KECELAKAAN

Family Series 39283

Seat Kereta Mercedes E-Class Cabriolet direbahkan Dato' Iqbal untuk memberikan keselesaan kepada Ika yang tidur di sebelah Dato' Iqbal.Kereta dipandu meluncur laju meninggalkan Marriot Hotel ke istana hinggap Dato' Iqbal yang terletak di Bukit Antarabangsa.Wajah polos Ika ditatap Dato' Iqbal berkali-kali.Tidak sabar rasa di hati untuk menawan seluruh tubuh milik Ika yang sering diimpikannya selama ini.

Ika tidak semena-mena seperti cacing kepanasan.Tubuhnya menggelepar.Dingin penghawa dingin tidak dapat menghilangkan bahang yang dirasainya. Peluh sudah memercik di setiap inci wajahnya.Selendang yang membungkus mahkota yang dijaga selama ini ditanggalkan dan dicampak ke lantai.Dato' Iqbal terpana melihat kecantikan Ika yang lebih menyerlah tanpa selendang yang selama ini memelihara harga diri dan maruahnya.Kulit putih mulusnya dan wajah bersih tanpa noda pasti menggugat ramai pria.Ika tidak keruan impak titisan Blue Wizard yang dimasukkan ke dalam minumannya.Nafsu syahwat tiba-tiba sahaja melonjak dalam diri Ika.Segala rasa malu dan keimanan yang terkurung seolah lepas bebas dari sangkar yang berkunci bertahun lamanya. Dato' Iqbal yang sedang memandu,dipeluk,dicium dan cuba digoda Ika dalam keadaan di luar garis sedar.Suaranya mendesah dengan penuh erotik membangkitkan rasa ghairah Dato' Iqbal.Inilah detik yang ditunggu-tunggu selama ini.Dato' Iqbal umpama seorang jeneral dalam sebuah peperangan.Setelah semboyan dibunyikan,dia akan memastikan kemenangan adalah miliknya.
Hanya sedikit masa lagi,dia akan menjadi perwira.Ika tidak akan dilepaskan.Dia akan mengheret Ika masuk ke dunia asmaranya.

Sebelum ke Majlis Annual Dinner lagi, Dato' Iqbal sudah membuat persiapan.Dia bertekad untuk memiliki Ika Walau apapun caranya.
Dato' Iqbal juga tahu bahawa Dato' Hadi menaruh perasaan yang sama terhadap Ika.Oleh sebab itu,dia perlu mendahului Dato' Hadi.Baginya jika ada persaingan,permainan akan lebih menarik.Dato' Iqbal akan memastikan Dato' Hadi akan kecundang.Kepakarannya dalam memikat wanita telah terbukti apabila 3 isteri sudah dinikahi.1 kuota lagi belum terisi.Jika Ika ditakluki,tentu Ika akan menyerahkan diri kerana sifat lemah perempuan walaupun sehebat mana,walau selicik mana jika sudah dinodai mereka akan memujuk rayu untuk diperisterikan kerana maruah dan harga diri.

Jalanraya yang agak lengang memudahkan Dato' Hadi meningkatkan kelajuan.Hanya beberapa kilometer lagi,dia akan sampai ke destinasi yang dituju.Istana hinggap yang dijadikan tempat dia memadu asmara dengan mana-mana wanita yang berjaya memikat hatinya.

Entah dari mana,secara tiba-tiba dua buah kereta menghimpit kereta Dato'Iqbal.Sebuah kereta sport berwarna gelap dan sebuah kereta pacuan empat roda berwarna silver cuba untuk menghalang perjalanan mereka.Kereta Mercedes mewahnya bergeser dengan kereta-kereta tersebut.Dato' Iqbal terpaksa meningkatkan kelajuan kereta dan mengubah haluannya namun dua buah kereta tersebut memang mengekorinya.Dia sendiri tidak pasti diekori sejak bila kerana dia leka melayan perasaan yang membuak-buak sepanjang perjalanan.Seperti filem Fast and Furious yang telah mencatat jualan pecah panggung mereka berlumba di jalan raya.Dato' Iqbal tidak mudah mengalah begitu saja.

Namun begitu,nasib tidak menyebelahi Dato' Iqbal apabila tiba di selekoh tajam,dengan kelajuan maksima dia gagal mengawal pemanduan.Keretanya telah terbabas dan terlanggar divider jalan.Sekelip mata,keretanya melambung dan terbalik di bahu jalan.Dato'Iqbal mengalami kecederaan parah di bahagian kepalanya.Darah merah membasahi seluruh tubuh Dato'Iqbal.Ika walaupun hanya mengalami kecederaan ringan tapi dia tidak sedarkan diri.

Jalanraya sesak akibat kecelakaan tersebut.Dato' Hadi dan konco-konconya berada di tempat kejadian.Ambulans,pihak polis,pasukan penyelamat dan kereta penunda juga telah tiba.Hati Dato' Hadi dibuai sayu melihat keadaan Ika yang menjadi mangsa Dato' Iqbal.Dato'Hadi menyedari permainan kotor Dato' Iqbal apabila dilihatnya mereka secara tergesa-gesa meninggalkan majlis.Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena kerana Ika bukanlah mudah dipujuk rayu dan diperdaya.Sikap kasanova Dato' Iqbal telah diketahui oleh Dato' Hadi.Cuma Dato' Hadi tidak menjangka Dato' Iqbal tergamak untuk memiliki Ika dengan cara sejijik ini.Setelah Dato' Iqbal dan Ika keluar dari hotel, Dato'Hadi telah mengarahkan konco-konconya mengekori kereta Dato' Iqbal.Namun segala yang berlaku adalah di luar jangkaannya.Dia menyangka dapat membawa Ika pulang dalam keadaan selamat.Namun apalah daya,semua yang berlaku bukanlah kehendaknya.Masih terngiang-ngiang suara Ika merayu untuk dikecualikan dari Majlis Annual Dinner.Dato' Hadi tidak mengendahkan dan bertegas supaya Ika turut serta.Seandainya dia tahu nasib malang akan menimpa Ika,sudah tentu permintaan Ika dirainya.Apapun perkara yang sudah berlaku tidak dapat diundur kembali.Dato' Hadi cuba untuk mencantum kembali serpih-serpih harapan yang telah hancur namun dia tidak mampu kerana ribut yang melanda entah bila akan berlalu pergi.Bolehkah dia terus menganyam harapan dan mengharapkan bulan akan jatuh ke riba?

Pihak polis mengambil gambar dan keterangan saksi.Pasukan penyelamat pula bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa kemalangan dari kenderaan.Bahagian pintu terpaksa digergaji kerana kerosakan teruk pada kereta Mercedes Dato' Iqbal menyukarkan mereka mengeluarkan mangsa.Jika tidak berhati-hati akan menambah komplikasi kepada mangsa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience