KALAU PADI KATAKAN PADI

Family Series 39283

Sudah beberapa hari sejak Zack pulang,Ika tidak menjenguk ibu.Bukannya hati tidak teringatkan ibu tapi rasa segan turut bertandang.Biarlah ibu meluangkan masa dengan Zack.Tentu ibu perlukan ruang bersama anak kesayangan.Akiff??Jangan ditanya.Awal pagi sebelum ke tadika sudah tidak sabar-sabar untuk berjumpa Uncle Zack.Setiap detik menghitung hari."Mengapa uncle lambat sangat balik, mama?Bosanlah Akiff macam ni!!"Bila Ika tidak melayannya,dengan tok ibu pula Akiff berkongsi rasa.Eloklah mereka berdua, menanti Zack bagaikan orang bercinta.Makan tak lalu,tidur pun tak lena.

"Mama,tok ibu dah rindukan mama!!Tok ibu pesan suruh mama ke rumah tok ibu.Uncle Zack pun ada.Uncle tanya ibu"Maka mahu tidak mahu,Ika menggagahkan diri ke rumah ibu.Ibu seperti biasa,sibuknya memasak itu dan ini seperti ramai yang menghuni bersamanya.
"Ika duduklah dulu.Ibu nak siapkan cucur kodok bilis.Zack,Ika dah datang ni!!"Jerit ibu dari dapur.Beberapa minit kemudian,nampak kelibat Zack bersama beberapa bungkusan barang."Ika sihat?"Tanya Zack memulakan perbualan.Terasa formal pula bagi Ika sebab selama ini mereka jarang bersapa.Kalau bercakap pun atas urusan yang bersangkut-paut dengan Akiff."Alhamdulillah,abang."Jawab Ika bersahaja."Seronok ke Bandung,abang?"Ika pula melontarkan soalan."Biasa sahaja Ika,tapi abang ni jenis perumah.Teringatkan ibu.Abang tak boleh nak berlama-lama,"Zack bercerita ramah."Ala...Abang Zack kau tu, bukan teringatkan ibu seorang,nama Akiff yang kerap disebut-sebut.Akiff dah makan?Akiff buat apa? Macam-macamlah disoal Si Zack.Sampaikan mama Akiff pun ditanya juga."Tiba-tiba sahaja ibu muncul dan menyampuk perbualan mereka.Apalagi,tersipu-sipulah Zack menahan malu bila disakat ibu.Ika pula hanya menundukkan muka tanpa sepatah kata.

" Abang Zack belikan kain sulam pasang.Ika pilihlah dulu.Ambil dua pasang untuk Ika dan dua pasang untuk ibu."Ibu menyuruh Ika buat pilihan."Tak apa,ibu.Ika tak kisah macam mana pun.Ibu pilihlah untuk ibu."Ika rasa serba-salah pula untuk memilihnya.Bimbang jika dia pilih yang cantik-molek buatnya,ibu dapat yang tidak elok pula."Terima kasih abang,belikan kain untuk Ika.Menyusahkan abang saja."Ika sebenarnya berasa segan juga untuk menerima ole-ole dari Zack."Tak mengapa Ika,Ika pun dah menunaikan amanah abang.Ibu asyik puji Ika siang dan malam.Kalau boleh dah tak sempat-sempat nak suruh Ika dan Akiff duduk dengan ibu.Tak apa,nanti kita tebuk saja dinding rumah supaya senang ibu bersama Ika dan Akiff."Aduh,jantung Ika berdegup kian kencang!Mengapa kali ini ,ibu dan Zack berlainan rentak dari biasa?Cakap-cakap mereka,belok kiri dan kanan Ika yang terkena.

"Zack,kau tolong pilihkan untuk Ika.Kau tu lelaki,tentu tahu mana sesuai untuk perempuan cantik macam Ika."Ibu menyuruh Zack yang pilihkan buat Ika bila Si Ika dalam dilema."Baik,kalau mata abang,warna emerald sesuai dengan kulit Ika.Warna maroon sesuai untuk ibu.Ok,yang warna krim ni corak bunga besar-besar.Kalau ibu pakai nanti nampak merendang.So,Ika ambil yang krim dan ibu pula kain warna coklat cair."Muktamad pilihan Zack."Pandai abang pilih.Memang Ika pun berkenan."Ikhlas Ika memuji Zack.
"Zack tu bukan setakat pandai pilih,semua baju ibu Zack yang belikan."Tambah ibu lagi.

Selesai membahagikan kain pasang, dikeluarkan pula oleh Zack beg tangan kulit.Halus jahitannya.Buatan tangan kata Zack."Abang beli khas buat Ika untuk pakai ketika bekerja.Abang tengok beg Ika langsung tak berganti."Selamba Zack menuturkan kata.Rupanya nampak Zack seperti tidak pedulikan Ika tapi dalam diam,cakna orangnya.Beg tangan Ika dibeli ketika baru bekerja sebagai setiausaha di Syarikat Armada.Separuh ditaja angah dan along manakala separuh lagi umi dan abi kongsi demi puteri tunggal mereka.Rabak juga RM5000.00 demi Ika.Bukan Ika yang meminta-minta tapi kata umi alah membeli,menang memakainya.Berbaloi juga hampir sedekad menggunakannya.Diusung ke hulu-ke hilir tak kira apa event dihadiri.Ke pasaraya,pasar borong,pasar malam dan kemana sahaja,Ika setia dengan Burberrynya.Bukannya tidak mampu bertukar beg tapi buat masa sekarang,Akiff adalah prioriti Ika.Ika mahukan yang terbaik buat Akiff.Akiff dihantar ke kelas seni kerana minatnya yang menjulang tinggi.Bukan sedikit biayanya untuk mendapatkan khidmat seorang guru yang professional.Sekarang ini,Akiff bertuah kerana dilatih oleh dua orang yang berkepakaran dan berkemahiran.Kalau diharapkan mamanya,ke laut lah dia berkarya.

Sepinggan cucur kodok bilis dan air teh dihidangkan ibu.Akiff tidak sabar-sabar untuk menjamahnya.Tanpa segan-silu,Akiff sudah di ribaan Zack.Amboi,makan pun bersuap.Muka ketat Ika tidak dihiraukan Akiff.Kalau di rumah,Akiff lebih berdikari.Di rumah ibu,Akiff terlalu dimanjakan.Tok ibu pula suka melayan.Akiff sebut sahaja nak makan apa,dengan teknologi di hujung jari pelbagai resepi dicuba demi Akiff.Ika sudah beberapa kali bising mengenai tingkah laku Akiff tapi Akiff ada jawapannya."Tak apalah mama,uncle Zack sayang Akiff sebanyak bintang-bintang di langit.Akiff pun sayangkan uncle.Kalau Akiff ada papa macam uncle tentu best?Uncle tanya,boleh tak uncle jadi papa Akiff?Akiff cakap,uncle kahwinlah dengan mama.Uncle nak cari duit banyak-banyak nak pinang mama."Akif galak bercerita.Ika hilang kata-kata.Ika tahu Zack sangat baik terhadap Akiff.Banyak tanggung jawab Ika telah diambil alih oleh Zack.Namun begitu,jauh di sudut hati Ika merasakan dia tidak layak bergandingan dengan Zack.Ika bukan lagi perawan tapi seorang janda yang hatinya rawan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience