KEPASTIAN

Family Series 39283

Bunyi deringan telefon berkali-kali mengganggu konsenterasi Ika bekerja.Nombor tertera tidak dikenalinya.Pada mulanya Ika mengabaikan panggilan tersebut kerana sibuk menyiapkan laporan syarikat yang dikehendaki Dato' Hadi.Melihat kesungguhan si pemanggilnya,maka Ika menekan butang hijau untuk menjawab panggilan."Hello!" Terdengar sebuah suara lunak menyapa Ika."Cik Zulaika,saya ada hal penting untuk bertemu dengan Cik Zulaika.Nanti saya hantar location.Cik Zulaika.Kita berjumpa jam 5.30 petang."Noktah.Telefon diletaknya tanpa Ika sempat bertanya,siapa,kenapa dan mengapa.Panggilan tersebut mengganggu fikiran Ika.Seingat Ika,Ika tidak pernah ada musuh.Tiada sesiapa dalam hidupnya kecuali Akiff,umi dan abi.Itulah kehidupan Ika selepas melahirkan Akiff.Dia sudah membuang jauh-jauh segala keinginan dan impian hidupnya setelah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

Seperti yang dijanjikan,Ika tiba tepat jam 5.30 petang di Restoran Ole-ole Bali.Matanya meliar mencari siapakah gerangan yang mahu bertemu dengannya.Tiba-tiba bahu Ika disentuh dari belakang.Ika menoleh dan matanya terpana kepada sesosok tubuh anggun mempesona."Hai, Ika!!"Tangan dihulurkan segera disambut Ika.Ika masih berteka-teki tetapi tidak ditemui jawapannya.

Ika dan wanita anggun tersebut duduk di suatu sudut agak terpencil.Minuman dipesan mereka."Saya Noraini.Isteri Dato' Hadi."Datin Noraini memperkenalkan diri."Oh, Datin Noraini!!Maaf,saya tidak pernah berjumpa datin.Saya jarang hadir di majlis keramaian syarikat.Datin,ada apa yang saya boleh tolong?"Tanya Ika ikhlas.
"Sebenarnya,saya sudah lama ingin berjumpa dengan wanita sehebat Ika..Tapi,keadaan saya yang amat sibuk.Menguruskan butik dan kedai bunga."jelas Datin Noraini."Tinggi melangit pujian datin buat saya.Saya ni bukan siapa-siapa datin.Bekerja makan gaji saja.Tiada kemahiran atau kepandaian yang dimiliki jika dibandingkan dengan datin."Ika merendah diri."Awak sebenarnya hebat Ika!!"Kata Datin Noraini lagi."Datin, saya tidak faham maksud datin.Saya rasa lebih baik berterus-terang dengan saya."Ika merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pertemuan ini.

"Nama awak sering meniti di bibir suami saya sejak kebelakangan ini.Dia juga telah berterus-terang dengan saya,dia ingin melamar awak sebagai isterinya."Tenang wajah Datin menuturkan bait kata-kata."Sebagai seorang isteri mustahil lah jika saya tidak cemburu.Cuma saya ingin tahu sejauh mana perasaan awak terhadap Dato'Hadi.Kita sudah terlalu dewasa Ika.Saya tidak akan memarahi awak jika awak turut mencintai Dato'Hadi."Kata Datin Noraini sambil menarik nafas.

Datin Noraini merenung sepasang mata bundar Ika.Wajahnya tenang,manis dan menawan.Penampilan Ika biasa-biasa dan tidak menjolok mata.Namun hati Dato'Hadi yang keras dan kental telah cair dengan kehadiran Ika."Datin, saya bukanlah anak dara tapi berstatus janda.Sudah hampir 6 tahun saya menyendiri membesarkan anak saya.Tidak pernah terlintas di hati untuk berkahwin lagi.Jadi soal perasaan saya kepada Dato' sebenarnya tidak pernah wujud walaupun sebesar zarah.Jika ditakdirkan ada jodoh saya,syaratnya ialah dapat menerima anak saya yang cacat."tubir mata Ika sudah mula suam dan berguguran juga air mata yang ditahan-tahannya.

"Ika,andai kata Dato' Hadi dapat terima anak Ika,sudikah Ika mengahwininya?Datin Noraini ingin menduga Ika."Datin,saya juga secara jujur ingin bertanyakan datin,Datin sanggupkah untuk bermadu?Kalau Datin tidak sanggup,jangan sesekali kita berbincang perkara ini."kata Ika sambil tangannya menggenggam jari-jemari Datin Noraini.

"Saya sudah rimas Ika.Setiap hari,nama kamu yang disebutnya.Saya juga ada merisik dengan staf-staf di pejabat.Dari info yang disampaikan,saya yakin Ika bukanlah seperti wanita-wanita lain d luar sana yang suka mengambil kesempatan.Pertemuan hari ini,cuma sebagai satu kepastian dari Ika supaya saya tidak menaruh curiga kepada awak,Ika."

Pertemuan mereka berakhir dengan penuh rasa yakin dan percaya di antara satu sama lain.Tiada lagi kesangsian Datin Noraini terhadap Ika.Dari riak wajah dan tutur kata Ika jelas mempamerkan keperibadian Ika.

Hampir dua jam mereka berdua berbual,barulah Ika sedar dia sudah sejam terlewat menjemput Akiff dari tadika.Ika tergesa-gesa meminta diri kerana risaukan Akiff.Sampai sahaja di tadika,jam hampir 7.30 petang.Tiada kelibat sesiapapun.Ini bermakna semua guru sudah pulang."Ya,Allah !!Di mana Akiff?"Ika melihat telefon bimbitnya,ada 10 missed call dari tadika dan juga dari nombor yang tidak dikenali.Kesian Akiff.Gara-gara berjumpa Datin Noraini sehingga Ika terlupa kepada anaknya sendiri.Ika mendail nombor telefon bimbit yang membuat panggilan kepada Ika."Hello,siapa ni?Tanya Ika ingin mengetahui pemanggilnya."Ika,ni Abang Zack jiran baru Ika.Abang dah jemput Akiff dari tadika.Dia kata dah lama tunggu Ika.Semua orang dah balik."jelas Zack panjang lebar.
Ika mengucapkan terima kasih kepada Zack dan merafakkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana Akiff selamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience