TEMAN KEMBARA

Family Series 39283

Jika bumi berbukit sahaja tentulah tidak indah dipandang mata. Perlu ada lembah, sungai, laut, padang pasir, rumput dan hutan belantara.Jika Allah menjadikan Adam sahaja tanpa Hawa,maka tidak akan berkembang dan bercambah manusia.Maha suci Allah,setiap kejadianNya berpasang-pasangan.Ada lelaki,ada perempuannya
Ada jantan ada betinanya.Ada siang, ada malamnya.Ada panas, ada dinginnya.Ada caj positif,ada caj negatifnya.Bayangkan jika manusia itu lelaki atau perempuan sahaja di atas muka bumi ini, tentulah sunyi dan tidak bermakna seumpama aur tiada tebingnya,umpama lagu tanpa irama.Kejadian berpasangan adalah fitrah kepada segala makhluk samada yang bernyawa ataupun tidak bernyawa.

Zack mengumpulkan kekuatan untuk berterus-terang dengan Ika.Walaupun sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina tapi debarannya tetap terasa.Tidak pernah hadir perasaan seperti ini sebelum mengenali Ika.Embun tidak perlu berwarna untuk membuat daun jatuh cinta.Bulan tidak perlu mendekat untuk meraih kasih si pungguk.Keadaannya samalah seperti Zack yang tidak perlu alasan untuk mencintai Ika.Pertama kali memandangnya,hati sudah terpana.Allah mencipta seorang wanita yang indah mempesona dan ditambah lagi dengan adab sopan dan berbudi bahasa merupakan pakej seorang isteri terbaik buat seorang lelaki yang sudah lama menginginkan kehadiran seorang suri dalam hidupnya.

Ketika Zack menyuarakan hasrat abi dan umi Ika kepada ibu,ibu dari awal-awal lagi sàngat-sangat bersetuju dengan cadangan tersebut.Ibu sudah lama menanti hari bahagia Zack.Ibu kasihankan Zack yang telah lama membujang.Sudah 30 tahun usianya.Zack layak mengecap bahagia.Zack anak yang baik.Ibu sentiasa meredhai Zack.Sudah sampai masanya Zack perlukan teman kembara.Zack perlukan zuriat untuk meneruskan legasinya.Ibu juga faham,kegusaran Hj Hamdi dan Hajah Hasnah apabila melihat Zack dan Ika semakin intim tanpa sebarang ikatan.Kalau Zack dan Ika berkahwin,ibu tidak perlulah jadi peneman Zack dan Ika ke sana kemari.Zack boleh bebas keluar masuk ke rumah Ika dan begitu juga sebaliknya.Ibu yakin,seiring peredaran masa,Ika akan pulih seperti sedia kala.Malahan mungkin lebih cepat lagi kerana perkahwinan merupakan perkongsian hidup suami isteri.Susah-senang,suka dan duka ditelusuri bersama.

Petang itu,Zack menjemput Akiff lebih awal dari biasa.Apa lagi, bersorak riang si Akiff apabila dia orang yang pertama pulang.Akiff menjangka Uncle Zack ingin membawanya jalan-jalan.Meleset tekaannya.Cemberut si kecil bila Zack maklumkan hendak balik awal berjumpa mama."Nanti ,hari minggu uncle bawa Akiff ke studio.Uncle nak Akiff melukis cantik-cantik,lepas tu uncle nak pamerkan lukisan Akiff seperti hasil lukisan uncle juga."Menguntum senyuman gembira di bibir Akiff.Jarinya dan jari Zack dikaitkan menandakan pinky promise dimeterai bersama.Zack sangat berpegang kepada janji.Zack tidak pernah meremehkan Akiff.Oleh itu,tidak hairanlah jika Zack adalah segala-galanya buat Akiff.Jika diukur dan dibandingkan, Zack berada di ranking pertama di hati Akiff berbanding mamanya sendiri yang sudah jatuh tempat ke dua.

Hj Hamdi dan Hajah Hasnah sengaja memberi ruang kepada Zack untuk menyuarakan isi hatinya kepada Ika.Akiff juga awal-awal lagi telah dipesan oleh Hj Hamdi supaya tidak mengganggu perbualan uncle Zack dan mamanya.Lagi cepat Zack bertindak lebih bagus untuk kebaikan mereka bersama.

"Ika, sudi tak Ika kahwin dengan abang?"Ayat pertama keluar dari bibir Zack tanpa ada sebarang intro yang puitis.Ika terkesima.Kulit putihnya sudah berubah warna.Ika diam tidak berkutik sambil menundukkan wajahnya."Tak apalah..kalau Ika tidak sudi.Abang tahu siapalah abang.Abang tidak seganding dengan Ika."Seperti budak kecil,Zack pura-pura merajuk.Sengaja hendak menguji Ika."Abang..terima kasih sudi terima Ika.Ika yang tidak selayaknya buat abang.Untuk menolak abang dalam hidup Ika seperti Ika menolak tuah yang datang menggolek.Apapun,abang tanyalah umi dan abi dulu sebab Ika tidak pantas membuat keputusan tanpa persetujuan mereka.Kalau umi dan abi setuju,tiada halangan di pihak Ika."Walaupun malu,Ika harus berani menzahirkan rasa.Ika dapat merasakan segala percaturan Allah itu sangat hebat.

Pelbagai ujian dan pahit getir yang melanda Ika namun Ika tidak sendiri menempuhnya.Zack sentiasa ada untuk membahu bersama Ika.Ika bukanlah mencari kesempurnaan tapi mengharapkan segala kekurangannya dapat dilengkapi oleh Zack.Mencari cinta sejati bukan hanya menerima segala kelebihannya, namun juga mahu menerima segala kekurangannya.Cinta juga bukanlah bermakna mencari pasangan yang sempurna tapi menerima pasangan sepenuh jiwa dan raga.Jika cinta sudah mekar, rumah tangga akan terisi dengan canda dan tawa. Tak akan ada air mata karena terlalu posesif dengan pasangan, terlalu cemburu dan menuntut sesuatu di luar keupayaan pasangan .

Kegagalan dalam rumah tangga, banyak mendewaskan Ika.Ika menerima Zack sepenuhnya kerana kasih sayang Zack tulus dan suci.Menyayangi Akiff seperti darah dagingnya sendiri.Akiff membesar tanpa kasih sayang papanya.Kini Akiff mendapat belaian dan kasih sayang yang melimpah-ruah.Sejak keakraban terjalin di antara Zack dan Akiff, tidak pernah lagi terbit soalan-soalan cepu emas dari Akiff mengenai papanya. Soalan-soalan yang dikemukakan Akiff sangat memberatkan perasaan Ika.

Setelah kata sepakat dicapai,maka ke dua belah pihak membuat keputusan untuk menetapkan tarikh pernikahan Zack dan Ika.Ibu inginkan majlis resepsi secara besar-besaran memandangkan inilah majlis yang pertama dan terakhir buat putera tunggal ibu.Keluarga Ika pula tidak bersetuju kerana Ika belum sihat dan mahukan majlis secara sederhana sahaja.

Akhirnya kata sepakat dicapai iaitu majlis akan diadakan di sebuah dewan yang disewa khas dengan mengundang sahabat-handai, rakan-rakan yang akrab dan keluarga terdekat sahaja.

Jika Zack dan Ika tidak sabar menghitung hari bahagia yang akan menyimpul segala kasih dan cinta mereka,Akiff juga tidak sabar untuk mendapat papa yang disayanginya sepenuh jiwa dan raga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience