REZEKI AKIFF

Family Series 39283

Awal pagi sewaktu studio dibuka,Asuka orang pertama yang sampai."Selamat pagi Zack."Ramah mesra menyapa."Selamat pagi.Ohaiyo gozaimasu."Zack pula membalas mesra."Hai, Cik Asuka!!Mimpi apa awal pagi sudah sampai di studio?"Tanya Zack agak kehairanan kerana kebiasaannya Asuka datang lewat.petang."Saya mimpikan Zack semalam.Tidak boleh tidur.Perlu jumpa Zack segera!!"Kata Asuka sambil melemparkan senyuman."Wah,Asuka mimpikan saya!Sebetulnya tentu ada perkara yang serius kan?"Zack meneka.
Ika yang dari tadi berada di sebelah Zack hampir terlupa diperkenalkan."Minta maaf,saya tidak perasan.Tentu si cantik manis ini isteri Zack kan?"Tanya Asuka kepada Zack."Ya,Asuka inilah buah hati saya Zulaika."Zack memperkenalkan Ika kepada pelanggan setianya."Saya gembira bertemu kamu.Patutlah Zack tidak menerima cinta saya.Rupanya isteri Zack seperti bidadari."Asuka memuji ikhlas.Merah pipi Ika apabila dipuji berlebihan..

Asuka sangat mesra berbual dengan Ika dan Zack.Dia juga teruja dapat berjumpa Ika buat pertama kalinya.Sebelum ini hanya nama Ika yang sering meniti di bibir Zack.Minat dan kecintaan Asuka dalam lukisan tidak boleh dinafikan."Kalau di Jepun,saya suka karya Ko Yamada.Tapi di Malaysia pula saya meminati karya Hamdan Sharani dan Zack sendiri.Hasil karya Zack membuatkan saya dekat dengan kehidupan dan budaya masyarakat Melayu.Saya sukakan sambal belacan.Walaupun baunya busuk tapi membuatkan saya ketagihan."Pecah ketawa Ika dan Zack mendengar celoteh Asuka.

Sudah bertahun Asuka di Malaysia maka sedikit sebanyak budaya masyarakat Melayu sudah meresap dalam kehidupannya.

"Zack sudah berapa tahun usia anak kamu, Akiff?"Tiba-tiba sahaja Asuka bertanyakan tentang Akiff.Asuka pernah beberapa kali bertemu Akiff di studio."7 tahun."Serentak jawapan keluar dari mulut Ika dan Zack."Oh,bagus!!Sebenarnya saya datang ke studio untuk membuat tawaran kepada Akiff.Japan International Cooperation Agency ataupun JICA telah menganjurkan pertandingan melukis bertemakan kebudayaan masyarakat Malaysia kepada kanak-kanak yang mempunyai kad OKU,yang berusia 12 tahun ke bawah.Saya melihat bakat Akiff sangat luar biasa.Saya percaya Akiff pasti menang.Hadiahnya lumayan Zack iaitu JICA menaja 3 tiket penerbangan ke Osaka."

Tawaran Asuka diterima oleh Akiff dengan gembira.Melukis adalah sebahagian dari kehidupan Akiff.Kepada tok ibu,nenek dan atok dikhabarkan berita gembira tersebut."Tok ibu,atok dan nenek doakan Akiff ya."Ucapnya penuh mengharap."In sha Allah..demi cucu tok ibu, nanti tok ibu buat solat hajat supaya Akiff berjaya.Tok ibu yakin Akiff pasti menang."Kata ibu memberikan semangat kepada Akiff.Betapa melimpah-ruah kasih sayang ibu kepada Akiff.Doa kepada Akiff tidak putus-putus dalam solatnya.Akiff adalah cucu pertama ibu yang telah memberikan sinar kebahagiaan dan mewarnai hari tua ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience