KELAHIRAN

Family Series 39283

Menanti detik kelahiran sangat mendebarkan Ika dan Haziq.Ika sudah terlalu sarat.Kakinya semakin membengkak.Kata ummi,sudah hampir masa untuk Ika melahirkan walaupun tarikh due yang diberikan doktor adalah dua minggu lagi.

Sejak dari semalam,Ika sakit pinggang.Rasa hendak putus pinggang.Duduk salah,berdiri salah dan tidur pun salah.Gelisah Ika.Menahan rasa sakit hingga air matanya bergenang.Haziq juga tidak keruan.Kata mama,tidak perlu lagi ke hospital sebelum ada tanda-tanda kelahiran.Anak pertama,biasanya sakit hendak bersalin agak lama sementara menunggu bukaan.

Ummi menitipkan pesanan,jika ada apa-apa supaya menghubungi mereka kerana mereka mahu setiap detik bersama Ika sehingga Ika selamat melahirkan.Maklumlah anak perempuan tunggal.Ikalah segala-galanya buat mereka.

Sebaik sahaja air ketuban pecah, Haziq tidak menunggu lama.Ika dicempungnya masuk ke dalam kereta untuk bersegera ke Hospital Putrajaya.

Sampai di hospital, Haziq terus mendaftarkan Ika.Jururawat membuat pemeriksaan berat, air kencing dan tekanan darah.Kemudiannya,diperiksa bukaan.Mereka terperanjat apabila bukaan sudah 6 cm.Terkocoh-kocoh Ika ditolak ke labour room.Perut Ika semakin mengeras.Rasa sakit kontraksi menyebabkan Ika sudah hilang arah.Apa sahaja doa dan zikir yang diingati,dilantunkannya.Peluh sudah mengalir hingga ke kaki.Tangan Haziq digenggamnya sekuat hati.

Setelah satu jam bertarung di antara hidup dan mati,maka lahirlah cahaya mata yang dinanti-nantikan mereka.Ika melalui proses melahirkan secara normal.

"Ibu,lihat anak ibu."Terdengar suara sayup-sayup di telinga Ika.Ika cuba mengumpulkan segala kekuatan untuk menatap cinta hati yang dinanti penuh debaran.Ummi,abi,papa,mama dan Haziq sudah berada di sisi.Ika terlalu lemah selepas bersalin.Mereka tidak mengganggu Ika kerana mahu Ika mendapat rehat yang cukup.

"Anak mama!!"pipi si kecil dicium berkali-kali.Ika menatap wajah bayinya.Sangat sempurna kejadiannya.Hidung mancung seperti papanya dan berkulit putih bersih seperti Ika.Bibir Ika mengukir senyuman bahagia.Dia memanjatkan rasa syukur kepada Ilahi atas anugerah yang tidak ternilai harganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience