TADIKA

Family Series 39283

Sungguh pantas masa berputar.Sedar tidak sedar,usia Akiff sudah menginjak 5 tahun.Semakin bijak, matang dan sangat keletah.Akifflah penyeri kehidupan Ika,umi dan abi.Cucu-cucu yang lain tinggal berjauhan.Along menetap di utara dan angah pula di Johor Bahru.Peluang untuk berkumpul semua ahli keluarga hanya pada waktu cuti sekolah sahaja.

Memandangkan Akiff sudah besar,Ika menghantar Ika ke sebuah tadika swasta.Ika mahu membuka selebar-lebarnya ruang untuk Akiff berkomunikasi dengan rakan-rakan sebayanya.Dengan pelbagai kaedah yang diaplikasikan di tadika dapat membentuk kemahiran interapersonal dan sosial Akiff.Oleh kerana Akiff satu-satunya permata hati yang dimiliki Ika,Ika akan cuba sedaya-upaya memberikan yang terbaik buat Akiff.

Akiff cepat belajar.Apa sahaja yang diajarkan guru di tadika akan diceritakannya kepada Ika dan juga kepada datuk dan neneknya.Pulang sahaja dari tadika,terus mengadap segala kerja rumah.Tidak boleh bertangguh,katanya.Maka datuk dan neneklah menjadi mangsa.Jika tidak dilayan, panjanglah rajuknya.

Sejak belajar di tadika, wajah Akiff sentiasa ceria.Akiff cepat menyesuaikan diri.Acap,Irfan dan beberapa orang nama rakan akrab sentiasa meniti di bibirnya.Ika juga nampak perubahan besar Akiff ialah suka mengajukan soalan. Mengapa,kenapa,bagaimana sentiasa mengasak minda mamanya.

Suatu hari ,dengan wajah murung Akiff bertanyakan soalan,"Mama, orang lain semua ada dua tangan.Mama ada dua tangan,nenek ada dua tangan, atok ada dua tangan,tapi mengapa Akiff hanya ada 1 tangan sahaja?Satu tangan lagi ada di mana?"Soalan yang sangat mencabar bagi Ika."Akiff sayang,Allah bagi mama dua tangan dan Allah bagi Akiff satu tangan tapi ada juga orang tak ada tangan.Allah sayang kita semua.Allah bagi Akiff ada mama,ada nenek,ada atok..Ada orang tak ada mama,tak ada nenek dan tak ada atok."Ika menjelaskan supaya si kecil Akiff mengerti."Tapi mama,Acap,Irfan ada papa dan mama.Akiff tak ada papa pun."Aduh,makin berat perasaan mendengar kata-kata Si Akiff.Ika hanya mendiamkan diri.Akiff terlalu kecil untuk menerima segala kenyataan ini.
"Kuatkanlah aku ya Allah untuk mendidik zuriatku.Anugerahkan aku kebijaksanaan dan lidah yang berhikmah dalam tutur kata supaya dapat melunakkan jiwa Akiff."doa Ika dengan penuh pengharapan.

Ika tidak pernah menyesali apa yang terjadi.Jika tidak berlaku perkahwinannya dengan Haziq,tentu tiadalah Si Comel Akiff dalam hidupnya.Cuma seorang anak secara fitrahnya menginginkan seorang ayah di sisi.Ada perkara-perkara tertentu yang tidak dapat dilakukan oleh seorang ibu.Jika Akiff ada ayah, cara didikan dan ketegasan tentu berbeza.Seperti mana abi mendidik Ika dan abang-abang.Dengan umi, anak-anak banyak karenah tetapi dengan abi sekali jeling pun sudah mengerti.

Ika yakin akan muncul pelangi indah setelah melalui kemarau nan panjang.Hari itu pasti tiba juga.Ika tersenyum melayan angan-angannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience