SIAPAKAH GERANGANNYA ?

Family Series 39283

Haziq singgah sekejap di rumah umi untuk menjenguk Ika.Katanya dia akan berangkat ke Jakarta untuk tempoh yang lama bagi menguruskan perniagaan usahasama dengan ahli perniagaan dari Indonesia.Haziq tidak semesra dulu.Sepatah ditanya,sepatah yang dijawabnya.Biarpun sebelum berangkat,dahi Ika dikucupnya tapi segalanya kelihatan hambar belaka.

"Ika,kamu sudah lepas pantang.Sepatutnya kamu dan Akiff bersama Haziq.Ini tidak,Haziq pula sibuk ke sana-kemari.Bukan umi tidak suka Akiff dengan kamu di sini tapi hati umi ni macam tak sedap saja bila kenangkan Haziq."luah umi mungkin kerana tidak tahan melihat anak kesayangannya diabaikan."Abang Haziq tu sibuk umi.Lagipun ,kami dah ada anak.Tentu dia perlu lebih kuat bekerja."Ika cuba menghilangkan sangsi di hati ummi.Jika umi terasa hati dengan sikap Haziq,Ika lebih-lebih lagi.Mujurlah ada Akiff,si buah hati pengarang jantung.Setiap kali memandang wajah polosnya, Ika jadi kuat.

Sejujurnya Ika rindukan Haziq yang dulu.Haziq yang sarat dengan rasa cinta,Haziq yang pandai bermain kata-kata,Haziq yang sentiasa ambil berat,Haziq yang telah menumpahkan janji untuk bersama hingga ke hujung nyawa.

Tiba-tiba sebuah mesej masuk dari nombor yang tidak dikenali Ika.Sekeping gambar yang dikirimkan membuatkan Ika hampir tumbang.Belum reda perasaan memikirkan Haziq kini hati Ika bagai ditoreh-toreh dengan pisau belati.

Gambar Haziq berpelukan dengan seorang perempuan ditatap berkali-kali.Setiap kali melihatnya,hati Ika seperti dicarik-carik.Jika sebelum perkahwinan mereka, batas-batas syarak sentiasa terjaga.Mengapa sekarang Haziq sanggup mendekatkan diri kepada perbuatan yang mendekati zina.Ika sentiasa ada untuk Haziq.Menumpahkan segala kesetiaan dan cinta. Tidak pernah sekalipun Ika mengkhianati cinta mereka.

Ika nekad untuk bertanyakan Haziq siapakah perempuan tersebut.Dia ingin tahu apa salahnya sehingga dia dihukum sedemikian rupa.Bersabarlah wahai Ika.Sesungguhnya sikap terburu-buru lebih membawa kepada rosak dan binasa,pujuk hati Ika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience