TUNDA

Family Series 39283

Melihat kelibat Hj Hamdi di studio,amat memeranjatkan Zack.Tidak pernah Hj Hamdi menjejakkan kaki ke studio Zack.Entah mengapa,tiba-tiba sahaja Hj Hamdi datang menerjah.Sambil membelek-belek lukisan Zack,Hj Hamdi menzahirkan rasa kagumnya terhadap bakat yang dimiliki Zack."Cantik-cantik lukisan Zack."Puji Hj Hamdi seikhlas hati"Berapa harga lukisan ini Zack?"Tanya Hj Hamdi apabila melihat gambar sebuah keluarga kecil yang kelihatan harmonis."Oh,itu tidak ternilai pak cik!!"Sahut Zack."Inilah hasil karya Akiff."Tambah Zack lagi."Akiff yang lukis?"Hj Hamdi menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal seakan tidak percaya."Pak cik,Akiff anak yang hebat dan luar biasa.Dia boleh pergi jauh lagi jika dibimbing dan skil yang ada dipertingkatkan lagi.Lukisan ini,ramai yang tawarkan harga tinggi tapi saya tidak akan menjualnya kerana inilah lukisan yang sangat bermakna buat saya."Zack menjelaskan kepada Hj Hamdi.Mata Zack berkaca-kaca.Hj Hamdi kagum melihat Zack.Seorang anak muda yang berwawasan,berjiwa besar dan kaya dengan kasih sayang.Di sudut hati,Hj Hamdi bersyukur kerana bakal bermenantukan anak muda seperti Zack.

"Zack,Pak cik datang ni sebab nak berbincang dengan Zack mengenai majlis ijab kabul Zack dan Ika."Zack menanti butir bicara Hj Hamdi."Pak cik dan mak cik risau melihat Ika.Dia masih tenggelam dengan kisah-kisah silamnya.Pak cik harap,kita dapat berikan Ika sedikit ruang sehingga Ika benar-benar sembuh."Jelas Hj Hamdi.

"Pak cik,saya tak kisah untuk menunggu Ika biarpun untuk berapa lama sehingga Ika sihat.Tapi....."Zack tidak dapat meneruskan kata-katanya."Kenapa Zack?"Hj Hamdi pula cuak mendengar ayat yang diucapkan Zack."Pakcik, kita semua sedia maklum,Ika masih menyangka,Haziq adalah suaminya.Saya faham pak cik,apa yang berlaku di luar sedar Ika kerana komplikasi yang dialami terhadap kognitifnya.Tapi,apa yang menyakitkan saya,Haziq mengambil kesempatan ke atas Ika."Walaupun berat tapi terpaksa diluahkan juga oleh Zack.

"Apa yang Haziq buat?Haziq datang lagi ke hospitalkah?"Bertubi-tubi soalan keluar dari Hj Hamdi."Pak cik,sudah beberapa kali Haziq datang.Dia melayan Ika seperti isterinya.Amat tidak manis berpegangan tangan sedangkan mereka bukannya ada sebarang ikatan.Bila saya menegur Haziq, Haziq seperti mencabar saya pula."Jelas Zack kepada Hj Hamdi.Kali ini berkerut dahi Hj Hamdi.Dia juga tidak menyangka,rayuannya kepada Haziq supaya melawat Ika akan menimbulkan masalah lain pula.Hajatnya untuk mententeramkan Ika dan bukannya menghubung kembali pertalian di antara mereka yang telah terputus.Jika Haziq ikhlas terhadap Ika,Haziq tidak menggunakan kesempatan ini untuk bermain tarik tali dengan Ika.

"Zack,beginilah..pak cik faham apa yang Zack rasakan sekarang.Pak cik dan mak cik sama sekali tidak suka untuk menerima Haziq kembali.Cukuplah apa yang telah dilakukannya terhadap Ika dulu.Jika Haziq betul-betul bertanggung jawab,mengapa tidak pernah sekalipun dijengah Akiff zuriatnya sendiri,darah dagingnya?"Hj Hamdi mengeluh panjang.

"Sekarang ni Zack, kita terpaksa tunda dulu majlis ijab kabul ini.Kita masih ada masa seminggu lagi.Pak cik pun minta maaf kerana dalam kesibukan menguruskan Ika,hampir terlupa mengenai majlis ini.Kita boleh sahaja teruskan majlis tapi nanti letih mulut Zack,Pak cik,mak cik dan ibu untuk menjelaskan majlis resepsi tanpa pengantin.Apa pendapat Zack?"Tanya Hj Hamdi untuk mendapatkan kepastian bakal menantunya."In sha Allah,saya akan hubungi semua jemputan.Hari tu saya jemputpun melalui group what's app keluarga.Nanti saya tembak sahaja mesej makluman pembatalan majlis.Tak apa pak cik,kita hanya merancang tapi perancangan Allah itu lebih baik lagi."Kata Zack kepada Hj Hamdi.

Sambil meneguk air kopi panas yang dibancuh Zack,Hj Hamdi menarik nafas dalam-dalam.Terasa sedikit lega apabila dapat berbual panjang dengan Zack.Sekurang-kurangnya tidak pening mereka suami-isteri memikirkan tentang majlis yang akan berlangsung dalam masa seminggu lagi.Cuma sekarang,dia perlu bijak menangani masalah Ika dan Haziq pula.Jika Haziq yang memulakan, Haziq juga yang perlu menamatkan permainannya.Haziq ada tanggung jawab lain yang digalas.Dia sudah mempunyai isteri dan zuriatnya.Jangan kerana Ika, tanggungjawab yang sedia ada diabaikan juga.Cukup-cukuplah Akiff yang menjadi mangsa.Membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.

"Zack,pakcik minta diri dulu.Ini makcik kirimkan sedikit duit untuk persekolahan Akiff.Mak cik berkirim salam kepada Zack dan ibu.Kami minta maaf Zack, menyerahkan terus Akiff di bawah jagaan Zack.Pak Cik dan mak cik tak sempat nak melawat Akiff.Kesian Akiff."Hj Hamdi mengeluh kerana merasakan dia dan isteri telah mengabaikan tanggung jawab terhadap cucunya.

"Waalaikummussalam...Pak cik,tentang persiapan Akiff untuk masuk sekolah Pak cik jangan bimbang.Bagaimana sibuknya ibu menyiapkan persiapan kahwin Zack begitu juga sibuknya dia membuat persiapan untuk persekolahan Akiff.Semua keperluan Akiff dah dibeli.Maklumlah pak cik,hanya Akiff tempat ibu bermanja.Tidaklah sunyi ibu melayan karenah dan keletah Akiff.Manja sangat si Akiff tu dengan ibu."Zack menuturkan kata sambil mengukir senyuman.

"Akiff tak bertanyakan mamanya?"Tanya Hj Hamdi lagi."Zack dah ceritakan semuanya tentang Ika.Ibu pun dah jelaskan kondisi Ika.Alhamdulillah,Akiff cepat matang pak cik.Setiap kali solat,didoakan mamanya.In sha Allah,doa anak kecil yang tulus ikhlas akan dimakbulkan Allah."Kata Zack kepada Hj Hamdi."Syukurlah,Zack.Lapang dada Pak cik mendengarnya.Terima kasih banyak Zack dan ibu.Tak terbalas segala jasa kerana menjaga Akiff."Penuh terharu Hj Hamdi menuturkannya."Pakcik, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana dengan adanya Akiff,saya dapat menumpang kasih.Dapat merasakan pengalaman membesarkan dan mendidik anak.Kalau harapkan zuriat saya sendiri,entahlah pak cik.Agaknya sampai kucing bertanduk."Kata Zack.Pecah ketawa mereka."In sha Allah, Haziq.Nanti pak cik doakan Zack dan Ika dikurniakan ramai zuriat."Hj Hamdi cuba meredakan perasaan Zack.Jangan pernah menghabiskan waktumu untuk bersedih, karena itu semua hanya akan berakhir dengan sia-sia. Berazamlah untuk menikmati kebahagiaan kerana kebahagiaan akan hadir bagi orang yang kuat berjuang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience