuba mengingatkan Akiff mengenai rutin mingguan mereka."Mama,kita baliklah sebelah petang.Mama call lah atok.Ceritalah kat atok,Akiff nak pergi melukis dengan uncle.Please mama!!Akiff cuba menagih simpati.Jelas terpamer kesungguhannya.Ika tahu, Akiff memang suka melukis.Kini pucuk dicita,ulam mendatang."Baiklah,mama benarkan tapi Akiff dengar cakap uncle tau?Jangan nakal-nakal!!"pesan Ika."Sayang mama."Ika dipeluk dan dicium Akiff berkali-kali sebagai tanda terima kasih Akiff yang tidak terhingga

Umi menelefon Ika untuk mengajak Ika menemani umi membeli kain langsir kerana kata umi kain langsir di rumah umi sudah lama tidak berganti.Dalam perbualan telefon tersebut,Ika bercerita mengenai perancangan Akiff dan Zack.Umi juga tidak menghalang.Kata umi,biarlah Akiff belajar melukis dari yang orang yang berkepakaran.Dah rezeki Akiff dapat jiran pandai melukis.Apalah sangat kehidupan Akiff setiap hari selain dari ke tadika dan ke rumah umi pada setiap hujung minggu.Sekurang-kurangnya sekarang. kehidupan Akiff lebih bermakna.Ika turut mengiakan kebenarannya.Selagi Akiff berbuat perkara yang baik,Ika tidak akan menghalangnya tapi akan sentiasa memberi peransang kepada Akiff.Mama akan sentiasa support Akiff.Moga-moga Akiff berjaya mencapai segala yang dicitakannya.

Maka buat kali pertamanya, dua beranak melakukan aktiviti yang berbeza.Akiff awal-awal lagi sebelum sempat bersarapan sudah keluar dari rumah.Katanya Uncle Zack hendak berbelanja.Ika pula setelah siap menyidai kain di ampaian sudah bergegas ke rumah umi untuk menjemput umi ke kedai kain.Kebiasaanya,umi ke mana-mana dengan abi tapi kali ini umi mahu meminta Ika sendiri memilih kain langsir kerana abi selalu memuji corak dan material kain langsir di rumah Ika.Jika citarasa umi lebih kepada fabrik bercorak flora tetapi Ika lebih menggemari fabrik yang polos supaya tidak berserabut ditambah lagi dengan susun atur perabot di dalam rumah umi yang banyak dan pelbagai.Gabungan konsep retro dan moden kontemporari nampak canggung bila berganding tapi apakan daya kerana umi terpaksa merai kesukaan abi.Kata abi,abi minat perabot lama disebabkan ketahanan dan workmanship tukang kayu zaman dahulu tiada tandingannya.Jika dibandingkan,perabot moden yang dibuat di kilang melalui kaedah pasang siap.Sudah tentulah hasil kerja tangan manusia dan mesin berbeza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience