CEMBURU

Family Series 39283

Ketika Ika masuk ke pejabat, Ika melihat sejambak bunga mawar putih di atas meja.Tidak ditulis nama pemberinya.Cuma tertera XH yang sukar ditafsir maksud akronimnya.Ika yang memang menggemari mawar putih mencium dan menghirup aromanya."You cakap pintu hati you sudah tertutup.Kenapa,sekarang you dah buat dasar buka pintu pula?dengan nada sarkastik Dato' Hadi menegur Ika apabila melihat Ika leka mencium jambangan bunga mawar tersebut.Ika terperanjat lantas meletakkan jambangan bunga mawar di atas mejanya.Mata Ika mencerlung memandang Dato' Hadi yang tersenyum sinis.

"Saya tak tahu pun siapa pemberinya tapi sebagai seorang perempuan,saya memang sukakan bunga.Mawar putih melambangkan kesucian dan ketulusan hati."jelas Ika kepada Dato' Hadi."Kalau you nak bunga mawar, hari-hari pun I boleh kirimkan."kata Dato' Hadi dengan nada cemburu."Dato' jangan buat kerja merapu!!"marah Ika kepada Dato'Hadi.Sejak peristiwa hitam dulu,cakap Ika dengan Dato' jika bersangkut hal peribadi memang tidak berlapik.Cuma jika berkaitan urusan pekerjaan, batas-batas di antara boss dan pekerja sentiasa dijaga.

Dato'Hadi memang mencemburui sesiapa yang cuba rapat dan dekat dengan Ika.Malah ada staff di pejabatnya yang cuba mengorat Ika telah ditukarkannya serta-merta.Sampai kini, Dato' Hadi tidak mengerti mengapa Ika masih sendiri.Hendak dikatakan Ika masih mengharapkan bekas suaminya pun tidak juga kerana Ika tidak pernah langsung menyebut nama Haziq.Wanita sungguh misteri dan sukar diduga.Namun sebagai seorang lelaki, Dato' Hadi tidak akan mengalah sebelum berjuang berhabis-habisan."Kamu harus tahu Ika,aku bertahan kerana aku sedar mencari yang persis kamu adalah sukar."Dato'Hadi bermonolog lagi.

Ika sendiri bingung melayan karenah Dato'Hadi yang tidak pernah putus asa memikat hatinya.Waima berkali dia menjelaskan pendiriannya, Dato'Hadi tetap tidak berganjak untuk memperisterikan Ika.Aduh,kalau desperate sangat hendak beristeri dua ramai calon-calon Dato' berbaris menanti!!Pilih sahaja anak gadis, andalusia ataupun janda.

"Ika, you memang tak tahukah siapa pengirim bunga tu?Sekarang ni,tiap-tiap hari dikirimkannya."Tanya Kak Tini rakan sepejabat."Memang tidaklah kak.Saya bukannya ada berkenalan atau berkawan dengan sesiapa."balas Ika pula."I tengok Dato'Hadi pun bengang semacam bila tengok you setiap hari you dapat kiriman bunga."tambah Kak Tini lagi.

Sebenarnya, Dato' Hadi sudah tidak merahsiakan hasratnya untuk mengahwini Ika kepada staf-staf Syarikat Armada Sdn.Bhd.Walaubagaimanapun,perkara ini tidak pernah sampai ke pengetahuan datin kerana hubungan staf yang akrab dan mereka juga turut merestui Dato' dan Ika kerana sememangnya Dato' sangat layak untuk beristeri dua atau tiga.Ditambah lagi dengan sikap Dato' yang baik dan menyenangkan semua.

Ika juga cuba menebak siapakah gerangan yang bermurah hati menjadikan meja Ika seperti taman bunga sekarang.XH adakah bermaksud x husband? Tapi,tak mungkin.Haziq sudah lama berumah tangga.Dia telah terlalu jauh meninggalkan Ika dan Akiff.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience